You are on page 1of 5

TUGASAN 1 (ULASAN ILMIAH)

1.0 Ringkasan artikel

(Statistik Inferens)

(1) Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya


terhadap Nilai Kekeluargaan.

Artikel ini merupakan artikel yang menggunakan statistik Inferens. Tiga pembolehubah
utama yang dikaji ialah tahap penglibatan bapa dalam asuhan anak-anak, pencapaian
akademik serta konsep kendiri remaja. Jenis data atau skala bagi pembolehubah
penglibatan bapa dalam asuhan anak-anak ialah menggunakan skala nominal,
manakala bagi pembolehubah pencapaian akademik serta konsep kendiri remaja ialah
menggunakan skala ordinal. Kajian reka bentuk kajian tinjauan ini menggunakan
kaedah soal selidik untuk mendapatkan data kuantitatif daripada pelajar (remaja)
sekolah menengah. Data ini dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratus dan
min, dan digunakan untuk membina profil responden. Sementara ujian-t dan ujian
kolerasi person digunakan adalah untuk membuat perbandingan serta melihat
hubungan antara pembolehubah yang berkaitan.

(Statistik Deskriptif)

(2) Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar PPISMP

Artikel ini ialah artikel yang menggunakan statistik deskriptif. Pemboleh ubah yang dikaji
ialah minat kerjaya dikalangan pelajar PPISMP selaras dengan minat kerjaya guru di
sekolah rendah. Pembolehubah ini menggunakan skala nominal. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif
kajian dan persoalan kajian. Penganalisisan secara deskriptif iaitu taburan frekuansi,
min dan sisihan piawai, kaedah kolerasi dan ANOVA.
1.1 Membanding beza kedua-dua artikel penyelidikan.

(i) Pembolehubah yang terlibat

Tiga pembolehubah utama yang dikaji dalam artikel pertama, iaitu tahap penglibatan
bapa dalam asuhan anak-anak, pencapaian akademik serta konsep kendiri remaja.
Kajian ini bertujuan untuk melihat kolerasi antara pembolehubah tahap penglibatan
bapa dengan pencapaian akademik dan dengan konsep kendiri anak. Manakala artikel
kedua menggunakan pembolehubah minat kerjaya di kalangan pelajar PPISMP selaras
dengan minat kerjaya guru di sekolah rendah sebagai pembolehubah utama.

(ii) Jenis data/skala bagi setiap pembolehuabah

Dalam artikel pertama, jenis data atau skala bagi pembolehubah penglibatan bapa
dalam asuhan anak-anak ialah menggunakan skala nominal, manakala bagi
pembolehubah pencapaian akademik serta konsep kendiri remaja ialah menggunakan
skala ordinal. Manakala artikel kedua menggunakan skala nominal di dalam kajian
tersebut.
(iii) Cara mengumpul data

Artikel pertama menggunakan kaedah soal selidik terhadap 468 sampel pelajar tentang
beberapa aspek asuhan bapa untuk mendapatkan data kuantitatif daripada remaja
sokolah menengah.Kajian ini menggunakan dua set instrument utama, iaitu Instrumen
Penglibatan Bapa (Inventory of Father Involvement) oleh Hawkins, 2002 dan soal
selidik Konsep Kendiri Tennessee oleh Fitts dan Warren (1996) serta boring latar
belakang responden. Manakala dalam artikel kedua, kajian rintis telah dijalankan di
Sekolah Menengah Teknik Bentong ke atas 40 orang pelajar melalui kaedah soal
selidik, sama seperti kaedah yang digunakan dalam kajian di artikel pertama. Set soal
selidik yang digunakan mengandungi 160 item mengenai minat kerjaya berdasarkan
Inventori Minat Kerjaya Holland telah digunakan.

(iv) Cara menganalisis data

Dalam artikel pertama, data yang dipungut dianalisis dengan menggunakan kekerapan,
peratus dan min, dan digunakan untuk membina profil responden. Sementara ujian-t
dan ujian kolerasi pearson digunakan adalah untuk membuat perbandingan serta
melihat hubungan antara pembolehubah yang berkaitan. Pencapaian akademik pelajar
diukur berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pelajar yang mengambil
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2006. Bagi profil responden pula,
daripada jumlah 468 soal selidik yang diedarkan kepada responden sebanyak 413
(88.2%) soalan soal selidik yang lengkap telah dianalisis setelah menolak soal selidik
yang tidak lengkap dan responden yang menarik diri pada saat akhir. Manakala dalam
artikel kedua, data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian dan persoalan
kajian. Penganalisisan secara deskriptif iaitu taburan frekuansi, min dan sisihan piawai,
kaedah kolerasi dan ANOVA. Ujian kolerasi Pearson dan ANOVA telah digunakan
untuk menjawab persoalan-persoalan kajian.
(v) Cara menginterpretasi data

Dalam artikel pertama, tidak ada kolerasi yang signifikan antara tahap asuhan bapa
dengan pencapaian akademik pelajar, kecuali antara tahap asuhan bapa dengan
pencapaian akademik pelajar perempuan dimana terdapat kolerasi yang agak
lemah.Bagaimanapun, kolerasi asuhan bapa dengan konsep kendiri responden
memperlihatkan terdapat satu bentuk kolerasi sederhana. Manakala dalam artikel
kedua pula, dapatan kajian tentang minat kerjaya pelajar menunjukkan bahawa pelajar
paling meminati kerjaya Daya Usaha (32.4%) diikuti Kerjaya Sosial (29.7%), Realistik
(27.0%), Artistik (21.6%), Kerjaya Menyelidik (18.9%) dan Konvensional (13.5%). Minat
kerjaya pelajar dalam semua bidang agak rendah berdasarkan Teori Kerjaya Holland.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan yang lemah antara minat kerjaya dalam
bidang social dari Inventori Minat Kerjaya Holland dengan minat kerjaya guru di sekolah
rendah. Minat kerjaya yang rendah ada kaitan dengan tahap pendidikan yang ingin
dicapai pada tahap Master dan PHD sebanyak 27.0% dan 64.9%. Kumpulan pelajar
PPISMP lebih berminat belajar secara berterusan berbanding dengan minat kerjaya
mereka.
TUGASAN 2 (ULASAN REFLEKTIF)

Berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi dalam menyiapkan
tugasan 1 dan tugasan 2, saya dapati bahawa .Statistik ialah merupakan satu cabang
matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran
matematik, dan terbitannya. Statistik bererti satu set teori dan kaedah yang boleh
digunakan untuk memahami data.

Statistik sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, dalam


kehidupan seharian, kita selalu menggunakan ilmu statistik untuk merancang jumlah
perbelanjaan harian berdasarkan dengan jumlah pendapatan yang diperolehi untuk
membuat pilihan barang yang perlu dibeli,berdasarkan keperluan.Ilmu statistik ini
digunakan untuk membuat keputusan yang terbaik dalam membuat pilihan. Dalam erti
kata yang lain, statistik penting dalam membantu seseorang individu memutuskan
keputusan yang harus diambil secara tepat. Selain itu, kita juga banyak melihat dan
menjumpai data-data statistik

You might also like