You are on page 1of 2

Selamat sejahtera. Nama saya Ganesh Paramasinan No Matrik J45930.

Saya mengambil

kesempatan ini untuk menyatakan kefahaman saya tentang Teknologi Maklumat, Bahasa dan

Kesusasteraan. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi amat

penting. Perkembangan teknologi maklumat agak pantas sehingga ke hari ini. Teknologi ini telah

menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi

ini.Teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di

hujung jari kita. Setiap hari terdapat pelbagai jenis teknologi baharu dicipta dan digunapakai oleh

penguna. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk pem

prosesan data. Secara tepat dan mudahnya teknologi digunakan untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat

dan waktu. Pengguna pula berebut-rebut untuk mencuba teknologi tersebut supaya mereka tidak

berasa ketinggalan zaman dalam semua perkara. Dari aplikasi menggunakan komputer

sehinggalah aplikasi baharu dalam telefon bimbit, teknologi baharu masih boleh diterima oleh

majoriti masyarakat di Malaysia Misalnya, komputer digunakan untuk menyimpan data, merekod

bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan.Tambahan pula ia dapat memanipulasikan maklumat

dan proses semula imej serta dapat juga berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi

maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada

penerima.

Melalui komputer, internet boleh digunakan. Kini, terdapat wifi di merata tempat dan komputer riba

boleh digunakan sebaiknya. Melalui internet ini, laman web berbentuk bahasa dan

kesusasteraan boleh didapati. Laman web seperti blog, perniagaan, pelancongan, laman sosial

dan lain-lain banyak menggunakan bahasa Melayu serta Kesusasteraan Melayu. Hal ini jelas

terbukti apabila setiap laman web tersebut menggunakan bahasa Melayu yang betul serta

menyelitkan unsur Kesusasteraan Melayu.


Penggunakan komputer dan telefon bimbit yang mempunyai pengisian kesusasteraan Melayu

dapat memberi kesan yang positif terhadap pembaca. Pembaca dapat belajar dengan lebih baik

dan mendapat maklumat yang terkini. Kajian bagi pemartabatan kesusasteraan Melayu telah

banyak dilakukan. Laman sosial juga memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan

bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Teknologi bahasa dan Kesusasteraan memberi kesan

terhadap majoriti golongan masyarakat. Hal ini kerana, pengguna juga dapat belajar tentang

kesusasteraan Melayu melalui teknologi komputer dan telefon bimbit.

Kesimpulannya, adalah jelas diperkatakan di sini bahawa setiap orang mempunyai sekurang-

kurangnya satu jenis teknologi. Telefon bimbit dan komputer riba dianggap sebagai perkara yang

penting dalam kehidupan sehidupan seharian. Telefon bimbit diperlukan untuk berkomunikasi

antara satu sama lain. Manakala, komputer riba pula diperlukan untuk kegunaan pelajar, pekerja

dan juga

semua orang yang menginginkan kepuasan dalam penggunaan teknologi. Kedua-dua teknologi

terkini, dapat membantu pengguna dalam kehidupan mereka. Selain dari mencari maklumat

tentang bahasa dan kesusasteraan, pengguna juga dapat belajar dari maklumat tersebut.

You might also like