You are on page 1of 7

PENGENALAN

Menurut Chek Mat (2008), ujian personaliti biasanya diklafikasikan sama ada sebagai
pengukuran secara objektif ataupun projektif bergantung kepada struktur. Sehingga kini
terdapat lebih 1,000 ujian psikologi yang direkabentuk dan diterbitkan di negara barat bagi
menilai pelbagai aspek psikologi, daripada inventori personaliti hinggalah kepada ujian
kepintaran skor kendiri, daripada ujian pengamatan hinggalah kepada ujian bagi menilai
pelbagai kemahiran kognitif. Tujuan utama ujian psikologi ini diadakan untuk
membandingkan tingkah laku dua atau lebih pemohon. Lawshe dan Balma (1966) dalam
Kamal Yusoff (2011) telah mengutarakan tiga tujuan utama ujian psikologi dijalankan untuk
menilai kecekapan, iaitu ujian yang berhubung dengan pengetahuan serta kemahiran
individu, untuk menilai prestasi pekerjaan yang cekap mengandungi soalan yang ada
hubungan dengan keupayaan yang dikehendaki bagi prestasi kerja yang baik.

Menurut Hamizah (2010), Dr Sidek Mohd Noah telah mebangunkan Inventori


Personaliti Sidek pada tahun1987 (Sidek Mohd Noah, 1998) menggunakan pendekatan
rasional. Inventori inidibentuk dengan tujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret
personalitiseseorang individu. IPS mempunyai 15 skala dan 1 skala kejujuran
yangmenerangkan tret personaliti IPS yang merangkumi Agresif, Analitikal,
Autonomi,Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, KritikDiri,
Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian.

Keputusan yangdiperolehi itu menunjukkan item-item yang terkandung di dalam IPS


ini adalahhomogenius dan sekaligus menunjukkan kandungan inventori ini adalah sah
dansignifikan dari sudut statistik. Manakala dari sudut kebolehpercayaan pula, IPStelah
menggunakan pendekatan Kuder-Richardson dan nilai kebolehpercayaanyang diperolehi
bagi keseluruhan inventori ini adalah .95. Oleh yang demikian,berdasarkan nilai
kesahan dan kebolehpercayaan yang diperolehi tersebutadalah jelas bahawa IPS
merupakan satu alat pengukuran atau ujian yang baik,bermutu dan mencapai nilai standard.

INTERPRETASI DATA RESPONDEN


1
Kajian telah dilakukan terhadap seorang pelajar Institut Pendidikan Guru yang memang
berminat untuk melaksanakan ujian ini. Responden merupakan seorang lelaki berumur 22
tahun, berasal dari negeri Menurut pemerhatian, beliau merupakan seseorang yang bijak,
ceria serta mampu bergaul secara baik dengan persekitaran. Beliau juga antara orang yang
berpengaruh serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam insitusi. Berikut
merupakan dapatan serta analisis data yang berdasarkan keputusan jawapan Inventori
Personaliti Sidek (IPS) yang telah dijawab oleh responden.

TRET PERSONALITI PERATUS (%)

Agresif 60

Analitik 70

Autonomi 40

Bersandar 70

Ekstrovert 80

Intelektual 70

Introvert 30

Kepelbagaian 90

Ketahanan 30

Kritik Diri 80

Mengawal 70

Menolong 70

Sokongan 99

Struktur 70

Pencapaian 80

Kejujuran 20
( Jadual 1 : Data skor tret personaliti responden)

2
(Rajah 1 : Graf perbandingan peratusan bagi setiap tret personaliti

Menurut Sidek Mohd Noah (2008), skala kejujuran adalah skala khusus untuk
mengesan sejauhmana tahap kejujuran ataupun kecenderungan seseorang dalam
menjawab item ujian. Skor yang melebihi 50% menunjukkan seseorang cenderung dalam
memberikan jawapan dan dengan itu profil yang diperoleh adalah tidak boleh dipercayai
manakala seseorang yang mempunyai skor bawah 50% menunjukkan bahawa dia seorang
yang jujur dalam menjawab item ujian serta dapat dianggap mempunyai tret personaliti
kejujuran yang tinggi. Kadar skor yang dicapai oleh responden ialah 20% yang menunjukkan
bahawa responden jujur dalam memberi jawapan dan hasil dapatan peratusan tret
personaliti diperolehi adalah sah dan boleh dipercayai.

