You are on page 1of 1

Pautan: https://www.youtube.com/watch?

v=Slqx0S-Q9-4
Tajuk: Pengajaran dan Pembelajaran berkesan: Pembelajaran Abad Ke-21 Subjek
Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Ulasan:
Pada pendapat saya, video pengajaran ini baik dan boleh dijadikan sebuah contoh
pengajaran yang berkesan. Hal ini kerana, sesi pembelajaran dimulakan dengan
bacaan doa terlebih dahulu dan guru sangat prihatin terhadap murid-murid dengan
menanyakan khabar murid-muridnya.
Set induksi yang dilakukan oleh guru sangat seronok iaitu aktiviti mencari kad
tersembunyi. Murid-murid kelihatan sedikit riuh semasa aktiviti dijalankan. Selain itu,
terdapat juga penggunaan traffic light yang menunjukkan guru ini telah
mengaplikasikan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 di dalam bilik darjah. Suara
guru dihadapan juga sangat jelas dan mudah difahami. Saya juga tertarik dengan
penggunaan booster kumpulan di dalam kelas. Penggunaan booster kumpulan ini
sudah tentu dapat menaikan lagi semangat berkumpulan mereka. Guru juga telah
menunjukkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaannya kepada murid-murid.
Guru ini juga telah menggunakan slaid pembentangan yang menarik kerana
mempunyai penggunaan warna, gambar dan animasi yang menarik dan sesuai
dengan kanak-kanak. Setiap penerangan yang diberikan oleh guru juga mempunyai
contoh dan penerangan untuk memudahan murid untuk memahami tajuk yang
diajarkan. Penglibatan murid semasa sesi PdP adalah aktif.
Dalam langkah pengajarannya juga, guru ini telah menggunakan topeng beg
kertas yang menarik untuk sesi membaca di hadapan kelas. Guru juga telah memberi
pujian dan tepukan semangat untuk murid-muridnya.
Semasa sesi kerja berkumpulan pula, guru sekali lagi mengaplikasikan PAK-
21 iaitu dengan meminta murid-muridnya menghasilkan peta buih pada papan putih
kumpulan. Pembentangan kumpulan juga dilakukan bagi setiap kumpulan di hadapan
kelas. Akhir sekali, guru telah menggunakan teknik nyanyian sebagai langkah
penutup. Hal ini adalah baik kerana dapat meningkatkan keceriaan kelas walaupun di
hujung sesi pengajarannya.
Kesimpulannya, video pengajaran ini adalag sangat baik kerana guru telah
menggunakan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 dan penggunaan pelbagai
bahan yang menarik dan sesuai semasa sesi PdP. Murid juga dapat melibatkan diri
secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru tersebut.

You might also like