You are on page 1of 41

AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA YANG BERLAKU DI

TAMAN DATO’ WAN.

ABSTRAK

Dalam menjalankan kajian Pengajian Am ini, saya telah memilih tema 1 iaitu
Ekologi:Persekitaran.Tajuk kajian saya ialah Aktiviti Pembakaran Terbuka
yang Berlaku di Taman Dato’ Wan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
faktoraktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh sesetengah
penduduk Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti pembakaran terhadap
penduduk Taman Dato’ Wan serta alam sekitar. Taman Dato’ Wan
terletak di mukim Ampangan, Seremban yang terletak kira-kira 5 km
dari Bandar Seremban. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah
pemerhatian, soal selidik dan rujukan.Dapatan utama kajian ini ialah melalui
soal selidik iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada 30 orang
responden. Hasil kajian mendapati pembakaran terbuka di Taman Dato’
Wan hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, jika
dibiarkan aktiviti ini berlanjutan ini akan menyebabkan perkara ini
menjadi lebih serius. Jesteru, kajian ini dilaksanakan bagi membuka
mata masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk
mencegah aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.
ISI KANDUNGAN

Butir Halaman
SINOPSIS I
ISI KANDUNGAN Ii
PENGHARGAAN Iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
3.0 LOKASI KAJIAN 3
3.1 Negeri Sembilan
3
3.2 Daerah Seremban
3.3 Taman Dato’ Wan 4
5
4.0 KAEDAH KAJIAN 6
4.1 Persampelan
6
4.2 Pengumpualn Data
4.3 Teknik Penganalisaan Data 7-8
8
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 9
5.1 Demografi Resonden 9-12
5.2 Pengetahuan Am Resonden 13
5.3 Faktor 14-19
5.4 Kesan 20-25
6.0 RUMUSAN 26
RUJUKAN 27
LAMPIRAN 28-35

PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan kerana saya telah dapat melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am yang bertajuk ‘Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku di
Taman Dato’ Wan, Ampangan’ dengan sempurna.Semasa menjalankan
kajian ini, saya telah mendapat bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya
daripada pelbagai pihak. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada mereka yang berkenaan.

Ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri


Ampangan, Datin Sri Hjh Rohayah Binti Harun yang telah memberi kebenaran untuk
menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
sekalung terima kasih kepada guru Pengajian Am saya iaitu,Puan Maliga a/p Mayyar
yang banyak memberi bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar dari awal hingga ke akhir
kajian ini disempurnakan.

Tidak lupa juga kepada permata hati dan pengarang jantung, iaitu ayah dan ibu
saya.Meraka banyak memberi sokongan moral dan semangat yang kukuh kepada saya
bagi menyiapkan tugasan ini.Seterusnya, bagi rakan-rakan seperjuangan yang banyak
mencurahkan idea serta memberikan komen yang membina bagi membantu saya
menyiapkan tugasan kajian ini, terima kasih diucapkan.

Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam
mlengkapkan borang soal selidik yang diberikan.Tidak lupa juga kepada semua pihak
yang terlibat secara lansung atau tidak di atas segala budi dan jasa yang telah
dihulurkan.Jasa anda semua amat dihargai.

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Pembakaran didefinisikan
sebagai perihal (perbuatan dan sebagainya) membakar manakala
terbuka bermaksud tidak tertutup (bertutup), terdedah. Pembakaran
terbuka juga boleh ditakrifkan sebagai pembakaran sebarang bahan
dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut
dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui
serombong, pendiang, atau lohong. Pembakaran terbuka adalah salah
satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara.Oleh itu,
penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan bagi melarang
masyarakat melakukan aktiviti yang mengancam alam sekitar seperti
pembakaran terbuka. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1998)
yang memberikan hukuman lebih ketat untuk kesalahan pembakaran
terbuka iaitu denda maksimum RM 500, 000 atau penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Namun, di Taman Dato’
Wan masih ada segelintir penduduk yang tidak menghiraukan tentang
akta yang telah dikuatkuasakan dan akibat daripada aktiviti
pembakaran terbuka. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan mengenal
pasti faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’
Wan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini,beberapa objektif telah menjadi landasan dan
panduan pengkaji. Objektif kajian tersebut adalah:
1) Mengenal pasti faktor-faktor aktiviti pembakaran terbuka
dilakukan oleh penduduk Taman Dato’ Wan
2) Mengenal pasti kesan aktiviti pembakaran terbuka terhadap
penduduk Taman Dato’ Wan dan alam sekitar.
3.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang
sangat penting.Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan
Taman Dato’ Wan yang terletak bersebelahan dengan Kompleks
Belia dan Sukan Paroi serta berdekatan dengan beberapa buah
sekolah seperti Kolej Vokasional Ampangan, Sekolah Teknik Tuanku
Jaafar , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan Sekolah
Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor.

