You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SMCH/02/02/004(01)
Tarikh : 03 April 2019

Kepada,
Sabah Agriculture Park
W.D.T No. 28,
Taman Pertanian Sabah,
89909 Tenom

Tuan/Puan,

MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN UNTUK KEM MOTIVASI SPM SMJK CHUNG HWA TAHUN 2019

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling akan mengadakan Kem Motivasi SPM kepada
pelajar-pelajar Tingkatan 5. Untuk makluman tuan/puan, tujuan kem ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi
pelajar sebelum menduduki peperiksaan awam SPM. Kem tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 26 April 2019 (Jumaat) & 27 April 2019 (Sabtu)
Masa : 7.00pagi – 5.00petang
Jumlah Peserta : 106 orang murid
3. Oleh hal yang demikian, kami ingin memohon kebenaran tuan/puan untuk menggunakan Multipurpose Hall, Taman
Pertanian dan kelengkapannya bagi tujuan tersebut. Kami berjanji akan menjaga semua kelengkapan dengan sebaik-
baiknya selain mengemaskan dewan sebelum dan selepas kem motivasi. Diharap permohonan kami ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

4. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

YEE LEE LING


Penolong Kanan Pentadbiran
SMJK Chung Hwa, Tenom

s.k 1. Fail Sekolah


2. Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling

You might also like