You are on page 1of 5

PENGENALAN

Setiap proses pengajaran perlu ada matlamat yang jelas dan perlu dicapai pada
akhir pembelajaran. Justeru, rancangan pengajaran yang lengkap dan sistematik
turut dipengaruhi oleh reka bentuk pengajaran (RP) yang diaplikasikan oleh guru. RP
merupakan terjemahan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada
bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran bahan melalui satu
proses sistematik (Noriati A.Rashid, Boon, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad dan Wan
Kamaruddin Wan Hassan, 2012). oleh itu, guru perlu memilih modul RP yang sesuai
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP)dalam bilik darjah. Antara
model pengajaran yang digunakan ialah model ASSURE dan ADDIE. Penulisan ini
menyentuh tentang perkaitan antara model ASSURE yang digunakan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN: MODEL ASSURE

Model ASSURE berfokus kepada perancangan dalam situasi bilik darjah. Model
yang dikemukakan oleh Heinich et.al (1962) ini bertujuan menyediakan panduan
untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Hal ini
bermaksud, sesi PdP harus mengintegrasikan penggunaan media bagi meransang
pemikiran dan pembelajaran pelajar. Model ini mengandungi enam langkah yang
diwakili oleh akronim huruf awal. (Rajah 2.1)

Analyse learner
A

State objectives
S

S Select method, media and materials

U Utilise media and materials

R Require learner response/participant

E Evaluate and revise materials

1
Analisis Pelajar

Pelajar dianalisis berdasarkan tiga aspek iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan
sedia ada dan gaya pembelajaran. Ciri umum termasuklah umur, kelas, aliran dan
sebagainya. Setelah itu, kaedah media dan bahan pembelajaran dapat dikenal pasti.
Contohnya, guru menggunakan aktiviti kinestatik menggunakan teknik drama,
simulasi dan lain-lain untuk menarik perhatian pelajar yang kurang berminat dalam
pembelajaran. Guru juga perlu mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar untuk
merancang pengajaran. Seterusnya gaya pembelajaran murid mempengaruhi
strategi yang bakal dirancang seperti model Dunn dan Dunn serta Honey dan
Mumford (Noriati A.Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017).
Aspek-aspek ini dijadikan garis panduan dalam mengecam keperluan pelajar yang
ramai.

Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas kerana ini membolehkan


guru untuk focus kepada perakara yang sepatutnya. Contoh tajuk ialah ‘Keselamatan
di Dalam Rumah’. Objektif hendaklah spesifik seperti ‘Murid dapat menyatakan 3
langkah keeselamatan ketika di dalam rumah’. Objektif pembelajaran boleh
dibahagikan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Empat
kriteria berikut menunjukkan pernyataan objektif yang baik.

standard
apa bentuk pencapaian
kumpulan syarat
perlakuan yang dianggap
sasaran perlakuan
berlaku sudah
dikuasai

Rajah 1.0

2
Pilih Kaedah, Media Dan Bahan Sumber

Langkah ketiga diteruskan dengan pemilihan kaedah, media dan sumber. Penentuan
kaedah adalah berasaskan kepada tiga aspek dalam analisis pelajar serta objektif
pembelajaran. Menurut Chin (2009), bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran
membaca dengan mantap, kaedah simulasi atau tunjuk cara mungkin sesuai untuk
menyampaikan maklumat.

Berikut adalah contoh kaedah yang digunakan dalam sesi pembelajaran tajuk
‘keselamatan di dalam rumah’ iaitu dimulakan dengan keaedah soal jawab dalam set
induksi, seterusnya menggunakan kaedah tayangan video serta penerangan.
Penggunaan media seperti video dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Kaedah
perbincangan digunakan supaya pelajar dapat mengupas isi pelajaran berdasarkan
video yang ditayangkan. Selain itu, kaedah main peranan juga sesuai dilakukan
kerana keselematan di dalam rumah melibatkan situasi harian pelajar. Kaedah dan
teknik ini sesuai dilakukan di dalam bilik darjah dengan mengambil kira kedudukan
pelajar secara berkumpulan membolehkan aktiviti pembelajaran koperatif
dilaksanakan.

