You are on page 1of 6

1.

1 PENGENALAN

Ned Hermann mula memperkembangkan konsep pemikiran otak sekitar lewat 1970-an.
Pendekatan yang ditekankan bukan sahaja melihat kepada kecenderungan seseorang itu
berfikir menggunakan otak kiri mahupun otak kanan, bahkan turut menekankan pemikiran
konseptual dan pemikiran berdasarkan pengalaman. Sesetengah individu cenderung untuk
berfikir menggunakan satu kuadran sahaja dalam pelbagai situasi dan terdapat juga yang
bersandarkan kepada dua sehingga empat kuadran (Richard Daft, 2005). Dalam “Quadrant
Concept” yang mengkaji perkembangan otak kiri dan otak kanan, ia menyatakan bahawa seni
dapat membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Mengikut kajian Edward
Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Hermann (1991), otak mempunyai fungsi yang
pelbagai dan memerlukan penyuburan untuk insan kamil. Ini penting kerana setiap insan
dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan
dipotensikan mengikut tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan
wajar diberi perhatian Pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang
secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis dalam kalangan murid. Pemupukan
kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran di
sekolah. Walau bagaimanapun, timbul persoalan sama ada teori “Quadrant Concept” mampu
melengkapi keperluan dan keinginan asas remaja atau sebaliknya.

2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS REMAJA.

Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada remaha. Dalam Teori
Pembelajaran Maslow, Pendidikan boleh diumpamakan berada dalam tahap fisiologi, iaitu
tahap yang merupakan keperluan asas kepada remaja. Ia perlu dipenuhi sebelum manusia
bersedia menceburkan diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri,maklumat dan estetik. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu bergantung kepada setakat mana
keperluan pelajar dapat dipenuhi. Guru perlu mempertimbangkan keperluan asas (fisiologi)
seperti makanan, minuman dan pakaian dipenuhi,menjadikan suasana bilik darjah lebih
kondusif, bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri pelajar. Selain itu, guru
juga perlu merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar dan memupuk nilai
motivasi diri pelajar melalui bimbingan. Aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek,
sosial dan estetik dalam diri remaja juga perlu dipenuhi.

2.1.1 Jasmani.
Pergerakan koordinasi otot kasar dan halus serta perkembangan fizikal akan
meningkat sejajar dengan usia seseorang individu. Di peringkat 6-12 tahun, kanak-kanak
sangat aktif dan perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Gerak
kerja yang menggunakan tenaga halus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan.
Otot kanak-kanak di peringkat sekolah rendah belum matang dan memerlukan latihan
pergerakkan yang kerap untuk mematangkan pergerakkan ototnya seperti memegang pensil
dengan banyak agar tulisannya kemas. Lazimnya, perkembangan motor bahagian tangan
lebih penting berbanding bahagian kaki.

2.1.2 Emosi.

Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda
atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang
ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu
merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan
menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, dan
terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Perkembangan emosi
agak cepat dan sekata berbanding peringkat prasekolah kerana masih lemah. Semakin usia
meningkat, semakin matang pengawalan emosinya. Mereka mula belajar mengenai emosi
dan perasaan orang lain dan dapat difahami serta diluahkan melalui aktiviti seni. Misalnya,
jika emosinya stabil maka lukisan yang dihasilkan akan lebih cantik dan menyerlah
kreativitinya. Guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini
dan tidak diingini.

2.1.3 Rohani.

Aktiviti kerohanian dapat dibentuk dengan menumpukan kepada aspek kerohanian dan moral.
Misalnya dengan memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan kerohanian
dan moral. Antaranya seperti penggunaan senikata lagu, pengucapan ‘terima kasih’, ‘budak
baik’, tahniah’ dan sebagainya perlu diamalkan lebih kerap, membantu kanak-kanak
menghargai sesuatu dan bukan mengeji serta mengelakkan daripada mengutuk kanak-kanak.
Guru digalakkan memperbanyakkan pujian dan menghormati kanak-kanak.

