You are on page 1of 17

SULIT

Bahasa Melayu
Kertas 2
Oktober
2010
2 Jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010


TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A , Bahagian B ,


Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A (i) dan Bahagian A
(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut .Masa yang
dicadangkan ialah 40 minit.

3. Bahagian B mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 25 minit.

4. Bahagian C mempunyai 5 pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu


soalan sahaja. . Masa yang dicadangkan ialah 45 minit.

5. Bahagian D juga mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 10 minit.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman ber cetak

1 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Bahagian A (i) - Ringkasan


[ 20 markah ]

Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
faktor-faktor pelajar sekolah menengah terlibat dalam gejala sosial . Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Isu salah laku remaja yang majoritinya pelajar sekolah menengah kini berada pada
tahap yang kritikal walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras
kegiatan kurang sihat ini. Kerosakan akhlak dan salah laku dalam kalangan remaja semakin
meruncing dan meningkat setiap tahun. Apakah yang akan berlaku kepada generasi akan
datang jika pelajar hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak? Antara salah laku itu
termasuklah ponteng sekolah, melepak, lari dari rumah, vandalisme, penyalahgunaan dadah,
dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat.
Hasil kajian menunjukkan bahawa latar belakang keluarga merupakan faktor yang
paling banyak mempengaruhi penglibatan pelajar dalam gejala sosial. Antaranya ada hubung
kait dengan ketidakprihatinan atau kurang pengawasan ibu bapa. Kebebasan yang diberikan
oleh ibu bapa menyebabkan pelajar semakin terbiar dan liar. Sikap lepas tangan ibu bapa dan
bergantung harap kepada guru untuk mengawasi anak-anak mereka turut menjadi punca
pelajar terlibat dalam gejala sosial. Sesetengah pelajar pula berasa bosan berada di rumah.
Hal ini demikian kerana tidak ada aktiviti yang menarik di rumah, suasana yang bising,
keadaan rumah yang agak sempit, dan sikap ibu bapa yang tidak ambil peduli anak-anak yang
keluar pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, terdapat juga faktor penolak seperti pergeseran dan pertelingkahan yang
berlaku antara anak dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. Ketidakharmonian
hubungan ibu dan bapa hingga membawa kepada penceraian memburukkan keadaan.
Kesannya, pelajar mula mengalihkan perhatian kepada rakan-rakan sebaya. Kesilapan
memilih rakan sebaya menyebabkan pelajar terpengaruh untuk melakukan perbuatan yang
salah di sisi undang-undang. Antaranya termasuklah terlibat dalam kes pecah rumah dan
ragut. Didikan agama yang kurang sempurna turut dikaitkan dengan faktor pelajar mudah
terjerumus dalam masalah sosial. Golongan yang dikatakan pramatang ini tidak dapat
membezakan antara perbuatan yang baik dengan perbuatan buruk kerana rapuhnya pegangan
agama dalam diri mereka.
Faktor lain ialah lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini
disebabkan masyarakat hari ini bersikap „ bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing . Masyarakat tiada inisiatif untuk mengambil tahu perkara yang berlaku di
sekeliling terutamanya yang membabitkan golongan pelajar sekolah. Mereka bimbang akan
dianggap suka menjaga tepi kain orang oleh ibu bapa pelajar yang terbabit. Keadaan ini
menyebabkan pelajar semakin berani mencabar undang-undang sehingga mengganggu-gugat
ketenteraman awam.
Natijahnya, masalah ini telah menjadi „duri dalam daging atau „api dalam sekam
yang akan memundur dan meruntuhkan masyarakat serta negara. Fenomena kurang sihat ini
tidak akan berkesudahan seandainya semua pihak terus-terusan membutakan mata dan tidak
membuat kajian terperinci tentang punca masalah serta usaha untuk merawat „penyakit
masyarakat yang kian parah ini.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


“Masalah Sosial dalam Kalangan remaja: Punca dan Penyelesaian”
oleh Lokman Mohd Hashim, Mutiara Islam , Mac 2009.)
2 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Bahagian A (ii) – Pemahaman


[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud mengalihkan perhatian. [ 2 markah ]

2. Mengapakah semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin luntur?


[ 4 markah ]

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan yang perlu diambil untuk
menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar? [ 4 markah ]

Bahagian B
[20 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan kepentingan bergotong royong dalam

kehidupan bermasyarakat . Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

Bahagian C
[40 markah]

1. Andaikan bahawa ada kekosongan jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber di


sekolah anda. Anda berminat untuk mengisi jawatan tersebut dan ingin membuat surat
permohonan kepada guru pusat sumber.
Tulis surat permohonan anda itu.

2. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu diterapkan sejak mereka di


bangku sekolah lagi.
Bincangkan langkah-langkah untuk menanam budaya membaca dalam
kalangan masyarakat.

3. Gejala vandalisme semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini walaupun pelbagai usaha
telah dilakukan oleh kerajaan.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi gejala tersebut.

4. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta untuk menyediakan


laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun itu.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa “berakit-rakit ke hulu berenang-renang 5.


ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”.
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

Bahagian D
(10 markah)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
2.

(i) Pahlawan Pasir Salak oleh Mohd Ismail Sarbini


(ii) Tragedi Empat Disember oleh Dzul Karnain Ithnain
(iii) Timulak Kapal Perang oleh Azmah Nordin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar tempat dan contoh peristiwa
yang berkaitan dengan latar tempat tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT


4 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

PANDUAN PEMARKAHAN

Markah penuh Kertas 2 : 100 Markah

Bahagian A (i) : 20 Markah


Bahagian A (ii) : 10 Markah
Bahagian B : 20 Markah
Bahagian C : 40 Markah
Bahagian D : 10 Markah

Bahagian A ( i) : 20 Markah

1. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon:


a) Bahasa dinilai secara “ imperession ”.
b) Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana
penandaan karangan.
c) Kemudian, peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:

Markah Bahasa ( 10 markah )

Peringkat Markah Deskripsi


Bahasa baik dan lancar
Cemerlang 09-10 Menggunakan ayat sendiri
Ejaan dan tanda baca betul

Bahasa baik dan lancar


Baik 06-08 Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
Kesalahan ejaan dan tanda baca minimum

Bahasa kurang lancar


Memuaskan 03-05 Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat,
ejaan dan tanda baca
Menyalin ayat daripada petikan asal secara
terpilih

Penguasaan Penguasaan bahasa yang lemah


Minimum 01-02 Menyalin secara terus daripada petikan

Markah Isi ( 10 markah )

Bilangan Isi Markah


5 9 – 10
4 7–8
3 5–6
2 3–4
1 1–2
CARA PENANDAAN RINGKASAN:

5 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Tanda ( / ) apabila terjumpa isi dan catat markah 1 atau 2


Baca setakat 80 patah perkataan sahaja atau hingga ayat berakhir
Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkatan atau hingga ayat berakhir
Jawapan dalam bentuk perenggan – periksa seperti biasa
Jawapan dalam bentuk catatan ( poin ) – isi = markah penuh , bahasa = maksimum
8 markah
Isi disalin secara terpilih tanpa pindaan – isi = seperti biasa, bahasa = maksimum 5
markah
Isi di salin terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan ( poin) – isi = seperti biasa ,
bahasa = maksimum 4 markah
Jawapan disalin terus dari petikan , markah isi ditolak 50%, bahasa = 2 markah
Penandaan seperti karangan, tetapi tiada penolakan markah untuk kesalahan ejaan

CARA PENULISAN MARKAH:

Penulisan Markah Ringkasan ( 20 markah ):

Isi - 10
Bahasa - 10
----
20 20
===
Bahagian A (i)

Isi ringkasan

1. Latar belakang keluarga pelajar.


2. Ketidakprihatinan atau kurang pengawasan ibu bapa.
3. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa menyebabkan pelajar terbiar dan menjadi
liar.
4. Sikap lepas tangan ibu bapa dan bergantung harap kepada guru untuk mengawasi
anak-anak mereka.
5. Pelajar berasa bosan kerana tiada akvititi yang menarik di rumah.
6. Berlaku pergeseran dan pertelingkahan antara anak dengan ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain.
7. Kesilapan memilih rakan sebaya.
8. Pelajar tidak mendapat didikan agama yang sempurna.
9. Masyarakat tiada inisiatif untuk mengambil tahu akan perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka.

Bahagian A ( ii) : Soalan Pemahaman

Soalan 1 : Maksud kata / rangkai kata ( 2 markah )

MARKAH DESKRIPSI
6 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

2 markah - Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis


1 markah - Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
- Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja
- Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata
0 markah - Maksud tidak tetap mengikut konteks

Soalan 2 : Soalan Pemahaman ( 4 markah )

MARKAH DESKRIPSI
4 markah - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 markah - Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang
gr amatis
2 markah - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi
ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta
ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
- Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran berfikir

MARKAH DESKRIPSI
4 markah - Isi r elevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 markah - Isi r elevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
2 markah - Isi kur ang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang
gr amatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

Bahagian A(ii)

… bermaksud 1.
Mengalihkan = mengubah / menggerakkan
perhatian = tumpuan / minat
contoh : … mengubah tumpuan. [ 2 markah ]

7 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

… masyarakat hari ini bersikap mementingkan diri sendiri 2.


