Professional Documents
Culture Documents
Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi fizikal, kimia dan biologi. Bahan-bahan utama dalam
komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan seperti berikut: -
Bahan-bahan kimia :
Organik – Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein, surfactants.
Bukan organik – pH, klorida, citrogen, phosphorus, sulfur
Gas – hidrogen sulfida, metana, oksigen
Sejak awal tahun 1900, evolusi rawatan kumbahan kepada loji olahan kumbahan moden menghasilkan efluen
yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan ke perairan dengan selamat.
Lebih banyak pembangunan rawatan kumbahan telah dijalankan demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan
dan kecekapan sesuatu sistem rawatan kumbahan. Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan
mengurangkan kawasan yang digunakan untuk kerja-kerja rawatan dengan mempercepatkan kadara rawatan
biasa di bawah syarat-syarat terkawal.
Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan kumbahan masih tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan terapung,
rawatan organik terbiodegradasikan dan penyingkiran organisma-organisma patogenik.
Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasi-operasi unit fizikal, proses-proses unit
kimia dan proses-proses unit biologi.
Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau
reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penjerapan dan
penyahjangkitan.
Kolam
Pengoksidaan
Tindak balas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan
Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan
diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.
Pengaliran
Rawatan Rawatan Rawatan Rawatan Pelepasan
masuk
Permulaan Utama Sekunder Peringkat Tinggi efluen
kumbahan
pra-pengudaraan
pengukuran
aliran
keseimbangan
aliran
Proses-proses
Pertumbuhan Terampai Enapcemar Teraktif
Aerobik
- aliran palam
- campuran lengkap
- reaktor kelompok penjujukan
- pengudaraan lanjutan *
- parit pengoksidaan *
- aci dasar *
- Lagun-lagun Pengudaraan*
- kadar rendah
- kadar tinggi *
- Penyentuh Biologi Berputar *
- Penyentuh Biologi Tenggelam *
Proses-proses kolam
Enapcemar teraktif, lagun-lagun pengudaraan, penyentuh biologi berputar dan penapis cucuran merupakan
sistem-sistem rawatan yang selalu digunakan.
Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh menampung dengan peringkat-peringkat
rawatan yang kurang dan selalunya hanya rawatan utama yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, dengan
bertambahnya bilangan penduduk, sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-sistem
rawatan sekunder.
Kini, loji-loji rawatan kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil telah dipasang siap sebelum dihantar ke tapak dan
ini dipanggil "loji-loji pakej". Ia hanya sesuai untuk komuniti-komuniti kecil. Proses-proses rawatan dikategorikan
seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Sistem-sistem Rawatan yang selalu digunakan untuk Komuniti-komuniti kecil
Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa
panjang. Di kawasan bandar, penggunaan tangki septik individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki
Imhoff (IT) akan dihentikan secara berperingkat.