Di samping itu, responden didapati merupakan seorang yang mempunyai personaliti


bersandar yang tinggi. Responden memperoleh skor 70%. Tret ini menunjukkan individu
yang suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam
membuat keputusan. Responden juga merupakan seorang yang selalu mengharapkan
pendapat dan nasihat daripada orang lain. Namun demikian, tret mengawal responden
adalah 70% yang menunjukkan responden suka mengawal dan memimpin orang lain.
Selalunya, individu sedemikian memilih kerjaya seperti pengurus, pentadbir awam, peguam

3
dan ahli politik. Kedua-dua tret personaliti bersandar dan mengawal ini berkait dan dapat
menunjukkan bahawa responden adalah seorang pemimpin yang terbaik. Menurut
responden, beliau telah memegang beberapa jawatan di peringkat IPG malahan juga sering
diamanahkan untuk memegang beberapa jawatan dalam program-program anjuran kelas
dan jabatan. Saya menganggap bahawa beliau sememangnya orang yang boleh dipercayai
serta amanah dalam suatu organisasi. Hal ini berdasarkan skor tret mengawal yang tinggi
serta bersandar yang tinggi. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa bersandar
dengan orang bawahannya serta berbincang dengan baik dalam membina satu keputusan.
Beliau akan sentiasa meminta pendapat serta memberi peluang untuk orang lain
menyatakan kekurangan serta penambahbaikan dalam apa-apa cadangan yang diutarakan.

Seterusnya ialah tret personaliti intelektual. Menurut kamus dewan bahasa edisi
keempat, intelek bermaksud orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai,
cendekiawan. Dalam kontkes IPS, individu yang mempunyai skor intelektual yang tinggi
menunjukkan individu seorang yang sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi
intelektual dan merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Hal ini menunjukkan
responden merupakan seorang yang sangat intelektual berdasarkan skor yang diperolehi
iaitu 70%. Hal ini berkaitan dengan tret personaliti pencapaian yang diperolehi oleh
responden iaitu sebanyak 80%. Tret pencapaian merujuk kepada individu yang bermotivasi,
mahukan status yang tinggi serta suka akan persaingan. Dalam pada itu, responden
merupakan seorang yang intelektual dan mempunyai matlamat yang tinggi dalam hidup.
Beliau bersetuju dengan tret personaliti yang diperolehi ini dan mengakui bahawa beliau
sememangnya orang yang sentiasa inginkan kejayaan dalam peperiksaan serta sering
mengulang kaji dengan gigih apabila ada masa lapang. Saya juga turut mendapati bahawa
responden sentiasa dianugerahi dengan anugerah kecemerlangan dan beliau dapat
mengekalkan prestasi tersebut bagi setiap semester. Beliau merupakan seseorang yang
sangat bermotivasi tinggi serta mengambil kisah terhadap satatus pencapaiannya. Saya
menganggap mungkin ada beberapa perkara ataupun peristiwa yang telah menjadikannya
seorang yang sangat bermotivasi untuk berjaya dalam kehidupan.

Tret ekstovert merujuk kepada individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan
bekerja dengan orang ramai. Individu sedemikian adalah seorang yang sosial malahan tidak
selesa untuk duduk bersendirian. Semakin tinggi skor ekstrovert yang diperoleh, semakin
tinggi nilai ekstrovert dalam diri seseorang. Skor 70-99% adalah skor tinggi dan ia diperoleh
oleh responden. Responden merupakan seorang yang tidak suka bersendirian serta mampu
memiliki ramai rakan dan kenalan baru. Tret ini perlu dikekalkan kerana ia membawa banyak
kebaikan dalam diri seperti mudah menyesuaikan diri dalam suasana baru, mudah

4
mendapat pertolongan dari orang lain serta mampu mendapat pelbagai pengetahuan baru
hasil daripada pergaulan dengan orang lain. Tret introvert yang diperoleh oleh responden
ialah 30% sahaja di mana ia berada pada skor rendah. Skor tinggi (70-99%) menunjukkan
individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksanya
berkomunikasi. Oleh yang demikian, responden semenangnya seorang berjiwa sosial dan
berjiwa masyarakat serta minat melakukan aktivit-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.

