You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL AZIZ

MAJID
43100 HULU LANGAT,SELANGOR

MINIT MESYUARAT
PEMILIHAN TAHUN 1/MURID CICIR
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
BAGI TAHUN 2019

Tarikh : 24 Januari 2019


Hari : Khamis
Masa : 12.40 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Tun Abdul Aziz Majid

KEHADIRAN:
1. Pn. Aliza binti Mohamad Ngasari - Pengerusi
2. En. Ahmad Azhar bin Adnan - PK HEM
3. Cik Shamini Ramadas - Penyelaras
4. Pn.. Nurul Huda binti Sahibon - Setiausaha
5. Pn. Nasyirah binti Ahmad - Pen.Setiausaha
6. Pn. Norafzan binti Shafii - AJK

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran
semua Ahli Jawatankuasa RMT.

1.2 Pengerusi mengharapkan agar semua AJK RMT , tahun 2019 dapat menjalankan
tugas dengan lebih baik lagi dan penambahbaikan dapat dilakukan dari tahun-tahun
yang sebelumnya.

1.3 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pemilihan dan
penyelarasan penerima RMT bagi tahun 1 serta murid cicir.

Tindakan: Makluman

AGENDA 2 : MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Mencadangkan untuk disahkan : Pn Nurul Hudabinti Sahibon


Disokong oleh : Cik Shamini Ramadas

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

- Tiada-
AGENDA 4 : SYARAT PEMILIHAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
( RMT ) & JUMLAH PENERIMA

4.1 Syarat yang melayakkan mendapat RMT pada tahun 2019 adalah pendapatan RM580
sebulan dan perkapita RM140. Manakala nilai RMT masih kekal iaitu RM2.50.

4.2 Pengerusi memaklumkan berdasarkan borang permohonan RMT, murid tahun 1 yang
layak ialah seramai 1 orang.

4.3 Guru kelas menyenaraikan bilangan murid RMT Tahun 1 yang layak iaitu:

KELAS NAMA GURU KELAS BIL.


PENERIMA RMT
Tahun Pn Roslin 1
1 Aktif

Tahun Pn Nurul Hidayah 1


1 Aspirasi
JUMLAH
2

4.4 Pengerusi meminta guru kelas mengasingkan borang RMT yang layak dan yang tidak
layak dan menyerahkan kepada Pn Nurul Huda binti Sahibon untuk disimpan dalam
fail RMT sebagai dokumentasi.

Tindakan: Setiausaha RMT dan semua guru kelas

AGENDA 5 : SURAT SETUJU TERIMA BANTUAN

5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas bahawa sebelum senarai nama
murid yang layak untuk menerima RMT diserahkan kepada PPD, Surat Setuju Terima
Bantuan perlu ditandatangani oleh penjaga atau ibu bapa murid. Surat Setuju Terima
Bantuan ini juga boleh digunakan bagi murid yang layak tetapi penjaga/ibu bapa tidak
bersetuju untuk anaknya menerima bantuan RMT.

5.2 Surat Setuju Terima Bantuan dikumpulkan semula dan diserahkan kepada Pn Nurul
Huda binti Sahibon untuk difailkan sebagai dokumentasi.

Tindakan : Setiausaha RMT dan guru kelas

AGENDA 6: HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi meminta Cik Shamini Ramadas untuk memaklumkan nama-nama murid
yang layak menerima RMT pada akhir minggu persekolahan Januari.

6.2 Pengerusi memohon jawatankuasa membantu untuk menyelaras sudut RMT di kantin
untuk memaparkan nama penerima RMT, senarai menu dan maklumat berkaitan
program RMT.

6.3 Pengerusi memaklumkan menu-menu RMT akan dibincangkan pada mesyuarat RMT
akan datang jika ada terdapat perubahan dan penambahbaikkan.

Tindakan : Penyelaras RMT, AJK & Makluman


7.0 PENUTUP :

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi
meluangkan masa hadir mesyuarat bagi pemilihan murid RMT tahun 1 dan murid
cicir 2019. Semoga semua AJK dapat membantu sekolah dalam memastikan murid-
murid SKTAAM berada dalam keadaan sihat dan makanan mereka terjamin bersih,
berkhasiat dan berkualiti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................. .................................
(SHAMINI A/P RAMADAS) (AHMAD AZHAR BIN
ADNAN)
Penyelaras RMT Penolong Kanan HEM
SK Tun Abdul Aziz Majid SK Tun Abdul Aziz Majid

You might also like