2.1.4 Intelek.

Kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan
padatan. Ia membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan sesuatu
dengan pelbagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan
diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan berikutan proses ingin tahu
dan semangat ingin belajar mereka. Mereka juga sudah mampu menguasai pertuturan dan
gemar membaca dan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu. Pembelajaran
melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Pada peringkat 11 hingga 12 tahun, pengolahan
secara konkrit akan berubah kepada pengolahan secara formal. Mereka masih lagi terikat
dengan pengalaman sebenar dan wujud suasana yang boleh menimbulkan pertanyaan bagi
murid.

2.1.5 Sosial.

Pembentukkan social dan sahsiah diri remaja bergantung kepada sosialisasi dan pengaruh
persekitaran daripada keluarga, masyarakat serta sekolah. Oleh itu, guru berperanan penting
membantu murid menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untu menyesuaikan
diri dalam masyarakat. Teori pembelajaran sosial Albert Bandura menegaskan elemen sosial
terlibar apabila pembelajaran berdasarkan penglihatan, peniruan dan pemerhatian tingkah
laku orang lain berlaku. Beliau menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru suatu
tingkah laku jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang tinggi.Peniruan dapat
dibahagikan kepada tiga bentuk.

2.1.5.1 Peniruan Secara Langsung dan Tidak Langsung.

Proses ini membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model semasa mengajar.
Ia berlaku semasa melihat gambar atau video dan menonton filem.

2.1.5.2 Peniruan Sekatlakuan dan Ketidaksekatlakuan.

Peniruan bentuk ini berlaku dalam situasi tertentu. Pada masa ini, individu akan menyekat
tingkah laku yang tidak sesuai untuk ditiru. Dalam proses tidaksekat lakuan, individu akan
terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

2.1.5.3 Peniruan Melalui Elistasi.

Seseorang individu akan terus melakukan perkara yang sudah diketahuinya. Keinginan untuk
meniru timbul apabila mereka melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.
2.1.6 Estetik.

Kanak-kanak sudah mula memahami aspek estetik apabila mereka boleh menilai konsep
keindahan dan kecantikan. Oleh sebab itu, latihan-latihan perlu diperbanyakkan agar mereka
dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu yang dilihat atau dilakukan
sekaligus memperoleh konsep hak kita adalah hak semua. Maka, konsep perkongsian dapat
ditekankan dan diterapkan. Secara tidak langsung, konsep estetik dapat ditanam dalam diri
pelajar.

3.1 ANALISIS

Teori “Quadrant Concept” dan keperluan serta kehendak remaja berkait rapat dengan
perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Pembahagian Victor Lowenfeld dan Brittain (1986)
telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan
menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat
disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak
kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh
kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara yang sesuai kepada tahap
perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang
konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Apabila pengetahuan
pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semula jadi. Aktiviti
seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi,
intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan
yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku
dengan sihatnya dan secara tidak sedar.

Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-


kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka sekaligus mencipta pengalaman baru.
Proses kreativiti boleh melibatkan perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti,
pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil dan kebolehan kanak-
kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Guru haruslah membentuk murid dengan
kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan
irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Proses pembelajaran juga harus menekankan kesedaran kendiri. Ia banyak


mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri, iaitu penerimaan atau
penolakkan dan penghargaan kendiri. Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri
dengan menggunakan cara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya.
Perasaan yang dirasai ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang
berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai diri.
Sebaliknya, jika seseorang individu merasai kurang mendapat penerimaan daripada orang
yang berinteraksi dengannya maka dia akan mengalami perasaan penolakkan kendiri.
Manakala penghargaan kendiri adalah timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam
kebaikan diri sendiri. Pelajar hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar
yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Guru memainkan
peranan yang penting untuk mendapatkan konsep kesedaran kendiri yang positif.

4.1 PENUTUP.

Secara ringkasnya, teori “Quadrant Concept” membantu semua guru mahupun golongan
pendidik dalam memahami keperluan dan kehendak remaja agar proses pengajaran dapat
dilaksanakan secara menyeluruh. Ia bertujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dalam bilik darjah mampu disampaikan dengan lebih berkesan agar insan yang
kamil dapat dilahirkan apabila semua keperluan dan kehendak remaja dipenuhi.
Rujukan
Richard L. Daft. 2005. The Leadership Experience. United States: Thomson South-Western.

You might also like