You are on page 1of 1

KOMEN DR AZLI

Saya amat menyambut baik pandangan saudari berkaitan kedua- dua forum yang dibincangkan oleh
kita pada hari ini. Saya bersetuju dengan pandangan saudari berkaitan poin pengesahan atau validity
amat penting terutama pada zaman ini dimana banyak maklumat yang mudah diperoleh tetapi tidak
semestinya boleh dipercayai atau sebaliknya. Kandungan maklumat perlu diperiksa untuk menentukan
ketepatan dan sentiasa dikemas kini.Bagi mencapai hasil pembelajaran, guru perlu mengetahui objektif
yang hendak dicapai bagi setiap tajuk setiap mata pelajaran yang diajar. Tambahan pula, institusi yang
terlibat iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri sudah mewujudkan garis panduan yang standard
dan perlu diikuti oleh guru bagi menyeragamkan tajuk dan mencapai objektif pembelajaran serta
selaras dengan matlamat Falsafah Kebangsaan Malaysia sebagai suatu usaha berterusan bagi
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI).

Saya amat menyambut baik pandangan saudari, dengan melakukan kesahihan isi kandungan
juga, guru dapat menggunakan masa pengajaran yang optimum dan tidak perlu mencari dan
menyemak semula ketidakpastian sesuatu isi kandungan ketika menyampaikan pengajaran
kepada murid di dalam kelas. Oleh itu kesahihan dalam isi kandungan amatlah dititikberatkan
oleh guru sebelum proses pdpc dijalankan. Selain itu suka untuk saya berkongsi terdapat tiga
jenis komponen penting dalam membentuk kurikulum iaitu ,kandungan, pedagogi dan
pentaksiran. Pandnagan saya, penjelasan saudari pada forum kedua juga sangat mantap.
Penetapan hasil pembelajaran yang eksplisit sangat penting dalam menulis Rancangan
Pengajaran Harian. RPH yang direncana dengan tepat mampu menjadikan proses
pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan dan menarik perhatian pelajar.

You might also like