Seterusnya pemilihan format media iaitu bentuk fizikal sesuatu maklumat yang
dipaparkan. Contoh format media seperti gambar, petikan, audio, video dan slaid,
grafik serta tayangan computer multimedia. Aplikasi web juga boleh digunakan
seperti Kahoot, WebQuest dan lain-lain lagi untuk latihan interaktif atas talian (Mohd
Shahizan Othman, 2010). Pemilihan bahan dan sumber pembelajaran merujuk
kepada isi pelajaran yang difokuskan. Bahan ini boleh disediakan dalam teks, artikel
dan sebagaimya.

Gunakan media dan bahan sumber

Strategi berpusatkan pelajar lebih sesuai diaplikasikan beranding strategi


berpusatkan guru apabila menggunakan bahan (Yusuf Hashim, 1997). Bagi
memastikan keberkesanan penggunaan media dan bahan sumber, guru melakukan
semakan/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan bagi memastikan tiada
unsur sensitive yang digunakan.

Guru juga perlu menyediakan bahan untuk penggunaan dalam bilik darjah yang
mencukupi dan penyediaan persekitaran yang sesuai. Persekitaran yang sesuai
bermaksud penyusunan media dan bahan sumber perlulah mudah dicapai, diambil
dan dilihat. Guru harus memastikan murid mendapat manfaat serta pengalaman

3
pembelajarann. Vebrianto & Kamisah Osman (2012) menyatakan strategi
menggunakan media memberi dampak positif terhadap pembelajaran pelajar.

Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Penglibatan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti yang disediakan juga amat
penting. Pelajar dapat menggunakan media untuk mengkaji idea menyelesaikan
masalah dan menerapkan apa yang dipelajarinya. Pengalaman rasa berjaya pelajar
dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktviti pembelajaran. Oleh itu, maklum
balas haruslah diberikan oleh guru sebaik sahaja pelajar mendapat kejayaan.
Penglibatan pelajar juga bergantung kepada pemilihan media dan bahan sumber
seperti slaid, foto, gambar bersiri dan video (Muhammad Hasan Abdul Rahman,
2000). Sebagai contoh guru bertanyakan soalan dengan menayangkan slaid-slaid
papan tanda di jalan raya kemudian pelajar menyatakan maksud papan tanda
tersebut.

Nilai dan Semak Semula

Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan penyemakan semula
perancangan. Penilaian merangkumi dua aspek iaitu penilaian pembelajaran dan
pengajaran. Penilaian pembelajaran boleh dilakukan dalam bentuk informal melalui
hasil kerja pelajar, soal jawab dan seumpamanya. Manakala penilaian pengajaran
dibuat setelah selesai proses PdP melalui amalan refleksi. Menurut kajian oleh
Norhasniza Ibrahim (2009) membuktikan bahawa penilaian dan amalan refleksi
memberi implikasi untuk mempertingkatkan keberkesana PdP. Ini membolehkan guru
membuat pembetulan, penambahbaikan serta tindakan susulan yang sesuai.

PENUTUP

Melalui reka bentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh


dijadikan satu panduan untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Melaluinya juga dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi
dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara
berterusan. Justeru, guru digalakkan merujuk model ASSURE untuk membuat
rancangan pengajaran agar pembelajaran yang efektif dapat dihasilkan.

4
RUJUKAN

Chin Yoon Poh (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mohd Shahizan Othman (2010). Pembangunan Aplikasi Web Menggunakan ASP.


NET. Johor Bahru, Johor: UNiversiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Hasan Abdul Rahmad (2000). Media Pengajaran, Penghasilan Bahan


Pengajaran Berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad & Wan
Kamaruddin Wan Hassan (2012). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran.
Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad, (2017), Murid dan
pembelajaran Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Nor Hasniza Binti Ibrahim (2006). Kajian Pemikiran dan Amalan Refleksi Di Kalangan
Guru Pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/5333/1/NorhasnizaIbrahimMFP2006TTT.pdf

Rian Vebrianto & Kamisah Othman, (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai


Media Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam
Kalangan Pelajar.
http://www.ukm.my/jurfpend/J.pend2012/PDF/JurnalPend37(1)Bab1.pdf

Yusup Hashim (1997), Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam,
Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

You might also like