You are on page 1of 3

PENGENALAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 ICT – komunikasi yang menggunakan teknologi terkini untuk berhubung di antara satu sama lain. ICT
melibatkan penggunaan sesuatu teknologi sebagai alat dalam melaksanakan proses komunikasi dan
menjadi penghubung di antara pelbagai pihak dengan pelbagai cara tanpa mengira situasi, masa dan
tempat.
 Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi
 Merupakan satu alat sokongan dalam proses penyelesaian masalah dan proses pembuatan
keputusan dalam organisasi.

Definisi Ekonomi

 Sesuatu bidang sains sosial yang mengkaji berkenaan individu dan masyarakat dalam membuat
pilihan.
 Masalah ekonomi adalah disebabkan ketidak keseimbangan 2 perkara :
a) Kehendak manusia yang tidak terhad
b) Sumber ekonomi iaitu faktor pengeluaran yang terhad
 Para ilmuan ekonomi berpandangan sesuatu perubahan yang luar biasa sekiranya menggunakan
ICT.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM EKONOMI

1. Meningkatkan ekonomi Negara

 Membantu menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak yang berkenaan dengan pantas
dalam masa yang singkat. (Pelanggan)
 Mudah mengetahui maklumat pesaing-pesaing yang ada dengan mudah
 Meningkatkan aliran masuk mata wang asing.
 Membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pemasaran dan menembusi pasaran
antarabangsa.

2. Meningkatkan dan memberi pendedahan perdagangan antarabangsa secara talian

 Mengurangkan kos operasi.


 Menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran antara pedagang.
 Menjimatkan kos pengiklanan.
 Memaparkan semua maklumat tentang produk dan bentuk produk yang ditawarkan dalam
bentuk yang menarik.

3. Meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan dengan lebih luas


 Melalui pasaran dan pemasaran produk tempatan ke luar Negara
 Memberi pendedahan produk tempatan ke pasaran antarabangsa.
 Pasaran dan pemasaran produk tempatan dapat dijalankan dengan mudah pada bila-bila masa.

4. Merangsang pertumbuhan ekonomi Negara

 Negara mendapat keuntungan yang optimum.


 Pelabur asing akan masuk ke dalam Negara melalui perdagangan antarabangsa dan akan
menjana teknologi.
 Dengan demikian, ekonomi Negara akan meningkat.

5. Membantu perkembangan perniagaan dengan kos yang rendah (jual beli)

 Kemudahan Internet memberi modal yang rendah dalam aktiviti perniagaan.


 Menggantikan sistem manual (Click).
 Menjimatkan kos upah pekerja
 Menjimatkan ruang pameran produk sesebuah syarikat.
 Pendapatan sampingan diperoleh melalui perniagaan.

6. Mengurangkan tahap kemiskinan

 Melalui Internet, maklumat tentang peluang pekerjaan, pasaran jualan dan sebagainya dapat
diperolehi dengan mudah.
 Mudah mencari pasaran baru serta memudahkan proses tempahan, penghantaran dan bayaran.
 Membantu individu untuk mendapatkan pekerjaan dalam Job Malaysia, Mudah.com, SPA8 dan
sebagainya.
 perniagaan sendiri dengan mengiklankan barangan jualan atau perkhidmatan di laman sosial
seperti facebook dan sebagainya.

You might also like