You are on page 1of 2

Jurnal Reflektif

Nama Guru Pelatih : Guru Mr. A


Sekolah : SMK A
Skop Reflektif :
1. Persediaan Pengajaran
2. Pelaksanaan Pengajaran √
3.Pentaksiran dan Maklum Balas
4. Pengurusan Bilik Darjah
5. Ciri Profesional

Refleksi Minggu ke- : 12


Tarikh : 13 Oktober – 17 Oktober 2014

1. Apakah yang berlaku?


Saya mengalami sedikit kesukaran untuk membuat persediaan bagi pengajaran dan pembelajaran
bagi kelas 2 INTELEK pada 14 Oktober 2018. Saya mengajar bagi matapelajaran matematik. Pada hari
tersebut saya mempunyai 2 masa pembelajaran bagi kelas tersebut iaitu pada waktu 12.30 tengah
hari hingga 2.30 petang. 2 INTELEK merupakan kelas paling hadapan bagi tingkatan 2. Meskipun
begitu, kelas ini terkenal dengan kenakalan dan sifat cepat bosan mereka terhadap matapelajaran
matematik (P4). Oleh itu, saya perlu menyelitkan beberapa aktiviti dan alat bantu mengajar yang
mampu menarik minat mereka (N2).

Memandangkan pelajar 2 INTELEK kurang didedahkan dengan penggunaan ICT (P4), saya
merancang penggunaan ICT dapat dijadikan bahan bantu mengajar (P5) bagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga telah menyediakan powerpoint bagi membantu pengajaran saya di dalam
makmal komputer. Untuk menarik perhatian pelajar, saya menayangkan beberapa video di awal
untuk pengajaran dan pembelajaran(PdP) menarik fokus pelajar (K3/N2). Sewaktu PdP berlangsung,
saya mengalami sedikit kesukaran untuk menyeimbangkan fokus pada komputer dan memberi
perhatian pada pelajar (K2/P6). Hal ini menyebabkan saya kurang pergerakan ke arah pelajar.

2. Mengapakah ia berlaku?
Hal ini kerana, saya kurang menitik beratkan kaedah pengawalan kelas (K2/P6) sebaliknya lebih
mengutamakan penggunaan ict bagi menarik minat pelajar (N2). Disebabkan saya tidak dapat
mengawal kelas dengan baik (K2). Tambahan pula, pelajar begitu teruja dengan keadaan makmal
yang jauh berbeza daripada keadaan di dalam kelas. Terdapat juga pelajar yang seronok dengan
kerusinya yang dapat diturunkan dan dinaikkan.

3. Apakah yang dipelajari?


Hal ini, menyebabkan saya membuat keputusan sewaktu PdP untuk membenarkan seorang pelajar
menekan slide powerpoint bagi membantu saya melakukan pergerakan mengawal kelas dengan baik
(K3). Pelajar tersebut menjadi teruja kerana beliau dipilih untuk menekan slide bagi powerpoint PdP
(N2). Oleh itu, saya merasa lebih selesa dan senang untuk menerangkan topik yang dipelajari dengan
lebih baik kepada pelajar.

4. Apakah tindakan seterusnya?


Bukan itu sahaja, untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh , saya menggunakan beberapa
aplikasi di internet seperti classdojo dan mathgames (N2/K3). Aplikasi ini membolehkan pelajar
dipilih secara rawak untuk menjawab soalan di hadapan, memberi mata ganjaran kepada pelajar dan
menentukan masa bagi pelajar menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Bagi membantu pelajar
lebih memahami pembelajaran pada hari tersebut, saya menyediakan beberapa aplikasi permainan
matematik untuk dicuba oleh pelajar (K3).

Kesimpulannya, empat kaedah proses refleksi amat membantu saya bagi memahami,
mengetahui dan menganalisis permasalahan yang berlaku sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan sama ada di kelas ataupun di makmal komputer. Hal ini juga membantu saya
untuk mempertingkatkan kaedah pengajaran saya dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

Komen

You might also like