You are on page 1of 4

Laporan Program Berbasikal dan Motivasi Darjah Enam SK Seri Molek 2018

Pada 8 Ogos 2018 yang lalu bersamaan dengan hari khamis, Sekolah Kebangsaan Seri
Molek, Senggarang telah menjalankan satu Program Berbasikal dan Motivasi bagi murid
Darjah Enam di Pantai Sungai Lurus, Senggarang. Program itu telah disertai oleh 21 orang
murid darjah enam, tujuh orang guru praktikum sebagai fasilitator, beberapa orang guru SK
Seri Molek sebagai pengiring dua orang pihak polis dan pengawal sekolah sebagai pengawal
lalu lintas serta keselamatan. Program tersebut bermula seawal jam 8 pagi sehingga 1.30
petang.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas yang diberikan oleh guru besar
SK Seri Molek iaitu Encik Ahmad Fuad bin Jaafar. Seterusnya, bacaan doa dibuat dengan
pimpinan Encik Hozaini bin Abd Hamid. Selepas sahaja bacaan doa, pergerakan berbasikal
murid dimulakan dengan saudara Faiz sebagai ketua dan diikuti oleh murid-murid dan guru-
guru yang lain. Perjalanan ke Pantai Sungai Lurus adalah sejauh 8 kilometer.

Kami tiba di Pantai Sungai Lurus kira-kira pada pukul 9 pagi. Kami berehat sebentar
setelah perjalanan agak jauh sebelum beralih ke tentatif program yang seterusnya. Tentatif
yang seterusnya ialah aktiviti gotong-royong untuk membersihakan kawasan pantai dengan
mengutip sampah-sarap yang ada di pantai tersebut. Pembahagian kumpulan telah dilakukan
untuk mengutip sampah-sarap mengikut bahagian yang telah ditetapkan supaya masa dapat
dijimatkan. Sampah-sarap yang telah dikutip kemudiannya dikumpulkan di satu tempat bagi
memudahkan kerja pembersihan yang seterusnya.

Selepas itu, program tersebut diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka yang
dikelolakan oleh guru-guru praktikum sebagai fasilitator. Permainan dimulakan dengan
energizer yang dibuat oleh saudari Hafizah untuk menaikan semangat setiap murid. Terdapat
tiga permainan sukaneka yang menarik telah dibuat oleh guru-guru praktikum iaitu permainan
“dari dahi turun ke mulut” (Ellsie dan Amira), permainan “kon aiskrim gergasi” (Faiz dan
Syafiqah) serta permainan “cari gula-gula dalam tepung” (Suhaibah dan Najihah). Setiap
kumpulan hendaklah mengutip mata dalam setiap permainan yang dipertandingkan. Selepas
penat bermain, semua murid dan guru-guru sama-sama menikmati juadah makan tengah hari
yang telah disediakan.

Program diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu Program Mentor-Mentee yang
dibimbing oleh guru-guru praktikum sebagai mentor dan tiga orang murid sebagai mentee
masing-masing. Tujuan Program Mentor-Mentee ini adalah untuk memotivasikan murid-murid
darjah enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi dan untuk mengetahui
lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi dalam mana-mana subjek peperiksaan.

Akhir sekali, kami berbasikal balik ke sekolah pada pukul 1 tengah hari. Upacara
penutupan program dan penyampaian hadiah telah dilakukan di sekolah. Walaupun penat
kami berasa sangat seronok dan gembira kerana sama-sama dapat melibatkan diri dalam
aktiviti santai ini. Banyak pengalaman dan ilmu dapat ditimba secara langsung dan tidak
langsung.

Disediakan oleh, 10 Ogos 2018

__________________________

(ELLSIE VIEANN ALPHONSOS)


Laporan Kursus Pentaksiran Bilik Darjah

Pada 8 Ogos 2018 yang lalu bersamaan dengan hari khamis, kami telah menyertai satu
kursus Pentaksiran Bilik Darjah yang diadakan di bilik mesyuarat SK Seri Molek pada pukul 2
petang. Kursus ini telah diberikan oleh pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kursus itu diisi dengan satu sesi pengisian yang banyak memberi pengetahuan baharu
kepada kami berkaitan dengan pentaksiran bilik darjah. Dimulakan dengan kerangka PBS.
Seterusnya, perkembangan Dokumen Kurikulum dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan
tujuan serta pelaksanaan PBD. Selain itu, banyak lagi penerangan yang bermanfaat telah
diberikan oleh beliau kepada kami.

Sesi kedua kursus ini diisi dengan aktiviti kumpulan mengikut subjek masing-masing.
Kami diminta untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran harian mengikut subjek
masing-masing. Seterusnya, setiap kumpulan hendaklah membentangkan hasil kerja
kumpulan masing-masing di hadapan. Setiap rancangan pengajaran harian yang
dibentangkan akan dibuat pembetulan jika terdapat sebarang kesalahan.

Kesimpulannya, kursus ringkas ini memberikan pelbagai pengetahuan dan ilmu


baharu kepada kami khususnya sebagai guru praktikum yang bakal menghadapi dunia
pendidikan yang sebenar tidak lama lagi. Kami sangat berbesar hati kerana turut dijemput
untuk menghadiri kursus yang sangat berguna ini.

Disediakan oleh, 10 Ogos 2018

__________________________

(ELLSIE VIEANN ALPHONSOS)


Laporan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Seri Molek 2018

Pada 16 Ogos 2018 yang lalu bersamaan dengan hari khamis, Sekolah Kebangsaan Seri
Molek telah mengadakan sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang
bermula pada pukul 7.40 pagi bertempat di Dewan Terbuka YB Ja’faar bin Hasyim. Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini disambut oleh seluruh warga sekolah SK Seri Molek,
Senggarang.

Kami sebagai guru praktikum di sekolah ini telah diberikan tugas masing-masing untuk
menjadi ahli jawatankuasa dalam bahagian masing-masing (rujuk lampiran). Sebelum
program ini dilaksanakan, kami telah membuat beberapa persiapan iaitu hiasan pentas,
persembahan dan juga teks pengerusi majlis. Persiapan ini telah kami lakukan selama satu
minggu sebelum majlis disambut.

Program pelancaran ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
iaitu untuk membuka seri majlis pada hari tersebut dan diteruskan lagi dengan menjemput
guru besar SK Seri Molek, Encik Ahmad Fuad bin Jaafar untuk memberikan ucapannya
sempena bulan kemerdekaan. Terdapat banyak pesanan dan pengetahuan yang diisi dalam
ucapan beliau kepada murid-murid SK Seri Molek.

Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran gimik perasmian kemerdekaan. Gimik ini
dirasmikan sendiri oleh guru besar SK Seri Molek bersama dengan barisan guru-guru
penolong kanan sekolah. Bagi persembahan guru pula, Cikgu Hayati dan Cikgu Faiz telah
mempersembahkan sebuah sajak kemerdekaan manakala murid tahun 5 Gemilang pula telah
membuat satu persembahan kreatif yang terdiri daripada gabungan lakonan, nyanyian dan
sajak.

Sambutan pelancaran tersebut diakhiri dengan empat buah lagu patriotik iaitu lagu
Warisan, Standing In The Eyes, Saya Anak Malaysia dan Keranamu Malaysia. Edaran
bendera diberikan kepada setiap kelas dan nyanyian dimulakan dengan penuh bersemangat
oleh guru-guru dan murid-murid SK Seri Molek.

Disediakan oleh, 18 Ogos 2018

__________________________

(ELLSIE VIEANN ALPHONSOS)

You might also like