You are on page 1of 2

Sunday, December 07, 2014

10 Fakta Unik Tentang Ketawa

Fakta Unik Tentang Ketawa

1. Kanak-kanak ketawa lebih banyak dari orang dewasa. kanak-kanak ketawa 400 kali dalam sehari
sedangkan orang dewasa hanya sekitar 15 kali.

2. Berjenaka membantu kanak-kanak mengenal pelbagai hal seperti hubungan sebab-akibat,


perbendaharaan kata yang baru, etika sosial, dan lain-lain.

3. Kanak-kanak yang mempunyai rasa humor yang baik mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan
diri dengan lebih baik dengan rakan-rakan sebaya.

4. Wanita ketawa 126% lebih ramai daripada lelaki

5. Lelaki lebih mudah menjadi bahan ketawa daripada perempuan (lebih ramai kanak-kanak lelaki
menjadi bahan ejekan di sekolah daripada kanak-kanak perempuan).

6. Contagious Laughter: Kita lebih senang ketawa saat ada orang lain yang ketawa. Saat kita sendirian
menonton komedi di TV, kita turut ketawa ketika penonton di televisyen ketawa. Hal ini disebabkan
tawa adalah suatu bahasa yang universal, ekspresi emosi yang sukar untuk dipalsukan atau
disembunyikan.

7. Ketawa mengaktifkan pelbagai bahagian di dalam otak. Bahagian otak yang bertindak balas
terhadap jenaka adalah medial ventral pefrontal cortex, di mana bahagian ini turut berperanan
dalam perkembangan kognitif, personaliti dan emosi.

8. Semakin besar jumlah ahli kumpulan dalam suatu keadaan, semakin mudah untuk ketawa
diwujudkan. Kerana lawak merupakan ice breaker yang paling berkesan.

9. Ketawa sama seperti bersenam. Ketika anda ketawa, otot-otot wajah anda akan meregang,
meningkatkan denyut nadi anda seperti sedang bersenam dan juga melancarkan pengedaran oksigen
ke seluruh badan.

10. Ketawa baik untuk kesihatan mental. Ketawa dapat melepaskan hormon endorfin yang akan
membuat anda merasa lebih baik. Endorfin memberikan rasa ketenangan dan mengurangkan
keresahan.

So, mari kita selalu ketawa. Pada yang kerja esok, jangan masam muka. Jangan monday blues.
Ketawa banyak-banyak. Hohoho.
*pesan pada diri sendiri. Esok ada meeting kat seremban..huhu*
lovenota : saya sangat suka ketawa sehinggakan orang panggil saya 'happygirl' kerana pandai
menyembunyikan masalah dengan ketawa :)

Related Posts : informasi

 Harga Petrol RON95 Turun

 10 Fakta Unik Tentang Badan Tinggi

 20 Fakta Tangan Kidal

 20 Fakta Unik Antara Lelaki & Perempuan

 Selamat Tahun Baru 2015


Related Posts Widget[?]
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
si Tukang Karut: Cik Balqis
Labels: informasi

You might also like