You are on page 1of 5

ASSINGMENT 10 (BERKUMPULAN)

BUAT PERBANDINGAN DALAM ASPEK PENGAJARAN DALAM FALSAFAH BARAT


TRADISIONAL DAN MODEN

PENGENALAN

Falsafah pendidikan adalah cara pemikiran yang analitis yang digunakan untuk
menjelaskan konsep-konsep asas dalam pendidikan. Falsafah pendidikan barat boleh
dibahagikan kepada dua iaitu perennialisme, essensialisme, progresivisme dan
rekonstruksionisme. Dalam falsafah pendidikan barat ini pula, boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu falsafah pendidikan barat yang bersifat tradisional iaitu perennialisme dan
essensialisme, manakala falsafah pendidikan barat yang dikategorikan moden pula ialah
progresivisme dan rekonstruksionisme. Terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua
aliran falafah barat tradisional dan moden ini terutamanya dari aspek pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah.

PENGAJARAN JADUAL WAKTU YANG TETAP, MASA YANG SERAGAM vs PENGAJARAN


JADUAL WAKTU ANJAL , MASA YANG FLEKSIBEL

Aliran falsafah pendidikan barat tradisional berbeza dengan moden dapat dilihat
daripada aspek pengajaran dengan penggunaan jadual waktu yang tetap dan masa belajar
yang seragam dalam falsafah tradisional juga berbeza dengan falsafah moden yang
menggunakan jadual waktu yang anjal dan boleh diubahsuai masa belajar. Apakah jadual
waktu dalam konteks sistem persekolahan? Menurut Omardin Ashari (1996), jadual waktu
adalah suatu pemberitahuan kepada semua pihak yang berkenaan akan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Jadual waktu boleh menyatakan waktu pelajar dan
mengajar bagi setiap mata pelajaran pada setiap minggu. Jadual waktu juga merupakan
agihan masa bertugas yang diselaraskan kepada guru-guru bagi melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Aliran falsafah pendidikan barat tradisional mengapplikasikan penggubalan jadual


waktu yang tetap dan masa belajar yang seragam digunakan bagi semua mata pelajaran.
Sebagai contohnya, masa pembelajaran yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran Sejarah
ialah tiga waktu seminggu dengan masa 40 minit bagi setiap satu waktu pengajaran dan

1
pembelajaran. Dalam jangkamasa pengajaran yang telah ditetapkan selama 40 minit
tersebut, perkara yang paling penting untuk disampaikan di dalam kelas ialah isi kandungan
pelajaran dan kebenaran universal yang bersifat mutlak. Justeru itu, seorang guru akan
dianggap sebagai seorang yang pakar dan berautoriti untuk menyampaikan isi kandungan
pelajaran Sejarah dan pelajar hanya menerima ilmu sebanyak mungkin. Aliran dalam
falsafah tradisional ini mempunyai matlamat unggul untuk menjadikan pelajar adalah
seorang yang benar-benar mahir isi kandungan sejarah dan seterusnya menjadi seorang
sejarawan yang terbaik.

Berbeza dengan aliran falsafah moden, penggunaan jadual waktu anjal yang juga
boleh diubahsuai masa belajar. Jadual waktu anjal di sini bermaksud penggubalan jadual
waktu yang fleksibel dengan 2-3 waktu bersambungan bagi setiap mata pelajaran. Menurut
Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), agihan waktu anjal perlu seimbang
dengan 4-6 waktu (160-240 minit) sehari bagi sekolah menengah dan 5-8 waktu( 150-240
minit) sehari bagi sekolah rendah. Ini bermakna seseorang guru tidak tertakluk penetapan
masa 40 minit bagi slot pengajaran yang sering diamalkan, namun guru boleh menetapkan
berapa lama masa yang perlu diambil untuk mengajar sesuatu topik sehingga semua pelajar
memahami dengan jelas konsep yang diajar. Contohnya ada sesetengah sekolah
menyelaraskan masa belajar mata pelajaran Sejarah dibuat dalam masa 120 minit serentak
bagi semua kelas pada waktu atau penggal tertentu.

Selain itu, masa pengajaran boleh disesuaikan dan diselaraskan mengikut pelbagai
program yang dirancang. Ini bermakna, apabila seorang guru Sejarah mengajar topik Bab
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara, maka dia boleh
menggunakan kelebihan jadual waktu anjal untuk menjelaskan konsep dan perkembangan
nasiolisme bagi semua negara-negara di Asia Tenggara dengan jelas dan sistematik.
Pelaksanaan jadual waktu anjal yang mengunakan kaedah induktif akan lebih
menggalakkan pelajar berdikari dan seronok mengikuti kelas. Selain itu, contohnya dengan
pembelajaran berkumpulan atau koperatif akan menggalakkan sesi pembelajaran yang
menarik. Di samping itu, kumpulan pengajaran dan pembelajaran yang kecil dan individu
yang berfokus membolehkan program lebih efisien dan efektif bagi menyampaikan isi
pembelajaran dan proses menyelesaikan masalah.