3.1 Negeri Sembilan

Peta 1 : Peta Negeri Sembilan


Sumber: Google Image
Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang terkenal dengan Adat
Perpatihnya. Negeri yang terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan
Kuala Lumpur ini terdiri daripada 7 daerah dan 1 daerah kecil iaitu
Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Rembau , Tampin
dan daerah kecil Gemas. Seremban adalah ibu negeri tetapi Seri
Menanti yang terletak di daerah Kuala Pilah adalah Bandar Diraja bagi
Negeri Sembilan.

3.2 Daerah Seremban

Peta 2 : Daerah Seremban


Sumber: Google Maps

Peta 2 menunjukkan peta Seremban yang terletak di Bahagian Utara


Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan
keluasan 93.501.88 hektar. Terdapat 8 buah mukim dengan
mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK)
termasuk 12 JKKK Kampung Baru Bandar Seremban ini terletak di hulu
Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini.
Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut. Di
dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan Dan Sejarahnya,
terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat
nama. Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.Antara
cerita-cerita yang terdapat dalam buku tersebut ialah Nama yang
diambil dari pokok-pokok yang tumbuh dengan banyaknya di sekitar
Hospital Besar Seremban.Pokok-pokok tersebut dipanggil pokok
'Bemban'. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa Bandar Seremban
pada masa dahulu selalu ditenggelami air apabila hujan lebat.keadaan
tersebut lalu dipanggil 'Beremban' sehingga bertukar kepada nama
Seremban. (sumber Laman web seremban.ns.gov.my)

3.3 Taman Dato’ Wan

Gambar 1: Taman Dato’ Wan


Sumber : Kajian Lapangan (8 Febuari 2014)

Gambar 1 di atas menunjukkan lokasi kajian iaitu Taman Dato’


Wan yang terletak di mukim Ampangan iaitu salah satu mukim yang
terdapat dalam daerah Seremban dan berada dalam Negeri Sembilan.
Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 5 kilometer dari
Bandar Seremban dan berada di bawah pentadbiran Majlis
Pembandaran Seremban. Keluasan Taman Dato’ Wan ialah kira-kira 16
kilometer persegi (sumber pemaju perumahan). Kawasan ini telah
dimajukan oleh Syarikat Koperasi Kakitangan Kerajaan Sdn. Bhd pada
sekitar tahun 1971 hingga 1980.Kawasan perumahan ini terletak di
sebelah barat Bandar Seremban.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.Dalam kajian
ini pengkaji menggunakan persampelan rawak mudah (simple
random). Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk
mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan
objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini berbentuk diskritif iaitu
menggunakan instrumen borang kaji selidik dimana ianya mudah
untuk mendapatkan maklumat daripada responden (MARSON e.t.a.l
1998)

Dapatan kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan


kepada responden manakala maklumat yang diterima akan dianalisis
secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori
kuantiti yang menggunakan kekerapan angka dan skor. Ini adalah
kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang
menggunakan instrumen soal selidik dan kajian untuk mendapatkan
maklumat kajian (Mohd Najib , 1999). Kaedah soal selidik dan temu
bual dikakukan dengan penduduk tempatan di Taman Dato’ Wan.
Selain itu, reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan atau
kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan
kawasan kajian iaitu Taman Dato’ Wan, Ampangan. Kaedah kajian ini
dipilih kerana darjah melaksanakannya adalah singkat (DAUS,1986).

4.1 Persampelan
Kaedah ini menggunakan persampelan bukan probiliti iaitu teknik
persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan
oleh pengkaji seramai 30 orang responden telah dipilih untuk
menjawab borang soal selidik ini. Saiz sampel ini dikatakan relevan
menurut (BALEY 1994) di mana lebih kurang 20 kes merupakan saiz
minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan
pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan
mereka untuk mereka menjawab soal selidik. Antara ciri-ciri yang
diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka
seharusnya warganegera Malaysia.

