You are on page 1of 4

Definisi Perpaduan

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologinegara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu
identiti dan nilai bersama sertasatu perasaan kebangsaan bersama di kalanganmereka.
Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh
ituadalah mustahak bagi kita meneliti latar belakangdan ciri-ciri masyarakat majmuk di
negara kita.

Masyarakat Majmuk
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yangbersifat majmuk ialah wujudnya jurang
perpisahandi antara berbagai golongan etnik atau bangsayang tinggal di dalam masyarakat
yang berkenaan.Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secarafizikal, telah lama wujud di
kalangan penduduk disatu-
satu petempatan bahkan pada zamanKesultanan Melaka keadaan ini wujud untukmemudahkan
perjalanan sistem pentadbiran – iaitusatu-
satu golongan pendatang itu biasanyadiletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri.Maka
muncullah perkampungan Cina, Jawa, Indiadan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaandahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan
Melakadengan keadaan yang wujud semasa zamanpenjajah. Dahulu, orang asing yang
bermastautin
diMalaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yangmengambil keputusan untuk berintegrasi deng
anpenduduk pribumi dan
seterusnya menghilangkankeperibadian asalnya. Pastinya soal status politikpenduduk asing itu
tidak pernah dipertikaikan :orang mendatang mempunyai negara ibundamasing-masing; kehadi
ran mereka di kawasan inihanyalah sebagai penduduk sementara
walaupun,pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan padaabad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah


membawa perubahan yang besar kepadakomposisi penduduk di beberapa negara jajahan
takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara Ini
menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang
meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang
terutamanya getah, kaumTamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang
sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin
peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan.Penduduk negara luar semakin ramai di negara
inidan masing-masing mempunyai kepentingansendiri.

Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di
kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina dikawasan bandar dan orang India di ladang-
ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin
minima.

Dasar Perpaduan

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-
kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi
adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir,berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yangberbeza

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke19, iaitu pada peringkat permulaannya,
di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada
pelajaran Melayu danInggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara
sendirian. Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –
pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar,
gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan
China.Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan
sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-
ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding
dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris. Kerajaan sebelum merdeka menganggap
sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang
unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara
sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja,
sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada
perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas
sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan
keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik
– berpelajaranInggeris dan berpelajaran vernacular
– yang tidakmempunyai pandangan dunia (world -view) yang sama.
Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada
satu dasar pendidikan kebangsaan seperti mana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi
mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan


Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah
mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-
nilaisebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama
disedari :“ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang
ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyel
esaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah
yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.
Asas-asas perpaduan sistem pendidikan

Sistem persekolahan yang sama bagi semua


Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan

penubuhan sekolah-sekolah umum yangmenggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umummenggunakan bahasa pengantar
Cina, Tamil danInggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan.

Seterusnya walaupun pada peringkat rendah inisekolah-sekolah diasingkan oleh


bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan
sistempersekolahan disamakan. Pada peringkatmenengah pula ditubuhkan Sekolah MenengahK
ebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dansemua kanak-
kanak akan memasuki sama adaSekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah
Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama


Cara paling penting untuk menyatupadukanmasyarakat berbilang kaum di Malaysia ialahmelalu
i penggunaan bahasa kebangsaan.Penggunaan satu bahasa perhubungan danpersefahaman di
antara satu kaum dengan
yanglain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasacuriga. Langkah ini mempercepatkan lagipe
rpaduan dan rasa hormoni antara kaum dinegara ini.

Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yangterkandung di dalamnya segala ilmu


pengetahuanserta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadipilihan masyarakat untuk diperturunkan kepadaahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikanadalah untuk membina perkembangan pelajar yanglengkap dari
segi jasmani, rohani, akal dan
emosi.Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum jugaberperanan untuk melahirkan rakyat yan
gmendokong cita-cita negara dalam mewujudkanperpaduan yang berpandukan Rukunegara dis
amping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatihuntuk keperluan negara.

Sukatan pelajaran yang seragam


Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannyayang disyorkan oleh Penyata Razak adalahdiang
gap sebagai salah satu asas sistem pelajarankebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara.Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan.
Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina
semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan yang seragam


Rancangan kerajaan untuk menseragamkankurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkanlagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaanyang seragam. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong
proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama

You might also like