2
PENGAJARAN DENGAN KUMPULAN PELAJAR YANG HOMOGENES DAN PROGRAM KHAS
vs DENGAN KUMPULAN PELAJAR HETEROGENES DAN PROGRAM BERBEZA

Aliran falsafah pendidikan barat tradisional juga menekankan kumpulan ‘homogenes’


yang menghalakan pelajar kepada program khas yang dirancang untuk sekumpulan murid
yang besar. Menurut Kamus Dewan (2010), homogenes terdiri daripada bahagian-bahagian
atau unsur-unsur yang sama jenisnya. Oleh itu, bolehkan kita katakan dalam aspek
pengajaran, kumpulan homogenes terdiri daripada 2-5 individu pelajar yang disatukan
membentuk satu kumpulan dengan latarbelakang, kebolehan, pencapaian, minat, ras dan
jantina yang sama. Mereka dikumpulkan untuk melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama.
Manakala, heterogenes pula bermaksud berbagai-bagai atau kepelbagaian. Ini bermakna
kumpulan heterogenes terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai latarbelakang,
kebolehan, pencapaian, minat, ras dan jantina yang berlainan dan berbezan antara satu
sama lain. Ia mewujudkan kepelbagaian unsur dalam satu kumpulan dalam sesuatu proses
pengajaran.

Kumpulan homogenes selalunya telah dihalakan dengan program yang sama dan
seragam bagi semua ahli dalam kumpulan. Contohnya, dalam pengajaran Sejarah guru
akan memberikan tugasan atau nota yang seragam bagi semua ahli dalam kumpulan
tersebut. Ini memudahkan guru mengendalikan pengajaran kerana semua pelajar
mempunyai aras kebolehan yang sama. Pelajar-pelajar dalam kumpulan akan bekerjasama
mencapai matlamat mereka yang satu. Kumpulan yang homogenes juga membolehkan guru
membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan
dan pengayaan mengikut keperluan masing-masing.

Kumpulan homogenes dikumpulkan dengan aras kebolehan masing-masing


mengikut kumpulan murid cemerlang, sedarhana dan potensi bagi mengikuti program-
program pengajaran yang bersesuaian. Contohnya, dalam sistem pendidikan di Malaysia
sekarang, murid-murid akan diasingkan mengikut aras kebolehan masing-masing
berdasarkan ‘streaming class’ yang kebiasaanya di buat berdasarkan keputusan Penilaian
Akhir Tahun. Ada juga sebahagian sekolah yang akan membuat penilaian semula
berdasarkan keputusan Penilaian Pertengahan Tahun berikutnya. Murid-murid yang
mempunyai aras kebolehan yang sama diletakkan di dalam kelas yang sama bagi
memudahkan pengajaran guru.

3
Ini berbeza dengan aliran falsafah pendidikan barat moden yang menitikberatkan
kumpulan ‘heterogenous’ yang setiap kumpulan pelajar yang kecil ini boleh disalurkan untuk
program-program pengajaran yang berbeza. Namun, ada juga program yang dirancang oleh
panitia-panitia, contohnya Program Mentor-mentee atau Guru Muda, di mana murid-murid
dari kategori cemerlang diberi peluang membantu murid-murid kategori sedarhana dan
potensi. Pengajaran seperti ini, bukan sahaja dapat memantapkan isi pelajaran murid-murid
tersebut bahkan juga dapat membina keyakinan diri dan motivasi dalaman kepada mereka.
Menurut Nor Hasliza Mohamed (2012), kumpulan heterogenes memberi peluang
mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk semangat kerjasama dan
bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial. Ini kerana dalam kumpulan
heterogenes, pelajar-pelajar yang berkebolehan dan mempunyai aras pencapaian yang
tinggi boleh membantu kawan-kawan yang agak lemah tahap kebolehan mereka. Keadaan
ini akan melahirkan semangat kerjasama, keyakinan dan kemahiran sosial.

4
Rujukan

Abdul Rahman Md. Arof dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Petaling Jaya : Fajar Bakti

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Sekolah.. Kuala Lumpur: PTS


Profesional Publishing Sdn. Bhd

Nor Hasliza Mohamed (2012). Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif di


Sekolah Menengah Vokasional. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Ornstein, A. C & Hunkins, F. P. (2004). Curriculum : Foundation, Principles and


Issues. MA: Allyn & Bacon

Schiro, M.S (2008). Curriculum Theory : Conflicting Vissions and Endiring


Concerns. CA : Sage Publications Inc

You might also like