… tiada inisiatif untuk mengambil tentang hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka
… bimbang akan dianggap suka menjaga tepi kain orang oleh ibu bapa pelajar yang
terlibat.
[ 4 markah ]

3. … mengadakan program/projek gotong-royong/sukaneka di kawasan tempat tinggal


… menyampaikan ceramah, forum, kaunseling; dan kursus motivasi kepada pelajar
yang menghadapi masalah disiplin.
… pihak media massa menyiarkan dokumentari/rancangan/drama yang berkisarkan
gejala sosial dalam kalangan remaja.
… melancarkan kempen kesedaran dan mengedarkan risalah tentang kesan gejala
sosial kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. [ 4 markah ]

(Terima jawapan lain yang sesuai)

Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan


( 20 markah )

PERINGKAT MARKAH DESKRIPSI


- Penggunaan kata dan ayat gramatis
Cemerlang 16-20 - Penggunaan kosa kata luasa dan tepat
- Ejaan dan tanda baca yang betul
( 18-20 ) - Idea yang relevan berdasarkan tugasan
(16-17 ) - Huraian idea luaran spt. Pendapat, ulasan,
cadangan, kesimpulan – sesuai dan berkembang
- Pengolahan menarik dan berkesan
- Penggunaan kata dan ayat masih gramatis
8 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Baik - Penggunaan kosa kata yang tepat 11-15


- Terdapat kesalahan minimum dalam penggunaan
kata, frasa dan ayat
( 13-15) - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
(11-12) - Idea masih relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran kurang dikembangkan
- Pengolahan menarik
- Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis
Memuaskan 06-10 - Penggunaan kosa kata terhad
- Terdapat kesalahan yang ketara dalam
(08-10) penggunaan kata, frasa dan ayat
(06-07) - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- Idea kurang relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran terhad
- Pengolahan tidak menarik
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
Penguasaan 01-05 penguasaan bahasa yang tidak cekap
Minimum - Idea kabur/ tidak berkaitan dengan tugasan

Langkah-langkah memeriksa

1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali untuk mendapatkan impression.


Perkara yang perlu diperhatikan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea
dan pengolahan . Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan
kriteria penskoran.

2. Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan muktamad. Sambil membaca, tandakan
kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta seperti yang berikut:

_______ kesalahan bahasa, perkataan dan frasa

/ kesalahan ejaan

// kesalahan ejaan berulang

O kesalahan tanda baca

( ) kesalahan isi / fakta

*Tiada penolakan markah ejaan ( penandaan kesalahan sebagai panduan peringkat markah )

CARA PENULISAN MARKAH:

9 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Penulisan markah Karangan B ( Respon Terhad - 20 markah )

Cemerlang 19

Bahagian B

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah peribahasa yang selalu kita
dengar bagi menerangkan konsep bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Bergotong-royong merupakan amalan mulia yang semakin terhakis pada zaman serba maju
ini. Namun begitu, amalan ini harus diterapkan di kalangan rakyat negara ini khususnya
golongan pelajar.

Bergotong-royong dapat mengeratkan tali persaudaraan di kalangan masyarakat.


Aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan kawasan permainan kanak-kanak dapat
menceriakan kawasan tersebut . Keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ akan lebih
terjamin sekiranya kawasan itu bersih.

Wabak denggi yang melanda negar a berpunca daripada kawasan sekitar yang
ditakungi air. Ini memberi peluang nyamuk Aedes untuk hidup. Dengan adanya gotong-
royong membersihkan kawasan tersebut, demam denggi akan dapat dielakkan dan
keselamatan masyarakat sekitar akan lebih terjamin.

Semangat bergotong-royong harus dipupuk sejak kecil lagi agar akan lahir satu
masyarakat yang lebih bersatu-padu dan tidak mementingkan diri sendiri.

