You are on page 1of 1

Nama:_______________________ Kelas:_______________

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam


p e p e r i k s a a n . Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan
sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bagi
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid
perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu
menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Dengan
ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran.


Co n t o h n y a , apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang
diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topik itu akan kekal dalam ingatan dan
minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan


oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan memberi
penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu
pelajaran itu akan meningkat. Di samping itu, kita juga perlu banyak
membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk
soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulangkali. Ini akan memudahkan
kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola
soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang


cemerlang dalam pelajaran. Usaha gigih dan kerja keras kita pasti akan
membuahkan hasil. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang
kemudian. Kejayaan kita pasti akanmenggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

You might also like