4.2 Pengumpulan Data


Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah menggunakan borang
soal selidik dan pemerhatian. Borang soal selidik telah ditetapkan
soalannya berdasarkan objektif kajian bagi mendapatkan maklumat
tentang faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka
di Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti pembakaran terbuka. Sumber
data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data
primer dan data sekunder.
4.2.1 Data Primer
Dataprimer ialah kaedahsoal selidik dan temubual bersemuka
dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu kaedah pemerhatian
turut digunakan untuk meninjau keadaan di Taman Dato’ Wan borang
soal selidik adalah kaedah utama dalam mengumpulkan data
kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.Penggunaan
borang soal selidik perlu melalui strategi bagi mereka membentuk
soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak terlalu berat sebelah
(Abdul Rahim etal 1999).
a) Borang soal Selidik
Dalam melaksanakan kajian , pengkaji menggunakan borang
soal selidik bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat
daripada penduduk Taman Dato’ Wan mengenai aktiviti pembakaran
terbuka. Terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik
menjadi pilihan kebanyakan pengkaji kerana soal selidik memerlukan
kos membina borang selidik yang murah dan masa yang
diperuntukkan singkat.Pengkaji juga boleh memperolehi data atau
maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Borang
soal selidik digunakan bagi mendapatkan data primer.Soalan dalam
borang soal selidik ini telahpun ditetapkan oleh pengkaji bersesuaian
dengan objektif kajian.
Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang diguna para
pengkaji untuk mendapatkan data primer, borang soal selidik ini
perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual
yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang
jauh daripada sasaran dan bahasa yang digunakan haruslah mudah
dan senang difahami oleh semua golongan responden . Hal in
membolehkan semua responden faham semasa menjawab soalan dan
tidak memberikan jawapan yang tidak benar, di mana ia akan memberi
kesannya terhadap penganalisaan kajian ini nanti.

Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka .


Rasional menggunakan soalan tertutup adalah untuk mendapatkan
jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan
mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai dan
mudah dianalisis oleh penyelidik. Bagi soal selidik berbentuk terbuka
pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas
memberikan berbagai bentuk jawapan , responden juga bebas
memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temu bual pemerhatian memerlukan penyelidikan memerhati sendiri
keadaan di kawasan kajian .Kaedah pemerhatian memerlukan
penyelidik untuk ke lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat mentah
serta lebih memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh
respoden.Pengkaji juga berpeluang untuk meneliti perkembangan yang
yang terbaru yang berlaku iaitu aktiviti pembakaran terbuka.Juga
daripada hasil kajian ini pengkaji mampu mengetahui faktor-faktor dan
kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

4.2.2 Data Sekunder


Data sekunder diperoleh dari perpustakaan,buku-buku
ilmiah,jurnal,majalah dan akhbar. Data-data penting termasuklah buku-
buku , majalah , keratan akhbar , jurnal-jurnal dan bahan-bahan ilmiah
yang lain.Selain itu, rujukan laman sesawang seperti google maps dan
image bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar rajah.
4.3 Teknik Penganalisaan Data
Data dianalisis mengikut kaedah diskriptif iaitu dalam bentuk
peratusandan kekerapan analisis data dilakukan apabila memperolehi
data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden (Malim
dan George 1997).Tahap analisis dicapai apabila data yang diperoleh
dipastikan disunting dan ditukar kepada angka.Seterusnya, data
tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual,
graf, dan carta. Dalam borang kaji selidik ini skala likert tiga peringkat
digunakan dalam menilai punca dan kesan pembakaran terbuka di
Taman Dato’ Wan setiap peringkat penilian diberi nilai dalam bentuk
angka menggunakan skala likert. Dimana angka 3 mewakili setuju
angka 2 mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili tidak pasti.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan analisis mengenai penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang diisi oleh
responden.Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan
statistik seperti nilai peratusan dan taburan kekerapan.

5.1 Pengetahuan Am responden

BIL SOALAN Ya Tidak


Adakah anda mengetahui tentang aktiviti
1 30 100% 0 0%
pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini?
Adakah anda pernah melakukan pembakaran
2 13 43% 17 57%
terbuka
Jadual 1 : Pengetahuan Am Responden
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Pada bahagian ini iaitu bahagian B telah diutarakan 5 soalan yang terdiri
daripada 2 yang memerlukan responden membulatkan satu jawapan antara Ya atau
Tidak dan 3 soalan stuktur. Bagi soalan pertama kesemua responden 30 orang (100%)
mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di Taman Dato’ Wan.

