You are on page 1of 2

 Aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan

masyarakat berbilang kaum di negara kita.


 Amalan gotong royong boleh dijadikan sebagai permulaan bagi semangat perpaduan dalam
kalangan warga sekolah.
 Guru dan murid bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Apatah lagi jika ada ibu bapa
yang datang membantu, maka ia akan memberi pandangan positif kepada murid-murid betapa
seronoknya apabila semua warga bekerjasama kerana perpaduan kaum yang terjalin.
 Kanak-kanak akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Seterusnya akan
mempraktikkan amalan itu bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.
 Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di
kalangan anggota masyarakat.
 Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati.
 . Antara program yang sesuai ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Program Rumah Terbuka
Rakyat Malaysia.
 Amalan gotong-royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi
sebuah negara maju.
 Jika guru tidak melibatkan ibu bapa dalam program yang hendak dilaksanakan, guru boleh
merancang aktiviti gotong-royong tersebut bersama-sama murid untuk membersihkan kelas,
pusat sumber, taman sekolah dan sebagainya.

3.4 Pembelajaran Nilai Melalui Aktiviti Pertandingan

 Menganjurkan pertandingan baju kebangsaan bersama panitia-panitia di sekolah.


 Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna,
dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket di Raja yang antik.
 Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu
dan hiasan manik.
 Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan
dan kerabat diraja.
 Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab
diperkenalkan di negara ini. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan
cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.
 Pertandingan ini bukanlah bersifat pertandingan kalah menang semata-mata tetapi perlu dilihat
dari sudut kepelbagaian kaum di Malaysia.
 . Contohnya, Kamil yang berbangsa Melayu telah mengenakan pakaian India. Manakala Kavitha
pula mengenakan pakaian Cheongsam dan sebagainya. Walaupun pada mulanya murid akan
melihat itu sebagai sesuatu yang janggal tetapi di sinilah peranan guru “kalau hendak melentur
buluh, biarlah dari rebungnya”

You might also like