You are on page 1of 8

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan
awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih
merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di
kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang
lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya
berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

 Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa
virus denggi.

 Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas
menghisap darah manusia (perumah).

 Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi
seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

 Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat
kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan
menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

 Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan
ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari
selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya
dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit,
virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia
melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.
Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya
kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor
lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan
bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk
Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

 Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.


 Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering
membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing
118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam
denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi
setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad
kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika,
Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya
sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali
ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah
seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi
risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi
berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam
denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

 Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta
dengan kemunculan ruam.
 Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom
demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk,
ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
 Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
 Kadar kematian amat rendah.

 Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti
gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi
yang tidak spesifik.
 Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan
sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
 Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-
41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
 Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang
selepas demam sembuh.
 Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion
berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa
hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral
(circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang
kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)
(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak
selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam
nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek.
Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas
diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

 Demam Denggi Berdarah.


 Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

 Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel
platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang
tinggi lazimnya dikesan.
 Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan
diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang
paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

 Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah
memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan
muntah-muntah.
 Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun,
salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis -
mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti
aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu
diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
 Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang
hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan
menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi


Rawatan termasuk:

 Meningkatkan pengambilan cecair.


 Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit
yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah
vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair
badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan
darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang
timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor
yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana
denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan
seperti di bawah ini dapat dijalankan:

 Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan
(fogging) oleh pihak berkuasa.
 Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak
merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
 Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil
langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini
kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini,
kesannya adalah amat teruk.

Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika
rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan
telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-
empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa
tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

 Perlindungan dari gigitan nyamuk.


 Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
 Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
 Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan
menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian
yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.
Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari.
Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah
di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk
Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air.
Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan
untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

 Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
 Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
 Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan
telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-
empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa
tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

 Perlindungan dari gigitan nyamuk.


 Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
 Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
 Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan
menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian
yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.
Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari.
Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah
di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk
Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air.
Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan
untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

 Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
 Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
 Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
 Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau
sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
 Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh
menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong
sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa


Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.
Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah
dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk
mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

You might also like