You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH 1/2017

SK KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT, PAHANG

Tarikh : 02 Mac 2017


Hari : Khamis
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Gerakan, SK Kuala Tahan
Kehadiran :
En Baharum Bin Bakar (Guru Besar)
Pn Roziah Binti Abd Hamid - GPK Pentadbiran
Pn Norliza Binti Ismail - GPK HEM
Pn Rohana bt Abdul Hamid (Guru Pra)
Pn Fadilah bt Yahya (Guru Pra)
Pn Zanariah bt Mat Hassan (PPM)
Pn Rozian bt Idris (PPM)

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan kepada semua yang hadir.
1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua Unit Prasekolah.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana guru dan pembantu dapat mengendalikan kelas
Prasekolah dengan baik sehingga hari ini dan tiada masalah bagi sepanjang sesi
persekolahan bagi tahun 2016.
1.4 Pengerusi juga menekankan kepentingan Pendidikan Prasekolah mengikut sarana
NKRA.
Tindakan :Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pn. Rohana Bt Abdul Hamid membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2.2 Pn. Fadilah Yahaya mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan.

2.3 Pn. Zanariah Bt Mat Hassan menyokong pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3.0 UCAPAN PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn.Rohana memaklumkan bahawa masih terdapat masalah kebocoran di kelas


Prasekolah.

3.2 Pihak sekolah masih lagi menunggu tindakan lanjut dari Unit Pembangunan PPD
Jerantut berkenaan Penyelenggaraan bagi kelas Prasekolah Sinar.

Tindakan : Makluman

4.0 LAPORAN PRASEKOLAH SEHINGGA MAC 2017

4.1 Prasekolah Cahaya – sehingga bulan Mac masih terdapat 3 orang yang belum
mengusai kemahiran 3M. salah seorang daripadanya berpunca dari masalah keciciran
akibat selalu tidak hadir ke sekolah.

4.2 Prasekolah Sinar – sehingga bilan Jun terdapat 2 orang yang belum menguasai
kemahiran 3M. perhatian yang lebih akan diberikan supaya dapat melepasi tahap yang
diperlukan.

5.0 SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN

5.1 Pn Rohana Bt Abdul Hamid menjelaskan bahawa Sistem maklumat Prasekolah


Kebangsaan (SMPK) sedang dikemaskini. Kerana ada terdapat maklumat berkenaan
penjaga yang masih tidak lengkap.

5.2 Guru prasekolah akan mengemaskini maklumat yang diperlukan dari masa ke semasa
sehingga mencapai tahap yang sepatutnya.

Tindakan :Makluman

6.0 PEMBENTANGAN TAKWIM TAHUNAN PRASEKOLAH

6.1 Pn.Rohana Bt Abdul hamid selaku Penyelaras Prasekolah membentangkan Takwim


Tahunan Kelas Prasekolah SK Kuala Tahan bagi sesi 2017. Takwim ini meliputi segala
aktiviti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang telah di rancang
sepanjang tahun bermula dari Januari hingga bulan Disember.

6.2 Beliau juga menjelaskan setiap perancangan aktiviti dan program prasekolah
bergantung pada perubahan semasa dan program Prasekolah Peringkat Daerah.
6.3 Pn Fadilah bt Yahya menjelaskan sesetengah program prasekolah bergantung kepada
takwim Sekolah kerana murid prasekolah terlibat secara langsung dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

6.4 Pn Rohana Bt Abdul Hamid menjelaskan mulai tahun ini, sistem Permohonan Baharu
murid Prasekolah telah diselaraskan seluruh Malaysia dimana permohonan dijalankan
secara online. Penjaga tidak perlu mengambil borang di kelas Prasekolah kerana sistem
permohonan online akan dibuka sehingga bulan Mei 2018.

6.5 Borang permohonan secara manual masih disediakan di kelas Prasekolah bagi penjaga
yang mengalami masalah untuk mendaftar secara online.

6.6 Mesyuarat pemilihan akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

6.7 Murid prasekolah masih lagi terlibat dengan program NILAM yang dianjurkan oleh
Pusat Sumber Sekolah. Program ini diteruskan memandangkan ianya memberi impak
yang baik untuk murid di samping memupuk minat membaca di kalangan murid
prasekolah.

6.8 Pihak pengurusan prasekolah juga akan berbincang mengenai tempat untuk
mengadakan program Graduasi. Bergantung kepada permintaan penjaga sama ada perlu
dibuat di sekolah atau meneruskan program tersebut di Xcape Resort atau di mana-
mana lokasi seperti tahun sebelumnya.

Tindakan : Makluman

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 En. Baharum Bin Bakar mencadangkan supaya melibatkan ibu bapa dalam setiap
program prasekolah. Jika perlu libatkan juga mereka di dalam kelas.

7.2 Pn Norliza Bt Ismail menjelaskan permohonan murid ke tahun 1 juga telah dibuka.
Beliau memohon agar guru dan pembantu Pengurusan Murid dapat menghebahkan
maklumat tersebut kepada ibu bapa atau penjaga yang masih belum mendaftar.
Permohonan tahun 1 juga dibuat di atas talian secara online.

7.3 Penjaga yang bermasalah untuk mendaftar diminta hadir ke sekolah berjumpa dengan
pihak pentadbir atau kerani berkenaan masalah tersebut.
8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan meminta semua guru dan pembantu harus
bekerjasama dalam menjalankan tugas-tugas di kelas Prasekolah dan mengharapkan
Prasekolah akan menyertai pelbagai program dan pertandingan yang menjadikan
Prasekolah SK Kuala Tahan lebih cemerlang dan terbilang. Majlis disudahi dengan
bacaan surah Al-Asr.

Tindakan:Makluman

8.2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 1.25 petang

You might also like