You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Guru Yang Pertama bagi Tahun 2014

SJK (T) Ladang Serapoh,

32810,Parit, Perak.

Tarikh : 27.12.2013

Masa : 9.00 pagi (Jumaat)

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Hadir : 1) Pn.C.Devi (Guru Besar)


2) Pn.A.Sanggari
3) En.S.Prassaad
4) Pn.M.Vani
5) Pn.Noorleanna
6) Cik.P.Anigala
7) Cik.T.Kemamalini
8) Cik.V.Vishalani
9) Pn.C.Sreejaya
10)Cik.R.Annapurani
11)Cik.V.Kogilavani

1.0) Ucapan Pengerusi (Guru Besar :Pn.C.Devi)

1.1) Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Guru yang
pertama bagi tahun 2014.

1.2) Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru ke atas


kesudian mereka meluangkan masa menghadiri mesyuarat pada kali ini.

2.0) Membentangkan dan mengesahkan mesyuarat guru.

3.0) Agenda Perbincangan

3.1) Guru Besar meminta semua guru kelas membersih dan menceriakan bilik
darjah masing-masing sebelum hari persekolahan.
3.2) Guru Besar meminta guru bertugas datang awal iaitu pada pukul 7.15 pagi ke
sekolah dan memantau semua kegiatan berjalan dengan lancar dan dalam
keadaan selamat.

3.3) Beliau meminta guru-guru menggalakan murid-murid menyanyi empat buah


Lagu iaitu lagu Negara Ku, Lagu negeri Perak ,Lagu Perak Gemilang dan
Lagu sekolah pada waktu perhimpunan.

3.4) Beliau membimbing guru-guru cara menulis refleksi dalam buku rekod
pengajaran dan pembelajaran.

3.5) Beliau meminta semua panitia matapelajaran teras seminggu sekali


mengadakan perjumpaan kecil diantara guru-guru supaya dapat berkongsi
maklumat dan membincangkan pencapaian murid-murid dalam pelajaran.

3.6) Guru Besar mengagihkan kelas kepada guru-guru berikut:

Bil Guru Kelas Tahun


1. Cik.P.Anigala 1
2. Cik.R.Annapurani 2
3. Pn.C.Sreejaya 3
4. Cik.T.Kemamalini 4
5. Cik.V.Vishalani 5
6. Cik.M.Kogilavany 6

3.7) Beliau meminta semua guru melengkapkan semua bahagian dalam Buku
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dengan lengkap dan memastikan
semua guru menyediakan serta menulis Rancangan Harian pada hari pertama
persekolahan

3.8) Beliau meminta semua guru memakai pakaian formal serta mengikuti
peraturan-peraturan am sekolah.

3.9) Beliau mengingatkan semua guru memakai pakaian batik pada hari Khamis
dan Beliau juga menegaskan kepada semua guru supaya menurunkan
tandatangan waktu pagi dan sebelum balik rumah.

3.10) Beliau meminta semua guru harus mengetahui Visi dan Misi Sekolah.

3.11) Beliau juga meminta guru kelas tahun 5 dan 6 menyediakan sudut Headcount
dan mencatatkan Tov dan sasaran murid-murid dalam setiap matapelajaran.
3.12) Beliau meminta semua guru masuk ke kelas mengikut waktu yang ditetapkan
dan mengajar dengan berkesan menggunakan alat bantu mengajar yang
sesuai.

3.13) Beliau meminta semua guru memberi kerjasama untuk meningkatkan


pencapaian keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang

3.14) Guru Besar akan membuat pencerapan sekurang-kurangnya dua kali setahun
satu diberitahu sebelum membuat pencerapan dan satu lagi tanpa diberitahu.

3.15) Guru-guru dikehendaki melaporkan maklumat penting kepada Guru Besar


selepas menghadiri kursus atau mesyuarat, jika perlu diberi inhouse training
kepada semua guru sekolah.

3.16) Guru Besar meminta semua guru mengamalkan program Guru Penyayang
dan program Mentor-mentee dengan bersungguh-sungguh.

3.17) Beliau mengingatkan guru-guru mendapat surat arahan daripada ketua


jabatan sebelum membawa keluar murid untuk sesuatu tujuan .Dengan
adanya surat arahan ini akan membantu guru dari dakwaan dan ia juga akan
dilindungi oleh pihak kerajaan.

3.18) Beliau telah memberitahu hal kecuaian seseorang guru didalam kelas dan di
luar kelas boleh mengakibatkan masalah atau kemalangan pada murid-murid
dan ia juga boleh didakwa di mahkamah, oleh demikian, guru- guru perlu
berwaspada dan sentiasa memberi perhatian kepada murid-murid semasa
waktu sekolah.

3.19) Beliau menyatakan bahawa pelajar tidak boleh dirotan dan sebelum
mengambil sesuatu tindakan perlu diberi nasihat sekurang-kurangnya 3 kali
kepada pelajar tersebut dan tindakan atas pelajar tersebut perlu direkodkan

3.20) Beliau meminta guru Hem menghantarkan data ponteng sekolah dan
mewujudkan jawatankuasa bagi bahagian disiplin.Beliau juga memberitahu
masalah disiplin murid boleh ditangani oleh guru bertugas pada masa tertentu.

3.21) Beliau juga meminta guru-guru menitikberatkan tulisan murid-murid dalam


buku latihan dan buku kerja. Beliau juga meminta guru bertugas mengisi
kehadiran murid-murid dan guru-guru dalam aplikasi APDM.
3.22) Beliau meminta semua guru menyemak buku latihan murid dengan betul dan
diggalakan murid-murid membuat pembetulan.

3.23) Beliau meminta semua guru mengemaskini maklumat penting dalam aplikasi
online E-SPLG dan E-Operasi.

3.24) Beliau menggalakkan guru-guru menjalankan pdp di luar kelas supaya murid-
murid dapat belajar dalam suasana yang berbeza.

3.25) Semua guru yang terlibat dalam kelas tambahan yang akan berjalan selama 3
hari Isnin, Selasa dan Jumaat.

3.26) Guru-guru dikehendaki menulis laporan tentang pengajaran sewaktu kelas


tambahan dalam buku yang telah disediakan.

4.0) Ucapan Penangguhan

4.1) Guru Besar merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi
menghadirkan diri dalam mesyuarat guru ini dengan penuh kerjasama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

…………………………… ………………………………..

(Kemamalini a/p Thiagarjam)

Setiausaha

You might also like