1. Kerajaan Maghribi bersetuju menawarkan 15 biasiswa bagi peringkat
sarjana muda dan lima biasiswa lagi bagi peringkat sarjana kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian di negara berkenaan.
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan memaklumkan,
persetujuan itu dimeterai ketika Persidangan Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Mac lalu.
2. Katanya, sebagai balasan, sebanyak empat institusi pendidikan
tinggi swasta (IPTS) di negara ini menyatakan persetujuan untuk menaja pelajar Maghribi melanjutkan pengajian di institusi masing- masing.
Jabatan itu berkata, antara IPTS yang bersetuju menawarkan biasiswa
adalah Universiti Selangor (UNISEL), Asia University (AeU), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Islam As-Sofa.
“UNISEL bersetuju menaja 100 peratus yuran pengajian kepada 16 pelajar
Maghribi untuk permohonan terawal, 50 peratus pengecualian yuran pengajian kepada 48 pelajar dan 25 peratus pengecualian yuran pengajian kepada 69 pemohon yang seterusnya.
3. “Bagi AeU, antara tajaannya adalah pengecualian penuh yuran
pengajian kepada lima pelajar Maghribi yang berjaya bagi mengikuti program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan lima lagi tawaran bagi program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA).
“KUIS pula bersetuju menaja keseluruhan yuran pengajian kepada dua
pelajar Maghribi yang ingin mengikuti program MBA atau Sarjana Teknologi Maklumat (MIT), manakala bagi Kolej As-Sofa, antara yang ditawarkan adalah membiayai 10 biasiswa kepada pelajar Maghribi untuk mengikuti program Diploma Pengajian Islam selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
4. Menurut kenyataan itu, selain tawaran biasiswa, perbincangan dua
hala berkenaan turut menyentuh mengenai potensi kerjasama penyelidikan antara penyelidik di kedua-dua negara serta program kerjasama membabitkan pelajar.