You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MOLEK

PT TARIMAN SENGGARANG

KERTAS KERJA

TAJUK : Projek Keceriaan Makmal Komputer Sekolah

TARIKH : 07 Oktober 2018 – 21 Oktober 2018

TEMPAT : Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Seri Molek

PERKARA TANDATANGAN/ULASAN

Disediakan oleh:

ELLSIE VIEANN ALPHONSOS

Guru pelatih

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Disemak oleh :

PUAN HAMIMAH BINTI MOHD SAID

Guru Pembimbing

Sekolah Kebangsaan Seri Molek

Diluluskan oleh:

EN SHAARI BIN BIDIN

Guru Penolong Kanan

Sekolah Kebangsaan Seri Molek


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MOLEK

PT. TARIMAN, SENGGARANG

Kertas Kerja:

PROJEK KECERIAAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Dikemukakan Oleh:

GURU PELATIH

OPSYEN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MOLEK

1.1 PENGENALAN

Projek keceriaan makmal komputer merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh
pelajar praktikum opsyen Bahasa Melayu bersama dengan guru pembimbing iaitu Puan
Hamimah binti Mohd Said. Projek ini diharapkan dapat menguji kreativiti guru pelatih di
samping dapat melihat komitmen guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek yang
dirancang.

1.2 OBJEKTIF

i. Menceriakan makmal komputer Sekolah Kebangsaan Seri Molek.


ii. Memberi pendedahan dan menanam keyakinan diri dalam kalangan murid-murid
Tahun 6 dan guru pelatih untuk melaksanakan sesuatu projek.
iii. Memenuhi masa lapang dan meningkatkan kreativiti murid Tahun 6 dan guru
praktikum dengan aktiviti yang berfaedah.
iv. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan
projek di sekolah.
v. Menjadikan projek ini sebagai salah satu projek praktikum dan sumbangan
kepada pihak Sekolah Kebangsaan Seri Molek.

1.3 TEMPOH, TEMPAT DAN TARIKH

i. Tempoh : 2 minggu
ii. Tempat : Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Seri Molek
iii. Tarikh : 07 Oktober 2018 – 21 Oktober 2018

1.4 SASARAN

 Guru pembimbing Bahasa Melayu


 Guru praktikum opsyen Bahasa Melayu
 Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Molek
1.5 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Encik Ahmad Fuad bin Jaafar


Pengerusi : Puan Roslaili binti Osman
Naib Pengerusi : Puan Hamimah binti Mohd Said
Setiausaha : Ellsie Vieann Alphonsos
Bendahari : Noramira binti Amir
AJK : Murid-murid Tahun 6 SK Seri Molek

1.6 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos/ Unit Jumlah


1. Kertas warna RM 9 x 5 RM 45
2. Plastik laminate RM 20 x 2 RM 40
3. Pita pelekat RM 2 X 3 RM 6
4. Kertas sebak RM 1 X 1 RM 1
5. Kertas pembalut RM 1 X 10 RM 10
6. Riben RM 5 X 1 RM 5
7. Marker pen RM 2 X 2 RM 4
Jumlah RM 111

1.7 PENUTUP

Diharapkan Projek Keceriaan Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Seri Molek ini
dapat berjalan dengan lancar dan menceriakan lagi makmal sekolah SK Seri Molek
yang sedia ada. Selain itu, diharapkan juga projek ini dapat memenuhi masa lapang
murid Tahun 6 yang telah habis peperiksaan UPSR serta guru-guru praktikum juga
dapat menyumbang tenaga dan kreativiti kepada keceriaan makmal komputer
sekolah.

You might also like