You are on page 1of 1

KEBERKESANAN “TEKNIK MENYOAL SECARA MENDALAM” DALAM

KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BERDASARKAN GAMBAR BAGI


MURID TAHUN TIGA.

¹Tan Win Tat, ²Dr Ngau Chai Hong


1,2
Unit Pengajian Cina, Jabatan Bahasa
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

ABSTRAK

Kemahiran menulis karangan berdasarkan gambar merupakan asas kepada


kemahiran menulis karangan. Matlamatnya adalah untuk membolehkan murid
menyampaikan mesej sendiri secara lisan. Kajian tindakan ini dijalankan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan mengikut gambar
bagi murid tahun tiga berdasarkan teknik menyoal secara mendalam.
Responden kajian tindakan ini terdiri daripada sembilan orang. Mereka
merupakan pelajar kelas 3E dari salah sebuah sekolah rendah di daerah
Johor Bahru. Sembilan responden ini terdiri daripada 5 lelaki dan 4
perempuan yang berumur sembilan tahun yang telah dikenalpasti daripada
ujian pra. Masalah yang dihadapi oleh sembilan responden ini adalah mereka
kurang menguasai teknik pemikiran dan pemerhatian. Ini telah menyebabkan
prestasi kemahiran menulis karangan berdasarkan gambar mereka kurang
memuaskan. Secara tidak langsung, menyebabkan minat menulis karangan
mereka berada pada tahap yang agak rendah. Teknik menyoal secara
mendalam ini adalah teknik yang bertanya beberapa siri soalan yang khas
untuk membolehkan responden melakukan pemerhatian serta proses
pemikiran. Dalam kajian tindakan tersebut, penyelidik telah menggunakan tiga
kaedah untuk mengumpul data, iaitu kaedah ujian, kaedah dokumentasi dan
kaedah soal selidik. Keputusan dan analisis kandungan ujian pos telah
menunjukkan bahawa sembilan responden mempunyai tahap meningkat yang
berbeza mengikut kemahiran tersebut. Selain itu, melalaui data yang
dianalisis dalam soal selidik, penyelidik dapat menentukan bahawa teknik
menyoal secara mendalam dapat meningkatkan minat dan kemahiran
munulis mereka. Akhirnya, penyelidik memberi cadangan bahawa kajian ini
boleh diperluaskan dengan bilangan responden yang ramai dan masa
menjalani kajian juga boleh dipanjangkan untuk mendapat data yang lebih
tepat.

Kata Kunci : “Teknik Menyoal Secara Mendalam”, Kemahiran Menulis


Karangan Berdasarkan Gambar, Teknik Pemikiran,
Pemerhatian.

You might also like