You are on page 1of 4

Badan Kebajikan Staf BAKES PK-07- Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN BARU MUAR

MINIT MESYUARAT BAKES KE-5 2018

Tarikh : 28 Oktober 2018

Hari : Khamis

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik gerakan

Pengerusi : AZMI BIN MASRI

Kehadiran : 10/16

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan pengerusi mengalu-alukan kehadiran
ahli mesyuarat.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama guru-guru yang meluangkan
masa untuk mesyuarat Bakes kali kelima ini.
Tindakan: Makluman

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

2.1 En. Mohd Saiful bin Mohd Sharif mencadangkan minit mesyuarat keempat disahkan.
2.2 Mesyuarat sebulat suara menyokong minit mesyuarat pertama disahkan.
Tindakan: Makluman
3.0 Hal-hal berbangkit
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa majlis persaraan Pn. Hajah Rosnani dan jamuan akhir
tahun akan diadakan di Marina Bay.
3.2 Majlis Persaraan dan jamuan akhir tahun tidak akan diadakan di Man Catering kerana
tempat yang mempunyai ruang yang kecil dan memerlukan tambahan khemah sebnayak
rm300 bagi satu khemah.
Tindakan : makluman
4.0 Persaraan Pn. Hjh Rosnani

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa majlis akan bermula pada pukul 11.00 pagi.
4.2 Senarai ajk pelaksana untuk majlis persaraan juga telah diedarkan oleh setiausaha dan setiap
ahli perlu rujuk.

Tindakan : setiausaha

Hak Cipta Terpelihara. Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


Badan Kebajikan Staf BAKES PK-07- Pengurusan Mesyuarat

5.0 Sambutan istiadat

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa En. Mohd Saiful akan mengetuai sambutan istiadat.
5.1 Sambutan istiadat tidak memerlukan kompang dan hanya menggunakan PA sistem yang
berirama kompang.
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Hjh. Rosnani akan berarak bersama barisan
pengurusan ke tempat duduk.
5.1 Perarakan tersebut juga akan diiring bersama dengan barang hantaran oelh pengawas
Tindakan : Ajk pelaksana

6.0 Persiapan tempat

6.1 Pengerusi memaklumkan agar ajk membuat persiapan tempat berada dalam keadaan baik
dan teratur sebelum majlis berlangsung.
6.2 Karpet merah perlu dibentangkan untuk perarakan yang bersara.
Tindakan: AJK persiapan tempat

7.0 Jamputan

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ajk jemputan perlu untuk menjemput YDP PIBG iaitu Dr.
Baharuddin dan juga pengusaha Café Sinar iaitu Pn. Saniah
Tindakan: AJK jemputan

8.0 Hadiah

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Nurshimah


Muhamed Radzi dan Pn. Sazilah Ithnin akan bertindak sebagai ajk yang menguruskan hamper
dan hadiah sukaneka yang akan dipertandingkan.
8.2 Acara cabutan bertuah juga akan diadakan dan hadiah adalah daripada penyumbang-
penyumbang sekolah.
8.3 Pengerusi juga memaklumkan agar setiausaha membuat surat permohonan hadiah kepada
YDP PIBG

Tindakan: AJK Hadiah

9.0 Sistem Pendengar suara


9.1 Pengerusi memaklumkan ajk pelaksana ialah Tn. Haji Jamaludin dan En. Hafiz
9.2 Derma kilat akan diadakan untuk bapa kepada En. Hafiz kerana keadaan kesihatan bapanya
yang terjejas.

Tindakan : AJK PA sistem

Hak Cipta Terpelihara. Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


Badan Kebajikan Staf BAKES PK-07- Pengurusan Mesyuarat
10.0 Persiapan pentas dan juruacara majlis

10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat pelamin yang telah ditempah untuk majlis
persaraan.
10.2 Keputusan mesyuarat sebulat suara memilih tema warna hijau emerald untuk majlis
persaraan tersebut.
10.3 Juruacara majlis persaraan tersebut ialah Pn. Nurul Haziqah Supari
10.4 Tiada “send off” disebabkan tarikh beliau bersara adalah pada cuti sekolah.

Tindakan : AJK PA sistem


11.0 Persembahan dan Multimedia
11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa En. Mat Hidup Riduan sedang menyiakan montaj untuk
majlis persaraan tersebut.
11.2 Pengerusi memaklumkan bahawa persembahan pada majlis persaraan tersebut ialah
zapin, ghazal dan koir
Tindakan : AJK multimedia dan persembahan
12.0 Pergerakan Majlis Persaraan

12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa yang bersara akan bergerak mengikut karpet merah dan
dulang hantaran barang akan dibawa bersama dengan perarakan tersebut.
12.2 Selepas itu zapin akan dipersembahkan dan bacaan doa akan dimulakan.
12.3 Seterusnya pengerusi memaklumkan tayangan multimedia akan dipersembahkan.
12.4 Pn.Hjh Rosnani akan memulakan ucapan dan diminta duduk di pelamin selepas ucapan
dipentas
12.5 Dua persembahan daripada pelajar akan dipersembahkan dan penyampaian hadiah
sebagai acara penutup majlis persaraan.

13.0 Buku Program


13.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Mornee akan menyiapkan buku program untuk majlis
tersebut.
Tindakan : makluman
14.0 Aturcara majlis di Marina Bay
14.1 Pengerusi memaklumkan bahawa cenderamata untuk jamuan akhir tahun guru adalah beg
kasut yang berharga rm10.50
14.2 Beg cenderamata tersebut telah dibeli oleh Pn. Siti Hasnah.
14.3 Pengerusi memaklumkan kepada setiausaha untuk menyediakan ajk pelaksana di Marina
Bay.
14.4 Set makanan yang dipilih adalah set makanan A.
14.5 Pn. Zahanifa dan Pn. Meriyani akan bertindka sebagai pengacara majlis dalam acara
tersebut.
14.6 Pengerusi juga telah memberikan tentatif program untuk majlis di Marina Bay
14.7 Dulang perlu dibawa dari sini untuk penyampaian hadiah cabutan bertuah dan pihak
pengurusan

Hak Cipta Terpelihara. Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


Badan Kebajikan Staf BAKES PK-07- Pengurusan Mesyuarat
14.8 Pengerusi memaklumkan bahawa surat jemputan dan persaraan perlu disediakan Pn. Hjh
Habsah . Pn. Sabariah dan En. Hamir Dahlan.

Tindakan: makluman

Penutup

a) Baju Hari keluarga perlu ditempah lebih awal


b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… …………………………………

(NURUL ASNUR FAHRAIN AB MANNAN) (AZMI BIN MASRI)

Penolong Setiausaha Bakes 2018/2019 Pengerusi Bakes 2018/2019

SMK PEKAN BARU MUAR SMK PEKAN BARU MUAR

Hak Cipta Terpelihara. Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

You might also like