You are on page 1of 4

TENG EI LING

TUGASAN 1: PROJEK – SIMULASI

Secara individu, rancang dengan teliti bagaimana peranan/watak yang akan


dimainkan oleh anda dapat dihayati dan menjadi teladan kepada kanak-kanak
seterusnya menarik minat mereka.

Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran Kerohanian dalam Pendidikan Awal


Kanak-kanak. Kaedah simulasi adalah salah satu kaedah yang membolehkan pelajar
memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam
situasi yang sebenar. Melalui mekanisma ini akan dapat memberi impak yang positif
terhadap perkembangan rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial kanak-kanak.
Teknik simulasi sosiodrama berupaya untuk meningkatkan minat murid untuk terlibat
semasa PdPc seterusnya membantu meningkatkan pencapaian murid. Hal ini kerana
penggunaan teknik simulasi seperti sosiodrama dalam sesi PdPc memberi peluang
kepada murid menggunakan pelbagai deria bagi membentuk pemahaman dan ingatan
terhadap satu-satu konsep. Menurut Mok Soon Sang (2004), simulasi adalah suatu
situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama
dengan situasi yang sebenar.

Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya


adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu
berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Sosiodrama yang akan
disampaikan kepada kanak-kanak ialah cerita “Budak Penggembala Dengan Serigala”
dan watak yang akan dilakonkan ialah seorang kanak-kanak yang sentiasa berbohong
iaitu budak penggembala. Watak yang terkandung dalam drama adalah bersesuaian
dengan tahap kanak-kanak dan dapat menarik minat mereka.

Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial dapat diselesaikan. Setiap


cerita mempunyai pengajaran di sebaliknya, sikap atau tingkah laku negatif akan dapat
diubah dan sikap yang positif dapat dibentuk dan dipupuk. Sebagai contoh, budak
penggembala yang sentiasa berbohong itu akan mendapat kesan negatif terhadapnya,
murid akan berfikir dan mengelakkan diri daripada perbuatan tersebut. Kanak-kanak
mempunyai rasional dan pemikiran yang positif selepas menonton sosiodrama
tersebut. Watak yang dimainkan sememangnya dapat dihayati dan menjadi teladan
kepada kanak-kanak.

Aktiviti sosiodrama ini adalah untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek
afektif. Melalui aktiviti sosiodrama yang berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral,
murid dapat menghayati nilain dan sikap orang lain. Murid akan menghayati nilai
kerjasama yang terdapat dalam sosiodrama tersebut. Contohnya, jika seorang
TENG EI LING

penggembala ternampak serigala yang lapar, mereka akan saling mengingatkan untuk
melindungi kumpulan biri-biri mereka daripada dimakan oleh serigala. Kanak-kanak
boleh mengaitkan sikap ini dalam situasi kehidupan seharian mereka dengan saling
bekerjasama sesama rakan apabila menghadapi sebarang masalah.

Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang
baik dalam diri kanak-kanak. Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanam nilai
bertanggungjawab ke dalam diri individu. Bertanggungjawab membawa maksud
kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna. Aktiviti pemupukan nilai bertanggungjawab dapat dilakukan melalui
contoh penggembala akan sentiasa melaksanakan tugasnya pada setiap hari
termasuklah budak penggembala yang berbohong itu. Penggembala akan sentiasa
menjaga biri-birinya dan memastikan biri-biri masuk ke kandang pada waktu petang.
Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada murid memahami,
menganalisis nilai sebelum menerima dan menghayati nilai tersebut berdasarkan
kepada prinsip moral.

Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan soalan atau idea


yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran. Murid juga digalakkan bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
Kemahiran pembelajaran ini juga menganggap pembelajaran sebagai satu proses
yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Pembelajaran secara konstruktivisme
ini menyokong pembelajaran koperatif. Ia memberi peluang kepada murid untuk
membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan
situasi dunia yang sebenar.

Menurut Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003), lakonan merupakan satu
kaedah yang sesuai kerana dapat memberi peluang kepada pelajar belajar secara
bermain. Belajar secara bermain merupakan satu konsep dalam pendidikan yang
dapat menggalakkan pelajar-pelajar cenderung untuk belajar dan merupakan simulasi
yang baik untuk kanak-kanak berlatih bercakap dalam bahasa Melayu baku.

Hakikat ini diakui oleh Abdullah Ishak (1989) yang mengatakan bahawa drama
atau lakonan adalah satu proses semulajadi yang meliputi alam kanak-kanak. Ia
berlaku secara peniruan menerusi pandangan dan pengamatan. Hal ini adalah satu
perkara penting bagi masa hadapan mereka kerana lakonan merupakan satu
penghayatan terhadap realiti kehidupan. Nilai kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani,
kemanusiaan dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan seni halus
akan menusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan
TENG EI LING

meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar jika watak yang dimainkan
dirancang dengan teliti.
TENG EI LING

Rujukan

Abdullah Ishak (1989). ”Sejarah perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam”.


Petaling Jaya, Selangor :Al-Rahmaniah.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2003). ”Falsafah Pendidikan Dan
Kurikulum”. Kuala Lumpur:Quantum Books.

Aw, S. (2016). NILAI-NILAI PENDIDIKAN KARAKTER YANG TERKANDUNG DALAM


TAYANGAN ”MARIO TEGUH GOLDEN WAYS”. Jurnal Pendidikan Karakter,
6(2). doi:10.21831/jpk.v6i2.12048

Haji Othman, M. K., Mohd Yusoff, M. Z., Abdul Rahim, F., Puteh, A., Kasa, M. D., &
Roslan, N. (2016). Perspektif Ibu Bapa Terhadap Permasalahan dan Cabaran
dalam Pembentukan Nilai Murni Pelajar. Sains Humanika, 8(4-2).
doi:10.11113/sh.v8n4-2.1052

Kemahiran metakognisi dalam penyelesaian masalah by JAMAILIA JUMAHARI -


issuu. (n.d.).Retrieved from
https://issuu.com/jamailia/docs/penulisan_penuh_pembentangan_riau-
jamailia

Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan. (n.d.). Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/46313624/Kerja-Kump-6-WAJ-3104-Teknik-
Lakonan

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

You might also like