Soalan kedua pula seramai 12 orang (40%) menyatakan bahawa mereka pernah
melakukan pembakaran terbuka manakala selebihnya 18 orang (60%) tidak pernah
melakukan pembakaran terbuka. Soalan ini berkait rapat dengan jantina
responden.Jantina bagi responden yang menyatakan ‘Ya’ ialah 10 orang responden
lelaki (33%) dan 2 orang responden perempuan (7%). Manakala jantina bagi
responden yang menyatakan’Tidak’ ialah 7 orang responden lelaki (23%) dan 11
orang responden perempuan (37%).Jelaslah bahawa majoriti responden yang pernah
membuat pembakaran terbuka adalah responden lelaki.

5.2 Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

Setuju Tidak Tidak


Bil Perkara setuju Pasti
f % f % f %
Tidak ada aduan dibuat kepada
1 23 77 4 13 3 10
pihak berkuasa.
Masyarakat tidak menegur pelaku
2 18 60 9 30 3 10
aktiviti pembakaran terbuka.
Jalan mudah untuk menghapuskan
3 sisa-sisa komersial seperti daun, 28 93 0 0 2 7
pokok, dan tayar.
Tiada kutipan secara berkala oleh
4 Majlis Pembandaran Seremban 9 30 16 53 5 17
terhadap sisa komersial.
Sikap pelaku pembakaran terbuka
5 23 77 4 13 3 10
yang tidak bertanggungjawab.
Tidak ada tindakan daripada
6 5 17 8 27 17 56
Jabatan Alam Sekitar.
Salah satu cara menghalau
7 27 90 2 7 1 3
nyamuk.
Tiada kesedaran tentang kesan
8 24 80 3 10 3 10
pembakaran terbuka.
Menyerahkan sepenuhnya
tanggungjawab membanteras
9 18 60 10 33 2 7
pembakaran terbuka kepada pihak
berkuasa.
Kurangnya pengetahuan dan
10 pendidikan tentang pembakaran 22 73 5 17 3 10
terbuka.
Jadual 2 : Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
5.2.1 Faktor 1

Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa

10%

SETUJU 13%
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

77%

Rajah 1 : Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 1, majoriti responden iaitu seramai 23 orang


responden (77%) telah memilih setuju bagi faktor tidak ada aduan
dibuat kepada pihak berkuasa menyebabkan berlakunya
pembakaran terbuka di taman ini. Manakala selebihnya 4 orang
responden (13%) telah memilih tidak setuju dan 3 orang (10%)
telah memilih tidak pasti mengenai faktor tersebut menyebabkan
berlakunya aktiviti pembakaran terbuka. Faktor ini mempengaruhi
tahap pendidikan responden.Seramai 12 orang responden (40%)
bagi tahap pendidikan SPM bersetuju dengan penyataan tersebut,
seterusnya 9 orang responden (30%) pada peringat STPM/Setaraf
menyatakan mereka setuju dan peringkat Ijazah/PHD 2 orang
bersetuju (7%) bahawa tiada aduan dibuat kepada pihak berkuasa
menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka berlaku. Hal ini jelas
menunjukkan majoriti responden berada pada tahap pendidikan
yang rendah.

5.2.2 Faktor 3
Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial
100
90
80
70
60 FAKTOR 3
50
PERATUS
40
30
20
10 7
0
0
93
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI
Ra
jah 2 : Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 2, bagi faktor ketiga iaitu jalan mudah untuk


menghapuskan sisa komersial, majoriti responden seramai 28
orang(93%) bersetuju bahawa faktor tersebut menyebabkan
pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan. Manakala
selebihnya 2 orang (7%) tidak pasti dan tidak ada responden
(0%)yang tidak setuju bagi faktor jalan mudah untuk
menghapuskan sisa-sisa komersial. Pendapatan responden bagi
mereka yang memilih skala likert setuju ialah 2 orang responden
(7%) tiada pendapatan, 3 orang responden (10%) mempunyai
pendapatan bawah dari RM1000 sebulan, 20 orang responden
(66%) mempunyai pendapatan sebanyak RM1000-RM3000 sebulan
dan bagi pendapatan mereka RM4000-RM5000 sebulan mewakili 3
orang responden (10%). Selebihnya 2 orang responden (7%) tidak
pasti mempunyai pendapatan sebanyak RM4000-RM5000
sebulan.Dapatan kajian menunjukkan faktor ini berkait rapat
dengan pendapatan responden kerana majoriti responden
bependapatan antara RM1000-RM3000.

