You are on page 1of 4

1

Program: Program Ijazah Sarjana Nama Pelajar:


Muda Perguruan (PISMP)
Kod: PKPK3113 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 3
Ambilan: Jun 2016
NamaKursus: Kumpulan: PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN
SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM
PENDIDIKAN PEMULIHAN
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei 25.1. 2019 17.2.2019

2. Simulasi Didik Hibur 19.2.2019 25.2.2019

3. Penghasilan Bahan Bantu Mengajar 27.2.2019 9.3.2019

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan aspek seni bahasa, unsur sastera Melayu dan kesantunan berbahasa dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pemulihan khas (C2, A3, PLO1).
2. Mengemukakan unsur bahasa dan sastera dalam prosa tradisional, prosa moden, puisi
tradisional dan puisi moden yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan
khas. (C3, A3, PLO1).
3. Mengintepretasikan seni bahasa dan sastera berunsurkan didik hibur dalam simulasi
pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas secara berkumpulan. (C5, A3,PLO3, PLO4,
PLO5,CTPS2, CS2,TS2).
4. Menyediakan bahan bantu mengajar berunsur seni bahasa dan sastera secara berkumpulan
(C6, A4 PLO3, PLO5, CTPS2, TS2).
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan aspek seni bahasa, unsur sastera Melayu dan kesantunan berbahasa dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pemulihan khas serta mengemukakan unsur
bahasa dan sastera dalam puisi tradisional yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran pemulihan khas.

2. Mengintepretasikan seni bahasa dan sastera berunsurkan didik hibur dalam simulasi
pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas secara berkumpulan.

3. Menyediakan bahan bantu mengajar berunsur seni bahasa dan sastera secara
berkumpulan.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
TUGASAN 1: (35 %)
Tugasan Individu
Esei

2
Aspek seni bahasa, unsur sastera Melayu dan kesantunan berbahasa merupakan bidang
pengajaran yang amat relevan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid,
terutamanya untuk membantu murid pemulihan khas dalam aspek penguasaan kemahiran
lisan, bacaan dan tulisan.

Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki :

Menulis satu esei yang menjelaskan aspek seni bahasa, unsur sastera Melayu( Hasyim
Awang) dan kesantunan berbahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
pemulihan khas serta mengemukakan unsur bahasa dan sastera dalam puisi tradisional(
cari satu puisi , pantun, syair, gurindam, seloka, (apaa gaya Bahasa) (tema, persoalan,
pemikiran, bagitau macam mana nak ajar murid pl waktu pnp, macam kita ajar ambil dewan
Bahasa, dewan pelajar) tahun 2005 keatas. Karya pelajar pon bolehh. yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas.

Panjang esei hendaklah 1200 patah perkataan.

TUGASAN 2 : (10 %)
Tugasan Berkumpulan
Projek (Simulasi Didik Hibur)

Didik hibur merupakan sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur
kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Didik hibur
juga mengurangkan tahap kebimbangan murid terhadap guru.

Berdasarkan sebuah karya puisi moden, anda dikehendaki menginterpretasikan seni bahasa
dan sastera berunsurkan didik hibur dalam simulasi pengajaran dan pembelajaran
pemulihan khas secara berkumpulan.
- Sajak (bahan pnp), murid-murid.
- Ambil dalam dewan pelajar (2010 keatas)

Durasi masa simulasi ialah 30 minit.

TUGASAN 3: (15 %)
Tugasan Berkumpulan
Bahan Rangsangan Pengajaran

Bahan seni bahasa dan sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap
keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dan sekali gus dapat
meningkatkan keupayaan kognitif dan intelektual mereka. Bahan rangsangan pengajaran
pula memainkan peranan yang sangat penting sebagai perangsang dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid pemulihan khas. Pendekatan PdP dengan
bantuan bahan rangsangan menjadikan aktiviti pembelajaran bahasa lebih menyeronokkan
kepada murid-murid.

Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki :

Menyediakan bahan bantu mengajar berunsur seni bahasa dan sastera dari genre prosa
tradisonal secara berkumpulan.

3
(bahan maujud, nakhoda tanggan, batu belah batu bertangkup , diorama, carta gulung)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan 1 ialah tugasan individu, manakala Tugasan 2 dan 3 secara berkumpulan.


2. Penulisan hendaklah disediakan dengan bertaip komputer menggunakan Font Arial, saiz
11 dan langkau 1.5 setiap baris. Pelaporan dalam bahasa Melayu.
3. Anda dikehendaki menulis rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association). Sebarang bentuk plagiat tidak dibenarkan.
4. Bahagian kulit luar tugasan kerja kursus hendaklah menggunakan format terkini
dilengkapkan dengan maklumat seperti nama pelajar, angka giliran, nombor kad
pengenalan, kumpulan/unit dan nama pensyarah pembimbing.
5. Menyenaraikan lima sumber utama dan sekunder. Kerja kursus perlu dihantar dalam
bentuk naskhah bercetak.
6. Panjang tugasan tidak kurang daripada 1200 patah perkataan untuk Tugasan 1 (tidak
termasuk persembahan dan lampiran). Tugasan 2 perlu dipersembahkan dalam bentuk
simulasi. Durasi masa persembahan ialah 30 minit. Tugasan 3 mestilah mengambil kira
kesesuaian dan manfaat pembelajaran bagi murid-murid Pemulihan Khas.
7. Tugasan ini membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kegramatisan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemahkan maklumat kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang dilampirkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(DR. ROBIAH BINTI MOHAMAD) (ZIZAWATI BINTI FAUZI)


Pensyarah Kursus PKPK3113 Pakar Bidang SME
Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pengajian Khas,
IPGK Perempuan Melayu, Melaka. IPGK Perempuan Melayu, Melaka.
Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh Ketua Jabatan:

(KHADIJAH BINTI AMAT @ KAMARUDDIN)


Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Khas,
IPGK Perempuan Melayu, Melaka.
Tarikh:

You might also like