(Terima jawapan lain yang sesuai)

Bahagian C : Karangan Respons Terbuka


( 40 markah )

CIRI KARANGAN PERINGKAT


MARKAH
Penggunaan pelbagai jenis kat a yang luas dan tepat
CEMERLANG Penggunaan
pelbagai ayat majmuk yang
gramatis tetapi terdapat
(33 – 40) kesalahan yang
minimum
Penggunaan
penanda wac ana yang
betul
Ejaan dan tanda
ba ca yang betul
Penggunaan kosa
kata luas dan tepat
(37 – 40)
Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan

contoh-contoh yang sesuai


(33 -36)
Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang
sesuai dan format menepati kehendak tugasan
Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun,
cogan kata dan frasa yang menarik

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat


Penggunaan
pelbagai ayat majmuk
yang gramatis tetapi
terdapat
10 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

kesalahan yang minimum KEPUJIAN


(25 – 32) Penggunaan
penanda wacan a yang
sesuai
Ejaan dan tanda
baca yang betul
Penggunaan kosa
kata luas
(29 – 32) Idea yang
relevan dengan huraian
yang jelas berserta dengan
contoh
(25 – 28) Pengolahan
menarik dan berkesan
dengan pemerengganan
yang
sesuai dan format menepati kehendak tugasan
Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun,
cogan kata dan frasa yang menarik

Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai


Penggunaan ayat
majmuk gabungan
yang gramatis tetapi
BAIK terdapat kesalahan
yang minimum
(17 – 24) Penggunaan
penanda wacan a yang
masih sesuai
Terdapat kesalahan
ejaan dan tanda baca
yang betul
(21 – 24) Penggunaan
kosa kata umum tetapi
terdapat kesalahan yang
minimum
(17 – 20)
Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas
Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format
yang masih sesuai mengikut tugasan

Penggunaan
pelbagai jenis kata
yang terhad
MEMUASKAN Penggunaan
ayat yang mudah tetapi
terdapat kesalahan yang
(09 – 16) minimum
Penggunaan
penanda wacana yang
kurang tepat
Terdapat kesalahan
ejaan dan tanda baca
yang ketara
(13 – 16) Idea masih
relevan / idea bercampur
aduk dan huraian tidak jelas

Pengolahan kurang menarik, dengan pemerengganan yang


(09 – 12)
kurang sesuai dan format yang kur ang tepat/format bercampur
aduk

PENGUASAAN Keseluruhannya membayangkan penguasaan


bahasa yang tidak
cekap MINIMUM
(01 – 08)
(05 – 08)
(01- 04)
Langkah-langkah memeriksa :

Teknik penandaan karangan respon terbuka sama seperti menanda karangan respons terhad.
Perbezaan hanya pada : - kriteria penskoran
- penolakan markah kesalahan ejaan
* Potong ½ markah bagi setiap kesalahan ejaan.
* Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan berulang.
* Maksimum pemotongan ialah 2 markah

11 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

1. Guru hendaklah membaca karangan pelajar terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan
(impression) daripadanya. Kemudian menilai dan menganggarkan peringkat karangan
berkenaan sama ada dapat dimasukkan ke peringkat A, B, C, D atau E . Perkara yang
perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi dan penyampaian.
Isi : Dikehendaki minimum tiga (3) isi.

2. Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat di bawah:

CARA PENULISAN MARKAH:

Penulisan Markah Karangan C ( Respon Terbuka – 40 markah ) :

Keseluruhan - 40
Ejaan - 2
-----
38 38
===

Bahagian C

Soalan 1

Pendahuluan
Menyatakan alamat pengirim dan alamat penerima- Memohon Jawatan Sebagai Pengawas
Pusat Sumber

Isi-isi penting
Ingin memohon menjadi pengawas pusat sumber sekolah – terdapat beberapa
kekosongan dalam jawatan
Meminati tugas sebagai pustakawan – bekas ketua pengawas pusat sumber semasa di
sekolah rendah.
Gemar membaca pelbagai jenis bahan bacaan – telah terpilih sebagai pembaca
terbanyak untuk program NILAM
Sering mengunjungi perpustakaan selepas tamat persekolahan – akan menjalankan
tanggungjawab sebaik mungkin

(Terima isi-isi lain yang sesuai)

Penutup
Berharap agar permohonan mendapat pertimbangan yang sewajarnya – ucapan terima kasih,
tandatangan dan nama

Soalan 2

Pendahuluan

12 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Masyarakat kurang gemar membaca ker ana banyak sumber lain untuk memperoleh
pengentahuan.

Isi-isi penting
Ibu bapa perlu membina perpustakaan mini di rumah
Ibu bapa perlu memberi hadiah buku kepada anak sempena hari lahir
Kempen membaca secara berterusan melalui media massa
Diwujudkan semula Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan
Media memaparkan buku-buku baharu yang terdapat dipasaran.

