You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat

sejahtera saya ucapkan.


Terima kasih saudara dan saudari pengacara majlis,
Yang Berbahagia ______________________________________Penyelia Kokurikulum
PPD Jempol dan Jelebu,
Yang Berusaha _________________________________________, Komandan Kem,
Barisan Guru Pengiring Tunas kadet Remaja Sekolah (TKRS),
Para kadet tunas kadet remaja sekolah (TKRS) yang diraikan serta hadirin yang saya
hormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Perkhemahan
Pasukan (TKRS) Sekolah Rendah Peringkat Daerah Jempol Tahun 2019 dengan
sambutan penuh mesra dan meriah ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pihak penganjur
iaitu SK Serting Hilir 2 (F) dan pihak sekolah dalam menjayakan perkhemahan ini yang
telah berlangsung selama 2 hari bermula sejak hari Selasa yang lalu. Secara peribadinya,
saya amat berpuas hati dan bangga dengan komitmen semua pihak yang bersama-sama
menjayakan perkhemahan tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam memastikan perkhemahan ini berjalan dengan lancar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Perkhemahan Integrasi Kadet Bomba ini diatur dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Salah
satu tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aspirasi dan inspirasi jabatan agar
matlamat melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing dan berdisiplin tinggi akan
terlaksana.

Kadet-kadet sekalian,

Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika kita kurang
ilmu, mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin sekolah, ia
akan membawa kepada keruntuhan negara pada masa hadapan. Oleh itu, peliharalah
akhlak dan disiplin anda sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan kecemerlangan
anda sebagai pelajar. Saya juga berharap kadet-kadet memanfaatkan ilmu yang dipelajari
daripada perkhemahan ini. Segala pengalaman yang anda lalui selama tiga hari di sini
adalah untuk tujuan pendidikan dan pembangunan kerjaya sebagai seorang pelajar. Saya
mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi. Saya percaya, kadet-kadet
telah didedahkan dengan pelbagai ilmu secara teori dan praktikal untuk membolehkan
kita menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian

Saya berasa amat gembira kerana program ini berjalan dengan lancar tanpa banyak
masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya,
kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat
memastikan perkhemahan ini berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala
bakti yang telah dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi cemerlang ini akan
mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan kadet bomba
peringkat daerah pada tahun ini. Dengan lafaz “bismillahhirahmanirrahim, saya dengan
sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Klang
tahun 2014.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like