Seterusnya ialah tret personaliti agresif yang diperolehi oleh responden ialah 60%
yang berada di tahap sederhana. Skor ini menunjukkan bahawa responden berada di tahap
asertif iaitu individu sentiasa membuat keputusan dengan rasional dan menjaga hati orang
lain. Apabila dilihat dalam aspek kepimpinan, responden merupakan seorang yang tegas
dalam keputusan serta tidak mudah dimanipulasi tetap dalam masa yang sama mampu
menuntut perkara yang betul. Responden akan meminta pendapat semua ahli untuk
berbincang serta mengambil keputusan yang terbaik dan dipersetujui oleh ramai orang.
Sikap sedemikian patut diteruskan kerana ia membawa kesepakatan dan kebaikan pada
ramai pihak. Dalam pada itu, responden merupakan seorang yang mempunyai sikap
analitikal tinggi berdasarkan hasil dapatan skor tret analitikal iaitu 70%. Skor tinggi
menunjukkan individu adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, menganalisis
orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Responden adalah seorang yang suka membuat
analisis, pemerhatian serta kajian dalam situasi tertentu. Hal ini sangat bertepatan dengan
pemimpin kerana dalam membuat sesuatu perkara, kita mesti menganalisis kebaikan dan
keburukan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan. Apabila berlaku sesuatu konflik
ataupun masalah, wajarlah untuk diselidik terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada
sesiapa bagi memastikan keadilan dalam sesebuah organisasi.

Namun demikian, tret ketahanan yang dimiliki oleh responden ialah 30% yang
menunjukkan bahawa beliau kuarang atau tiada ketahanan dari segi fizikal, mental dan
emosi. ia bermaksud responden mudah berasa tertekan jika terdapat sesuatu perkara yang
ingin dicapai tidak berjaya. Hal ini juga sangat berkaitan dengan skor tret kritik diri yang
diperoleh oleh responden iaitu 80%. Skor tinggi kritik diri menunjukkan bahawa responden
yang bermasalah, selalu berasa rendah diri, bimbang dan rasa ebrsalah terhadap sesuatu
yang telah dilakukan. Apabila sesuatu perkara buruk berlaku, responden akan mudah untuk
menyalahkan diri sendiri dan malu untuk berdepan dengan orang ramai. Hal ini kerana
ketahanan mental dalam diri responden kurang dan berasa rendah diri. Namun demikian,
sikap kritik diri perlu dikurangkan sedikit agar responden dapat stabil dari segi emosi dan
psikologinya dalam menangani sesuatu. Tret kritik diri yang terlalu rendah juga sangat tidak
baik kerana seseorang itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa betul dan menyalahkan

5
orang lain serta tidak muhasabah kesalahan diri sendiri. Oleh demikian, tret ketahanan dan
kritik diri dalam diri responden perlu diubah secara perlahan untuk menjamin kestabilan
emosi dan mental dalam diri. Ia juga penting untuk membantu diri responden bersiap sedia
menghadapi pelbagai situasi yang akan datang sebagai seorang pemimpin.

6
RUJUKAN

Chek, M. (2008). Ujian psikologi dan pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors.

Hamizah J. (2010, December 9). PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN

PERSONALITI. Retrieved from

https://www.scribd.com/doc/44981455/PENILAIAN-DALAM-KAUNSELING-

ALAT-UKURAN-PERSONALITI-Oleh-Noor-Hamizah-Abdul-Jalil

Kamal Yusoff. (2011, November 26). INVENTORI PSIKOLOGI BOLEH

MENERANGKAN TENTANG PRESTASI DAN TINGKAH LAKU INDIVIDU.

Retrieved from http://mdkamalyusoff.blogspot.my/2011/11/inventori-psikologi-

boleh-menerangkan.html

Sidek, M. N. (2008). Pengujian & penilaian dalam kaunseling: Teori & aplikasi. Serdang:

Penerbit UPM.

You might also like