You are on page 1of 2

TAJUK : MESYUARAT JAWATANKUASA PENGAWAS DAN KEPIMPINAN KALI

PERTAMA
TAHUN : 2019
TARIKH : 28 DISEMBER 2018
HARI : JUMAAT
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :

Setiausaha : Pn. Norsalfarina bt Mohd Nor


Pen. Setiausaha : Pn. Halijah bt. Ibrahim
En. Mohd. Firdaus B. Wan Chek
Pn. Suhana bt. Shuib
Pn. Nurnadia bt.Mohd Isa
En. Sabri b. Abu Samah

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana hadir ke mesyuarat
pada kali ini.
1.2. Harapan semoga perjalanan mesyuarat jawatankuasa pengawas dan kepimpinan ini
berjalan dengan lancar serta dapat berkongsi idea.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Pengesahan dicadangkan oleh : Pn. Halijah bt. Ibrahim
Cadangan Disokong oleh : Pn. Nurnadia bt.Mohd Isa

3. PEMILIHAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS 2019


3.1. Guru menyenarai pendek nama calon-calon murid Tahun 6 untuk Ketua dan Penolong
Ketua Pengawas.
3.2. Pemilihan Ketua dan Penolong perlulah berdasarkan kreateria yang telah ditetapkan
dan lulus temuduga yang dijalankan.
3.3. Antara kreateria yang perlu dipenuhi adalah :
3.3.1. Lulus cemerlang peperiksaan akhir tahun 2018
3.3.2. Penglibatan cemerlang dalam kokurikulum
3.3.3. Lulus temuduga yang dijalankan
3.3.4. Rekomendasi daripada guru-guru yang pernah mengajar calon-calon ketua dan
penolong pengawas.

3.3.5 Mempunyai sahsiah terpuji

Tindakan : Makluman
4. Majlis Wartikah Pelantikan Pengawas 2019
4.1. Mengikut takwim sekolah 2019, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas akan diadakan
pada Isnin (14 Januari 2019).
4.2. Sijil Watikah Pelantikan pengawas akan di berikan kepada murid Tahun 4, pengawas
yang baru dilantik dan Ketua serta Penolong ketua Pengawas.
4.3. Jawatankuasa bagi majlis watikah pelantikan akan diberitahu dan diedarkan kemudian.

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Kertas jawapan murid perlulah ditanda dengan tepat supaya tidak ada masaalah
kepada guru dan murid.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahhari.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

--------------------------- ------------------------------
( PN. NORSALFARINA BT. MOHD NOR) (PN. ZAITUN BT. YAHAYA)
Pen. Setiausaha PBS Guru Besar
SK Seberang Jaya SK Seberang Jaya

You might also like