5.2.3 Faktor 4

Tiada kutipan secara berkala oleh MPS

17%
30%
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

53%

R
ajah 3 : Tiada kutipan secara berkala oleh MPS
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seterusnya, faktor keempat ialah tiada kutipan secara berkala oleh


Majlis Pembandaran Seremban (MPS) terhadap sisa
komersial.Seramai 9 orang (30%) telah memilih setuju dan 16 orang
responden (53%) memilih tidak setuju bagi faktor tersebut. Namun
begitu , seramai 5 orang responden (17%) telah memilih tidak pasti
bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS. Berdasarkan data
yang diperoleh ini, majoriti responden tidak bersetuju bahawa tiada
kutipan secara berkala oleh MPS faktor yang menyebabkan aktiviti
pembakaran terbuka berlaku di taman ini.

5.2.4 Faktor 7

Salah satu cara menghalau nyamuk


SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

7% 3%

90%

Ra
jah 4 :Salah satu cara menghalau nyamuk
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seramai 27 orang responden (80%) telah memilih setuju


manakala 2 orang responden (7%) telah memilih tidak setuju bagi
faktor salah satu cara menghalau nyamuk. Selebihnya,1 orang
responden (3%) telah memilih tidak pasti terhadap faktor tersebut
yang menyebabkan penduduk di Taman Dato’ Wan melakukan
aktiviti pembakaran terbuka.Oleh itu, dapat dilihat berdasarkan
rajah 4, majoriti responden bersetuju dengan faktor ini.Bagi faktor
ini tahap pendidikan resonden yang menyatakan mereka bersetuju
ialah 15 orang responden (51%) pada peringkat SPM, 10 orang
responden (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan 2 orang
responden (7%) pada peringkat Ijazah/ PHD. Dapatan kajian
menunjukkan majoriti responden yang bersetuju berada pada tahap
SPM. Oleh itu, jelaslah bahawa tahap pendidikan responden
mempengaruhi faktor ini

5.2.5 Faktor 8

Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka


100
90
80
70
60 Series 1
50
PERATUS
40 80
30
20
10
10 10
0
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI
R
ajah 5:Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
Selain itu,majoriti responden iaitu seramai 24 orang (80%)
memilih setuju bagi faktor tiada kesedaran tentang kesan
pembakaran terbuka.Manakala bagi skala tidak setuju dan tidak
pasti, masing-masing mempunyai bilangan responden yang sama
iaitu seramai 3 orang (10%) bagi faktor ini.Faktor ini berkaitan
dengan tahap pendidikan responden.Responden yang memilih
skala setuju tahap pendidikan mereka ialah 11 orang responden
(37%) bagi SPM, STPM/Setaraf pula seramai 10 orang responden
(33%) dan 3 orang responden (10%) mempunyai pendidikan
ditahap Ijazah/PHD.Seterusnya, 3 orang responden (10%) pada
tahap SPM menyatakan mereka tidak bersetuju dengan faktor
ini.Bagi tidak pasti pula, 2 orang (7%) pada tahap SPM dan 1
orang responden (3%) peringkat STPM/Setaraf.Oleh itu, dapat
dibuktikan bahawa majoriti responden berada pada tahap SPM.

5.3 Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan


dan alam sekitar

Setuju Tidak Tidak


Bi setuju Pasti
Perkara
l f % f % f %
Gangguan kesihatan seperti
1 batuk, sesak nafas, dan perit 28 94 1 3 1 3
tekak.
2 Rumah diselubungi asap. 21 70 4 13 5 17
Bau asap melekat pada pakaian
3 25 83 3 10 2 7
yang dijemur.
4 Rumah menjadi berdebu. 18 60 6 20 6 20
Tidak dapat bersantai di luar
5 22 73 8 27 0 0
rumah dengan selesa.
6 Penglihatan menjadi terhad. 28 93 2 7 0 0
7 Mengancam keselamatan 26 87 0 0 4 23
kerana boleh mengundang
kebakaran.
Keadaan persekitaran
8 24 80 4 13 2 7
berjerebu.
9 Berlakunya hujan asid. 26 87 0 0 4 13
Indeks Pencemaran Udara akan
10 meningkat. 24 80 4 13 2 7

