You are on page 1of 4

fastabiqul khairats @ berlumba-lumba

dalam kebaikan
“……..Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti
Allah akan mengumpulkan kamu semuanya……….”Qur’an 2 : 148

24 jam sehari semalam kita diberi peluang setiap hari… Pernahkah diri bermuhasabah
dimalam hari sebelum tidur lihat pada tangan apa yang yang sudah dilakukan, kepada akal
apa yang sudah difikirkan, kepada mata apa yang sudah dilihat, kepada telinga apa yang
didengar, kepada kaki ke manakah ia melangkah? Yang manakah sibuk malaikat dikiri atau
dikanan kita? Adakah perbuatan kita sehari suntuk akan membuatkan diri kita tersenyum
nanti di padang masyar ataupun meraung kerana penyesalan yang teramat sangat?
#RenunganBersama #Muhasabah #MariBerfikirSejenak Wahai pembaca sekalian…..

Benar kita memang sudah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian… seperti yang tertulis,

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “surah At Tin ayat 4

Jangan disangka kita sebaik-baik kejadian sudah cukup, buat apa lagi untuk berlumba?
Kerana apa kita sibuk memikirkan untuk berlumba, bukankah ia hanya meletihkan? Cuba
tanya diri, kita umat Nabi Muhammad In sha ALLAH memang akan masuk syurga namun
tidakkah kita mahu ‘straight to the jannah’? tak perlu ‘drop by at jahannam hell’?
Nauzubillah…Benar kita manusia yang tidak lari dari dosa tapi jangan jadikan ia alasan
untuk kita bersenang-lenang selagi belum sampai hari penghisaban kita masih berpeluang
mengubahnya,taubat sesuci bayi yang baru lahir tapi adakah ianya cukup untuk menempah
syurga nanti?

Serta tidakkah kita mahu menjadi ‘the best among the best’ ? Sudah puaskah kita dengan
keadaan sekarang ini? Kenapa tidak digunakan nafsu perasaan cemburu yang ada pada kita
untuk ini?

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu adalah
sebaik-baik makhluk.” Qur’an 98 : 7, surah Al Bayyinah ayat 7

Itulah manfaatnya berlumba-lumba dalam membuat kebaikan, sungguh banyak kebaikan


yang boleh kita lakukan sebenarnya malah kadang kita sendiri yang tidak sedar betapa
mudahnya membuat sesuatu kebaikan, terkadang juga kita kurang jelas adakah yang dibuat
itu kebaikan.

“Setiap perkara yang ma’ruf adalah sedekah.” (HR Bukhari Muslim)

Ma’ruf disini bermaksud benar, kebajikan. Serta Rasulullah menyuruh kita supaya menjaga
diri kita.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A., beliau berkata:

“Nabi S.A.W telah bersabda: “Setiap orang islam hendaklah membuat sedekah.”
Mereka pun bertanya: “Jika dia tidak mampu?”

Baginda S.A.W menjawab: “Dia bekerja dengan dua belah tangannya, lalu dia
memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan bersedekah.”

Mereka bertanya lagi:”Jika dia tidak berupaya?” atau “…..tidak melakukannya?”

Baginda S.A.W menjawab:”Dia menolong orang yang ada hajat, terdesak dan
meminta bantuan.” Mereka bertanya lagi: “Jika dia tidak melakukannya?”

Baginda S.A.W menjawab: “Dia menyuruh dengan kebaikan,” atau Baginda S.A.W
bersabda “…..dengan perkara ma’ruf.” Seorang sahabat bertanya lagi: “Jika dia tidak
melakukannya?”

Baginda S.A.W menjawab: “Maka hendaklah dia menahan diri


daripadanya kejahatan adalah sedekah.” (HR Bukhari Muslim)

*Sedekah bermaksud apa sahaja perkara yang bermanfaat diberi kepada orang lain bukan
khusus kepada makanan, duit mahupun senyuman sahaja TAPI boleh saja ianya doa, ilmu
mahupun menolong*

“Lidungilah diri kamu dari neraka, sekalipun dengan separuh buah kurma. Sekiranya
seseorang kamu tidak mampu, maka hendaklah dengan sepatah perkataan yang baik.”

(HR Bukhari)

kecil kan? bayangkan kalau separuh. Betapa Rasulullah amat menggalakkan membuat
kebaikan kan?

Sunatullahnya yang baik lawannya jahat, andai bukan kebaikan yang dibuat besar
kemungkinan jatuh kepada kemungkaran. Perkara yang harus ataupun makruh sebaiknya
dielakkan dan tumpukanlah masa yang ada dalam meraih pahala sebanyak mungkin nescaya
kurang penyesalan dihari kiamat nanti.

“Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, barangsiapa


mengerjakan kejahatan maka itu akan menimpa dirinya sendiri…”Al Jasiyah ayat 15

“…..dan tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan)kebajikan dan taqwa, dan jangan


tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan…” Al Maidah ayat 2

“Sesiapa yang mengkehendaki pahala didunia ketahuilah disisi Allah ada pahala dunia
akhirat…..”An Nisa ayat 134

Kebajikan tidak hanya terbatas kepada keperluan kewangan dan kebendaan semata-
mata, namun khidmat kebajikan perlulah merangkumi perkara yang berkaitan
dengan sosial, emosi, budaya dan kemasyarakatan serta memenuhi keperluan semua
peringkat usia. Begitu juga kebajikan di dalam Islam. Walaupun yang digariskan di
dalam ayat diatas hanyalah mentaati Allah, namun kebajikan yang diseru adalah
merangkumi semua jenis amalan kebaikan.
Allah sendiri menyuruh kita supaya melakukan amalan kebajikan dan telah
menjanjikan satu ganjaran yang setiap manusia idam-idamkan iaitu “berjaya di
dunia dan di akhirat”, bahkan, nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah juga
disuruh untuk melakukan kebajikan kepada umatnya . Apa lagi yang kita ragukan?
Tidak cukupkah dengan janji Allah ini untuk menggerakkan kita melakukan
kebajikan? Tepuk dada tanya iman .

Kebajikan tidak semestinya perlu dilaksanakan secara individu. Bahkan,


bekerjasama dalam amalan kebajikan merupakan satu kewajipan . Ini adalah kerana,
tidak semua perkara dapat dilakukan secara individu dan ia perlu dilakukan secara
berjemaah dengan sebab al-Quran menyarankan seperti firmanNya yang bermaksud

“Hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan


ketaqwaan” (al-Maidah : 2)

Oleh itu, sama-samalah kita berganding bahu dalam melaksanakan 9 seruan Islam
yang telah digariskan di dalam al-Quran dan hadis, iaitu :

1. Berbuat kebajikan
2. Bercakap mengenai kebajikan(kebaikan)
3. Bersegera ke arah kebajikan
4. Saling berlumba-lumba ke arah kebajikan
5. Menyeru kepada kebajikan
6. Menggalakkan kepada kebajikan
7. Lakukan kebajikan walaupun kecil
8. Berniat untuk melakukan kebajikan
9. Mencela bagi orang yang mencegah kebajikan

Semangat untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan adalah di antara perkara


yang perlu dicambahkan di dalam jiwa setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT
kerana dengan cara demikian sahaja manusia boleh mendekatkan diri kepada Allah
tuhan rabbul jalil. Selain daripada itu semangat berlumba-lumba juga merupakan suatu
tujuan yang paling mulia dan paling utama. Di samping itu juga kita bertanggungjawab pula
agar berusaha untuk menghilangkan atau mengurangkan amalan-amalan hina yang membawa
kepada dosa dan murka Allah SWT.

Demikianlah dua tujuan besar bagi setiap individu yang beragama Islam iaitu berlumba-
lumba mengerjakan kebaikan dan berusaha untuk membuang dan mengikis segala maksiat
kepada Allah SWT. Segala perintah Allah adalah kebaikan dan setiap larangan-Nya adalah
maksiat yang perlu dihindari oleh semua manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka
berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan
mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas
tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Perintah Allah SWT ini adalah berbentuk umum, semua yang beriman kepada-Nya
tidak kira di mana ia berada dan apakah bidang yang diceburi, maka hendaklah ia
berlumba-lumba mengerjakan kebaikan mengikut keadaan masing-masing. Seorang
pedagang hendaklah berbuat baik semasa menjalankan dagangannya. Begitu juga dengan
petani yang sepatutnya berlumba-lumba melakukan kebajikan melalui hasil pertaniannya.
Islam memerintah agar berbuat baik mengikut bakat dan bidang masing-masing.

Islam menganjurkan kepada ummatnya agar meletakkan sikap berlumba-lumba di dalam


kebajikan sebagai kiblat atau tujuan utama kerana dengan sikap demikian segala kejahatan
akan terhindar dengan sendirinya. Di situ akan lahir berbagai-bagai kebaikan yang akan
membina keselamatan dan kesejahteraan menuju ke arah perpaduan ummat yang
sejati yang akhirnya akan membentuk sebuah tamadun manusia yang maju dan
berjaya, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan berbuat baiklah kamu
mudah-mudahan kamu akan memperoleh kejayaan." (Surah al-Hajj ayat 77)

Di dalam ayat-ayat yang lain juga diterangkan bahawa Allah SWT menggalakkan manusia
melakukan perkara-perkara yang baik seperti yang terkandung di dalam surah Al Anbia' ayat
73 yang bermaksud, "Dan kami wahyukan kepada mereka supaya mengerjakan kebaikan-
kebaikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan benar-benar beribadat kepada kami."

Begitu juga dengan apa yang terdapat di dalam ayat yang ke 90 dari surah yang sama,
mafhumnya, "Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu berlumba-lumba untuk
mengerjakan kebaikan dan selalu berdoa kepada kamu dalam keadaan suka mahupun duka.
Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada kami."

Perbuatan baik yang diperintah ini mencakupi semua aspek kebaikan seperti taat kepada
Allah, ikhlas beramal semata-mata kepada-Nya, bermuamalah dengan baik sesama
manusia bahkan apa saja yang dianggap baik oleh manusia dan tidak bertentangan
dengan prinsip-prinsip agama dan akal yang sihat.

Ganjaran istimewa dari amal kebaikan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya
melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang
didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian
manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana
sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia
adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan
akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang
menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan
jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang
mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah,
dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu
daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah." (Abu ad-Dardaa' r.a.

You might also like