You are on page 1of 2

Maghribi tawar 20 biasiswa kepada pelajar

Malaysia
PUTRAJAYA: Kerajaan Maghribi bersetuju menawarkan 15 biasiswa bagi
peringkat sarjana muda dan lima biasiswa lagi bagi peringkat sarjana
kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian di negara berkenaan.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan memaklumkan,


persetujuan itu dimeterai ketika Persidangan Asia-Pacific Association for
International Education (APAIE) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
pada 25 hingga 28 Mac lalu.

Katanya, sebagai balasan, sebanyak empat institusi pendidikan tinggi


swasta (IPTS) di negara ini menyatakan persetujuan untuk menaja pelajar
Maghribi melanjutkan pengajian di institusi masing-masing.

Jabatan itu berkata, antara IPTS yang bersetuju menawarkan biasiswa


adalah Universiti Selangor (UNISEL), Asia University (AeU), Kolej
Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Islam As-Sofa.

“UNISEL bersetuju menaja 100 peratus yuran pengajian kepada 16 pelajar


Maghribi untuk permohonan terawal, 50 peratus pengecualian yuran
pengajian kepada 48 pelajar dan 25 peratus pengecualian yuran pengajian
kepada 69 pemohon yang seterusnya.

“Bagi AeU, antara tajaannya adalah pengecualian penuh yuran pengajian


kepada lima pelajar Maghribi yang berjaya bagi mengikuti program Sarjana
Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan lima lagi tawaran bagi program
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA).

“KUIS pula bersetuju menaja keseluruhan yuran pengajian kepada dua


pelajar Maghribi yang ingin mengikuti program MBA atau Sarjana
Teknologi Maklumat (MIT), manakala bagi Kolej As-Sofa, antara yang
ditawarkan adalah membiayai 10 biasiswa kepada pelajar Maghribi untuk
mengikuti program Diploma Pengajian Islam selama dua tahun,” katanya
dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, selain tawaran biasiswa, perbincangan dua hala


berkenaan turut menyentuh mengenai potensi kerjasama penyelidikan
antara penyelidik di kedua-dua negara serta program kerjasama
membabitkan pelajar.

You might also like