Jadual 3 :Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di


Taman Dato’ Wan dan alam sekitar
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

5.3.1 Kesan 1
Gangguan kesihatan
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

3%3%

94%

Rajah 6 : Gangguan Kesihatan


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 28


orang responden (94%) telah memilih setuju bagi kesan
gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan perit
tekak.Selebihnya, skala likert tidak setuju dan tidak pasti masing-
masing mewakili 1 orang responden (3%) bagi kesan tersebut
akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka.Kesan ini
mempengarui umur rsponden. Lingkungan umur responden bagi
mereka yang memilih skala setuju ialah 7 orang responden
(23%) berumur antara 21-35, 5 orang responden (17%) umurnya
36-50, 4 orang responden (13%) berada diantara 51-65 tahun
dan majoriti responden bersetuju dengan faktor ini berumur 66
keatas iaitu seramai12 orang (41%). Bagi skala likert tidak setuju
1 orang responden (3%) berada di dalam lingkungan umur 51-65
tahundan tidak pasti 1 orang responden(3%) berumur 36-50
tahun.Dapatan ini jelas menunjukkan responden berumur 66
tahun keatas mendapat kesan terhadap gangguan kesihatan ini.

5.3.2 Kesan 3

Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur.


100
90
80
SETUJU
70
TIDAK SETUJU
60
TIDAK PASTI
PERATUS 50
40 83

30
20
10
10
0
7

Rajah 7 : Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seterusnya, majoriti responden seramai 25 orang responden


(83%) telah memilih setuju bagi kesan ketiga ini iaitubau asap
melekat pada pakaian yang dijemurmanakala seramai 3 orang
responden (10%) memilih tidak setuju bagi kesan tersebut. Minoriti
responden iaitu2 orang responden (7%) memilih tidak pasti
terhadap kesan ini.Kesan ini berkait rapat dengan jantina
responden.Jantina responden lelaki yang menyatakan mereka setuju
dengan kesan ini ialah 12 orang responden (40%) manakala
responden perempuan pula seramai 13 orang (43%).Jelaslah
bahawa responden perempuan mendapat kesan ini.
5.3.3 Kesan 4

Rumah menjadi berdebu


SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

20%

20% 60%

Ra
jah 8 : Rumah menjadi berdebu
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 8, seramai 18 orang responden (60%) telah


memilih setuju bagi kesan rumah menjadi berdebu. Meskipun
begitu, terdapat 6 orang responden (20%) memilih tidak setuju dan
6 orang responden bersamaan (20%) memilih tidak pasti bagi kesan
rumah menjadi berdebu.Ini bermakna majoriti daripada penduduk
Taman Dato’ Wan mendapat kesan rumah mereka berdebu akibat
daripada aktiviti pembakaran terbuka ini.
5.3.4 Kesan 6

Penglihatan menjadi terhad.


100

90

80

70

60 FAKTOR 6

PERATUS 50

40

30

20

10
0
0
SETUJU
93 TIDAK 7
SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 9 : Penglihatan menjadi terhad


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Selain itu, bagi kesan yang keenam iaitu penglihatan menjadi


terhadmajoriti responden iaitu seramai 28 orang responden (93%)
bersetuju dengan kesan tersebut berlaku akibat daripada aktiviti
pembakaran terbuka.Namun begitu, tedapat juga 2 orang responden
(7%) telah memilih tidak setuju dan tiada responden (0%) bagi skala
likert tidak pasti akan kesan penglihatan menjadi terhad.Kesan ini
mempengaruhi umur responden.Bagi responden yang memilih skala
likert setuju lingkungan umur mereka ialah 7 orang (23%) berumur 21-
35 tahun, 6 orang (20%) umur mereka 36-50 tahun, lingkungan umur
51-65 tahun pula ialah 3 orang responden (10%) dan 12 orang
responden (40%) berumur 66 tahun dan keatas. Selebihnya 2 orang
responden (7%) yang menyatakam mereka tidak setuju berumur
antara 51-65 tahun.Jelaslah bahawa umur responden mempengaruhi
kesan ini.

