You are on page 1of 3

PERKARA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. ABSTRAK

2. PENGHARGAAN

3. PENGENALAN 1

4. OBJEKTIF 2

5. KAEDAH KAJIAN 2

6. PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN 3-13

7. RUMUSAN DAN CADANGAN 14

8. SENARAI RUJUKAN 15-16


TAHAP KEFAHAMAN MENGENAI NIKAH MUT’AH DALAM PERSPEKTIF ISLAM
DI TAMAN BEMBAN RAYA BATU GAJAH PERAK

ABSTRAK

Berdasarkan kajian ini,pengkaji telah mengkaji tentang analisis tahap kefahaman nikah
mut’ah terhadap penduduk setempat di Taman Bemban Raya Batau Gajah Perak. Pengkaji
telah mengemukakan dua objektif utama yang terdapat dalam kajian ini. Objektif pertama
ialah mengenalpasti konsep nikah mut’ah dalam perspektif islam serta hukum-hakamnya
dan dalil-dalil pengharaman nikah mut’ah tersebut. Manakala objektif kedua pula ialah
membuat kajian terhadap penduduk setempat dan mengukur tahap pengetahuan mereka
mengenai amalan yang sering dilakukan oleh syiah salah satunya adalah nikah mut’ah.
Justeru, nikah mut’ah atau sering disebut sebagai kahwin kontrak merupakan perkara yang
lazim bagi penganut fahaman syiah di Iran. Nikah mut’ah pada awal islam memang
diperbolehkan. Namun begitu para ulama sunni telah sepakat mengatakan syariat nikah
mut’ah telah dihapus oleh Rasulullah sendiri sehinggalah sekarang. Sepanjang kajian ini,
pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti kaedah kajian perpustakaan
iaitu meujuk bahan ilmiah seperti buku, artikel, jurnal, dan penulisan yang lain. Kaedah
kajian seterusnya yang digunakan ialah kajian lapangan iaitu sejauh manakah tahap
kefahaman penduduk setempat mengenai nikah mut’ah dalam perspektif islam serta
mengedarkan soal selidik kepada penduduk setempat sebanyak 30 orang responden.
Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah bagi mengukur tahap kefahaman penduduk
mengenai nikah mut’ah. Hasil kajian ini adalah bahawa ulama sunni telah melarang nikah
mut’ah secara mutlak berlandaskan beberapa dalil al-quran iaitu surah an-nisa ayat 24,
surah al-mu’minun ayat 5-7 dan surah thalaq ayat 1 serta beberapa hadis yang lain.
Pernikahan seperti ini dibolehkan pada awal islam. Beberapa riwayat yang bersumber dari
sumber-sumber syiah yang menunjukkan bahawa hukum nikah mut’ah tidak dibatalkan
oleh al-quran atau tidak dibatalkan oleh nabi S.A.W. menurut ulama syiah nikah mut’ah
dilarang pada zaman khalifah Umar bin Al-khattab dan larangan tersebut merupakan
ijtihadnya sendiri Umar bin Al-khattab.
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah
menanugerahkan kesihatan yang baik sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Kami bersukur
ke hadrat illahi kerana limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus dengan
jayanya.selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W para sahabat serta para
tabii dan tabi-tabiin.

Pertama sekali, diucapakan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zaky bin Hj Daud yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan kerja kerja kursus ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk setempat khusunya di taman kediaman saya yang
telah memberi kerjasama dalam menjawab soal selidik yang telah saya edarkan bagi
melengkapkan butiran yang perlu ada di dalam kerja kursus saya. Secara tidak langsung dapat
memenuhi kehendak kajian dan memudahkan saya untuk menyiapakan kerja kursus ini.

Seterusnya ribuan terima kasih diucapakan untuk kedua ibu bapa Noraini bt Abdul Hamid dan
Shafie bin Yahaya kerana telah memberi banyak sokongan dan dorongan kepada saya dalam
menyiapakan tugasan kerja kursus ini sEperti mana yang telah ditetapakan oleh MPM.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat Tuan Pengetua Cemerlang Tuan Lotpi Bin Razali
kerana memberi kebenaran dan kepercayaan kepada pelajar tingkatan enam untuk membawa
computer riba ke sekolah atas tujuan untuk menyiapkan kajian kerja kursus ini. Seterusnya terima
kasih buat sahabat seperjuangan yang telah membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini.

You might also like