(Terima isi-isi lain yang sesuai)

Penutup
Masyarakat harus menjadikan membaca sebagai keperluan hidup yang utama.

Soalan 3

Pendahuluan
Jumlah peningkatan kerosakan harta benda awam begitu membimbangkan

Isi-isi penting
Keteguhan iman di dalam diri untuk menjaga harta benda awam dengan menganggap
harta benda sendiri
Keluarga menasihati, memberikan teladan, dan mendidik anak yang berakhlak mulia
Masyarakat menegur, menangkap, dan tindakan terakhir melaporkan kepada polis
Peranan sekolah untuk mendidik menerusi aktiviti, selain dalam pembelajar an di kelas
Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat, termasuk ibu bapa sebagai
pengajaran kepada semua masyarakat

(Terima isi-isi lain yang sesuai)

Penutup
Masyarakat hendaklah menganggap gejala vendalisme sebagai jenayah yang serius yang
perlu diatasi secara bersepadu

Soalan 4

Pendahuluan
Tajuk laporan
Nama guru penasihat – bilangan ahli persatuan
Yuran keahlian

Isi-isi penting
Mengadakan pertandingan bahas, syarahan dan mendeklamasikan sajak
Tujuan – melahirkan pelajar yang berani berhujah
13 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Mengadakan pesta ria sekolah


Mengadakan minggu Bahasa Melayu – pertandingan melukis poster, lakonan,
pertandingan berbalas pantun – cungkil bakat pelajar

(Terima isi-isi lain yang sesuai)

Penutup
Mengadakan perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa
Pengakuan – pelapor – tarikh – tandatangan – nama - jawatan

Soalan 5

Pendahuluan
Azmi biasa dengan kehidupan yang susah – ibu bapanya menasihatinya supaya bekerja kuat
pada masa mudanya

Isi-isi penting
Menyimpan wang saku – dibelanjakan jika perlu sahaja – tekun belajar
Tidak suka berkawan dengan remaja yang suka melepak – membuang masa dan wang
– masa dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran
Berjaya dalam pelajaran – memulakan perniagaan – gigih mengusahakannya
Keuntungan yang diperoleh dibelanjakan untuk hal yang berfaedah – perniagaan
dapat diperbesar
Azmi dikenali sebagai peniaga yang berjaya – hidupnya dan keluarga bertambah
senang.

(Terima isi-isi lain yang sesuai)

Penutup
Usaha yang gigih dan amalan berjimat patut dicontoh – bekerja kuat ketika muda senang di
hari tua

14 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Bahagaian D : Pemahaman Novel


[ 10 markah ]

Pembahagian Markah

PERINCIAN MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah

Kriteria Markah Bahasa

Peringkat Markah Deskripsi


- Bahasa baik dan lancar
Cemerlang 04 - Ayat gramatis
- Ejaan dan tanda baca yang betul

- Bahasa masih baik dan masih lancar


Baik 02 – 03 - Penggunaan ayat masih gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
- Kesalahan ejaan dan tanda

- Bahasa masih baik dan masih lancar


Memuaskan 01 - Penggunaan ayat masih gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- Catatan ringkas

Nota :

Jika pelajar tidak mengemukan jawapan tentang klimaks , berikan markah peringkat
memuaskan – 1 markah ( disyaki menghafal untuk mendapat markah bahasa 4 markah )

CARA PENULISAN MARKAH :

Penulisan Markah Pemahaman Novel ( 10 markah )

15 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2
SULIT

Isi - 6
Bahasa - 4
-----
10 10
===

Cadangan jawapan

Novel Tragedi Empat Disember


…… di Pantai Lido
Razi dan rakan-rakannya bertolak dengan menaiki motobot ke Tanjung Pangku
…..di Tanjung Pangku
Kapal terbang yang dinaiki oleh bapa Kamarul Azam telah dirampas, meletup dan terhempas
….di Pulau Rangsang
Kamarul Azam dan Razi yang dihanyutkan oleh penjahat telah diselamatkan oleh Pak
Widodo dan dibawa ke rumahnya di Pulau Rangsang

(Terima jawapan lain yang betul)

Nota :
Isi + huraian = 1+2 (3 markah)
Isi sahaja = 1 markah
Huraian tanpa isi = 0 markah

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

16 [ Lihat sebelah
SULIT
02/2

You might also like