5.3.5 Kesan 8

Keadaan persekitaran berjerebu

7%
13%
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

80%

Rajah 10 : Keadaan persekitaran berjerebu


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 10, searamai 24 orang responden (80%) telah


memilih setuju bagi kesan keadaan persekitaran berjerebu. Namun
begitu, terdapat 4 orang responden (13%) telah memilih tidak
setuju manakala 2 orang (7%) tidak pasti dengan kesan tersebut.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa majoriti responden bersetuju dengan
kesan keadaan persekitaran berjerebu.Kesan ini berkaitan dengan
tahap pendidikan responden.Bagi skala likert setuju tahap
pendidikan responden ialah 11 orang (37%) pada peringkat SPM, 10
orang (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan peringkat Ijazah/PHD
pula ialah 3 orang responden (10%). 3 orang responden (10%) yang
mempunyai tahap pendidikan diperingkat SPM dan 1 orang
responden (3%) pada tahap STPM/Setaraf menyatakan mereka tidak
setuju dengan kesan tersebut. Selebihnya, 2 orang responden (7%)
tidak pasti akan kesan ini.

6.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, aktiviti pembakaran terbuka di Taman
Dato’ Wan didapati hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Hal ini kerana
hanya segelintir responden sahaja yang pernah melakukan
pembakaran terbuka tetapi kesemua responden mengetahui tentang
aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini. Hasil daripada
kajian pengetahuan am responden, kebanyakan responden
menyatakan jenis sampah yang dibakar oleh penduduk ialah daun
kering seterusanya majoriti responden bersetuju bahawa penduduk biasanya
membakar sampah pada waktu petang. Dari kajian ini juga, majoriti responden
bersetuju bahawa faktor aktiviti pembakaran terbuka berlaku di taman
ini kerana jalan mudah untuk menghapuskan sisa komersial dan salah
satu cara menghalau nyamuk. Hal ini demikian kerana, melalui
pemerhatian pengkaji, penduduk akan mengumpulkan sisa komersial
untuk di bakar selepas melakukan aktiviti pembersihan kawasan
persekitaran rumah mereka dan taman ini merupakan kawasan wabak
denggi. Namun begitu, faktor 3 dan faktor 7 masing-masing berkait
rapat dengan pendapatan dan tahap pendidikan responden.Faktor
jalan mudah menghapuskan sisa komersial berkaitan dengan
pendapatan responden kerana majoriti responden mempunyai
pendapatan antara RM1000-RM3000. Faktor salah satu cara
menghalau nyamuk pula dipengaruhi oleh tahap pendidikan responden
kerana pendidikan kebanyakan responden pada tahap SPM. Selain itu,
gangguan kesihatan dan penglihatan menjadi terhad merupakan kesan
yang dipersetujui oleh majoriti responden akibat daripada aktiviti
pembakaran terbuka ini.Kedua-dua kesan tersebut berkait rapat
dengan umur responden dimana majoriti responden yang bersetuju
dengan kesan ini berumur 66 tahun keatas.Oleh itu, pengkaji berharap
kajian ini dapat membuka mata masyarakat dan pihak-pihak yang
bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka di
Taman Dato’ Wan kerana jika dibiarkan perkara ini berlanjutan perkara
ini akan menjadi serius.

