You are on page 1of 11

MANUAL

PENGGUNAAN

FIRE SAFETY
PENGENALAN

Alat simulasi yang telah dihasilkan ini dinamakan sebagai Fire Safety memandangkan alat ini
digunakan untuk menunjukkan simulasi menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan
kebakaran di kawasan rumah. Fire Safety mengambil empat contoh situasi berbeza di
bahagian rumah yang berbeza. Empat situasi yang tersebut ialah:

1) Bilik tidur – Kebakaran api kecil


2) Bilik air – Kebakaran dalam ruang yang sempit
3) Dapur – Kebakaran api marak
4) Ruang tamu – Asap tebal

Empat situasi berbeza ini dipilih bagi menunjukkan demonstrasi secara visual kepada
kanak-kanak tentang cara untuk menyelamatkan diri apabila mereka mengalami situasi
berikut. Demonstrasi menggunakan teknik videografi ‘stop motion’ menunjukkan video patung
mainan menyelamatkan diri daripada situasi kecemasan dengan jelas dan menarik. Video
yang dihasilkan turut menyertakan langkah-langkah secara teks bagi meningkatkan lagi
pemahaman murid.

Perisian Fire Safety yang dihasilkan memerlukan penggunaan kamera pada gajet
untuk mengakses video yang telah dihasilkan. Penggunaan teknologi augmented reality (AR)
membolehkan guru mengakses video tanpa menggunakan talian internet. Hal ini pastinya
dapat memberi guru kemudahan dalam mengajar tanpa mengira tempat mahupun masa.
Namun, perisian ini tidak dapat diakses oleh peranti iOS (Apple) oleh kerana terikat dengan
peraturan perisian tersebut. Guru yang menggunakan peranti Android dapat menggunakan
perisian seperti biasa.

Alat simulasi Fire Safety ini penting bagi mengajar kanak-kanak tentang keselamatan
ketika situasi kecemasan dan memberi mereka pengetahuan tentang apa yang patut
dilakukan sekiranya perkara tersebut berlaku. Bahan ini turut sesuai digunakan sebagai alat
pengajaran interaktif bersama murid.
MANUAL PENGGUNAAN ALAT SIMULASI FIRE SAFETY

Manual ini terbahagi kepada dua versi iaitu bagi peranti iOS dan peranti Android.

• iOS
1. Buka kamera belakang gajet.

2. Pastikan capaian internet berada pada tahap baik


3. Imbas kod QR yang ada di setiap bahagian rumah Fire Safety untuk situasi yang
berbeza.
4. Setiap kod QR akan memberi laman web yang berbeza menerusi notifikasi gajet yang
digunakan.
5. Klik pada notifikasi laman web tersebut.

6. Laman web YouTube akan menunjukkan video yang berkenaan dengan kod QR situasi
yang diimbas.

7. Tonton video bersama kanak-kanak untuk membantu mereka memahami tentang


situasi yang sedang dimainkan dalam video tersebut.
8. Ulang cara yang sama untuk menonton video simulasi yang lain.

• Android
1. Imbas kod QR yang telah ditampal pada dinding luar alat simulasi Fire Safety.

2. Muat turun fail aplikasi (FireSafety.apk) daripada laman web yang dipaparkan.
3. Buka aplikasi Fire Safety yang telah dimuat turun.

4. Halakan kamera aplikasi pada kertas nombor situasi yang telah ditampal pada kertas
lutsinar dan tunggu sehingga butang ‘main’ muncul.
5. Klik butang ‘main’ untuk memainkan video yang telah disediakan.

6. Tonton video bersama kanak-kanak untuk membantu mereka memahami tentang


situasi yang sedang dimainkan dalam video tersebut.
7. Ulang cara yang sama untuk menonton video simulasi yang lain.

MANUAL PENGGUNAAN ALAT SIMULASI FIRE SAFETY UNTUK MURID

1. Guru akan memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai cara menyelamatkan


diri daripada kebakaran kepada murid dengan menggunakan peranti iOS atau android.
2. Guru akan menyediakan setiap situasi dengan meletakkan prop pada situasi yang
terdapat pada Fire Safety untuk murid menjalankan sesi penilaian.
3. Props boleh didapati pada bahagian dinding luar alat Fire Safety.
4. Kemudian, murid akan diminta untuk menunjukkan semula cara untuk menyelamatkan
diri daripada kebakaran mengikut situasi yang diberikan dengan menggunakan alat
Fire Safety.
5. Murid akan diberikan pilihan sama ada hendak memberikan penerangan sahaja tanpa
demostrasi menggunakan patung atau memberikan penerangan sambil melakukan
demosrasi dengan menggunakan patung yang disediakan dalam alat Fire Safety.
6. Murid akan menggerakkan patung mengikut cara yang telah dinyatakan oleh guru
semasa sesi penerangan.
7. Guru akan membuat penilaian terhadap kefahaman murid berpandukan kepada
demostrasi dan penerangan yang dilakukan oleh murid.
BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN FIRE SAFETY

Antara bahan yang digunakan ialah :

Mounting board Infra Board

Hot glue gun NT Cutter

Gunting
Double tape

Kain felt Foam paper


Binding tape Kertas origami

Paper ring Transparent cover

Penebuk lubang Set mainan kanak-kanak

Marker Pembaris
Bebola Bulu

You might also like