7.0 RUJUKAN
1. Berita Harian (2014). Pembakaran terbuka, habuk halus, kerja
tanah punca jerebu. Dicapai pada Mac, 13, 2014 dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembakaranterbuka_
habukhalus_kerjatanahpuncajerebu/Article/index_html
2. Google Image (2014). Peta Negeri Sembilan. Dicapai pada
Febuari 7, 2014, dari https://www.google.com/image/
3. Halina Mohd Noor. “Pembakaran terbuka tidak kira masa” dlm.
Berita Harian,18 Febuari 2010
4. Hamid Karim. “Usaha atasi pembakaran terbuka” dlm. Harian
Metro, 17 April 2001
5. Jabatan Alam Sekitar (2013). “Langkah proaktif tangani
jerebu”(Pulihara Alam Sekitar, Selamatkan Bumi). Dicapai pada
Febuari 8, 2014, dari http://www.doe.gov.my/webportal/info-
umum/langkah-proaktif-tangani-jerebu/
6. Kamus Dewan edisi keempat,2005.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
7. Malaysia. Jabatan Alam Sekitar, 2007. Larangan Pembakaran
Terbuka. Putrajaya : Bahagian Komuniksai Strategik & Bahagian
Udara Jabatan Alam Sekitar.
8. Map Data (2014) Google Maps. Peta Seremban. Dicapai pada
Febuari 7, 2014, dari
https://www.google.com/maps/place/Seremban,
+Negeri+Sembilan/
9. Nawwar Abdul Rahim. “2,402 pembakarn terbuka” dlm.
Mingguan Malaysia, 23 Mac 2014
10. Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan (2014). Latar
belakang Seremban. Dicapai pada Febuari 8, 2014 dari
http://seremban.ns.gov.my/index.php/maklumat-
organisasi/profail/latar-belakang
11. Siti Fatimah. “Denda pembakaan terbuka disyor
RM500,000” dlm. Utusan Malaysia, 20 April 1998
12. tongkatwaran75 (2014). Bomba Dah Penat Kata Ketua
Pengarah. Dicapai pada Mac, 14, 2014 dari
http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=9848
13. Utusan Malaysia (1998). Pembakaran terbuka dan
kesannya. Dicapai pada Mac, 13, 2014
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot
_04.htm
LAMPIR
AN
Borang Soal Selidik
BAHAGIAN A

Tandakan [ / ] pada yang berkenaan

Jantina
Lelaki
Perempuan Status Perkahwinan

Bujang
Umur Berkahwin
21 - 35 Duda /Janda

36 - 50
51 - 65 Pekerjaan
66 dan ke atas Kerajaan
Swasta
Sendiri
Pencen
Taraf Pendidikan
PMR Tidak Bekerja
SPM
STPM/SETARAF
IJAZAH/PHD
Pendapatan Bulanan
Bawah dari RM 1000
RM 1000 – RM 3000
RM 4000 – RM 5000
Lebih dari RM 5000
BAHAGIAN B

Bulatkan satu jawapan bagi soalan 1 dan 2 serta nyatakan jawapan bagi soalan 3

hingga 5.

1 Adakah anda mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang


berlaku di taman ini?
Ya / Tidak

2 Adakah anda pernah melakukan aktiviti pembakaran terbuka?


Ya / Tidak

3 Apakah jenis-jenis sampah yang dibakar ?


_____________________________________________

4 Bilakah waktu kebiasaan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh

penduduk?

______________________________________________

5 Mengapakah penduduk di taman ini membakar sampah?

_____________________________________________

33
BAHAGIAN C

Berikan penilaian anda berdasarkan skala berikut dengan


menandakan [ / ] :

Faktor pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan

Perkara Tidak Tidak


Bil Setuju
setuju pasti
Tidak ada aduan dibuat kepada pihak
1
berkuasa.
Masyarakat tidak menegur pelaku aktiviti
2
pembakaran terbuka.
Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa
3
komersial seperti daun, pokok, dan tayar.
Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis
4 Pembandaran Seremban terhadap sisa
komersial.
Sikap pelaku pembakaran terbuka yang tidak
5
bertanggungjawab.
Tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam
6
Sekitar.
7 Salah satu cara menghalau nyamuk.
Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran
8
terbuka.
Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab
9 membanteras pembakaran terbuka kepada
pihak berkuasa.
Kurangnya pengetahuan dan pendidikan
10 tentang pembakaran terbuka.
Kesan pembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan
dan alam sekitar

Perkara Tidak Tidak


Bil Setuju
setuju pasti
Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak
1
nafas, dan perit tekak.
2 Rumah diselubungi asap.
Bau asap melekat pada pakaian yang
3
dijemur.
4 Rumah menjadi berdebu.
Tidak dapat bersantai di luar rumah dengan
5
selesa.
6 Penglihatan menjadi terhad.
Mengancam keselamatan kerana boleh
7
mengundang kebakaran.
8 Keadaan persekitaran berjerebu.
9 Berlakunya hujan asid.
10 Indeks Pencemaran Udara akan meningkat.

35
KERATAN AKHBAR

Berita Harian (18 Febuari 2010)


Utusan Malaysia (20 April 1998)

Harian Metro (17 April 2001)

37
Mingguan Malaysia (23 Mac 2014)

Berita Harian 3 September 2003


39
RISALAH
41

You might also like