You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN SUKAN GABUNGAN

SJKT KAWASAN PARLIMEN SEGAMAT


2/2019
Tarikh : 12-3-2019 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SJK(Tamil) Batu Anam
Pengerusi : En.P.Govindasamy SJK(T) Batu Anam

Kehadiran :

1. En.P.Govindasamy SJK(T) Batu Anam


2. En.R.Ravi SJK(T) Batu Anam
3. En.R.Kithan SJK(T) Batu Anam
4. En.N.Ranjeet Kumar SJK(T) Batu Anam
5. En.A.Subramaniam SJK(T) Sungai Senarut
6. Pn.K.Mariyammah SJK(T) Sungai Senarut
7. En.K.Sriram SJK(T) Ladang Nagappa
8. Cik.P.Sarranya SJK(T) Ladang Nagappa
9. En.B.Arun SJK(T) Ladang Gomali
10. Pn.R.Darshini Paniker SJK(T) Ladang Gomali
11. En.T.Nalamaran SJK(T) Ldg Sungai Muar
12. En.K.Thanasilan SJK(T) Ldg Sungai Muar
13. En.T.Pusparajan SJK(T) Ladang Fotrose
14. En.K.Meganathan SJK(T) Ladang Fotrose
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN SUKAN GABUNGAN
SJKT KAWASAN PARLIMEN SEGAMAT
2/2019

Tarikh : 12-3-2019 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SJK(Tamil) Batu Anam
Kehadiran : Seperti lampiran

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


En.P.Govindasamy selaku selaku Pengerusi Sukan Gabungan SJKT Kawasan Parlimen Segamat 2019,
kali ke-18 mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke bilik seminar yang selesa dan indah.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1.Dicadangkan untuk disahkan oleh : En.B.Arun


2.2.Disokong untuk pengesahan oleh : En.R.Ravi

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PERKARA YANG DIBINCANG

4.1 Penetapan Tarikh Pengelolaan Sukan Gabungan telah ditukar dari 28 April 2019 kepada 21 April
2019 atas beberapa kekangan. Hal ini kerana ramai guru melibatkan diri dalam konvokeyen pada hari
28 April 2019.

4.2 Penetapan Tarikh Kejohanan Merentas Desa SJKT Kawasan Parlimen Segamat telah ditukar pada
10 April 2019.

4.3 Jawatankuasa Induk Kejohanan Merentas Desa SJKT Kawasan Parlimen Segamat

Pengerusi : En.P.Govindasamy A/L Perumal


Guru Besar SJKT Batu Anam

Pengerusi Bersama : Pn.Prema A/P Ramakirisnan


Guru Besar SJKT Ladang Sungai Muar

: Pn. Krishnaveni A/P Chinnaswami


Guru Besar SJKT Ladang Sungai Senarut

: En. Perumal A/L Athimulam


Guru Besar SJKT Ladang Fortrose

: Pn. Ananthy A/P Patchy Muthu


Guru Besar SJKT Ladang Naggappa

: Pn. Santhakumari A/P Deverraju


Guru Besar SJKT Ladang Gomali
Timbalan Pengerusi : En.Ranjeet Kumar A/L Nadesan
GPK Kokurikulum SJKT Batu Anam

Setiausaha : En. Kithan A/L Rajadra


Setiausaha Sukan SJKT Batu Anam

Bendahari : Cik.Nurhidayah Binti Ramlee

Pengerusi Teknik : En. Ravi A/L Ramasamy


GPK 1 SJKT Batu Anam

4.4 Jawatankuasa Kecil Kejohanan Merentas Desa SJKT Kawasan Parlimen Segamat

Bil Perkara Sekolah dan Guru Yang Bertanggungjawab


1 Pendaftaran SJKT Batu Anam
2 Buku Program SJKT Ladang Sungai Muar
3 Makan / minum murid dan pegawai SJKT Batu Anam
4 Hadiah / cenderamata SJKT Batu Anam
5 Siaraya SJKT Batu Anam
6 Kecemasan SJKT Sungai Senarut
7 Surat menyurat SJKT Ladang Gomali
8 Keselamatan & displin SJKT Batu Anam
9 Juruhebah & juruacara SJKT Nagappa
10 Juru foto SJKT Ladang Fortrose
11 Pelepas Tetamu kehormat
12 Persiapan trek Semua AJK Teknik
13 Hakim penamat En.Arun ( SJKT Ldg Gomali) (L)
Cik.Nishantini ( SJKT Ldg Gomali ) (p)
14 Senamrobik SJKT Ladang Fortrose
15 Check point En.R.Kithan
En.S.Vadivelan
En.Saravanan
Cik.K.Anitha
Cik.R.Kalaivani
Cik.K.Keetha
En.K.Sree Ram
Cik.P.Saranya
Cik.M.Saraswathi
Cik.K.Kirthana
En.K.Thanasilan
En.T.Nalamaran
En.T.Pusparajan
En.K.Ramakrishnan
Cik.E.Tamilarasi
16 Pencatat masa SJKT Batu Anam
17 Peronda mula dan semasa kejohanan Pibg SJKT Batu Anam
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mengatakan tahun ini ada perubahan pada bendera kejohanan sukan gabungan
dimana perubahannya pada logo, nama dan warna. Manakala tahun pada bendera tidak dapat
dimasukkan dalam logo disebabkan bendera tersebut harus diguna pada masa akan datang.
5.2 Semua acara akan dijalankan di padang SJK(Tamil) Batu Anam.
5.3 Sebanyak empat lorong telah disiap ukur dan disediakan oleh guru-guru sekolah SJK(Tamil)
Batu Anam. Semua AJK diarahkan untuk menyiapkan baki empat lorong yang akan diguna pada
hari kejohanan.
5.4 Pengerusi menasihatkan semua guru untuk mengambil masa yang berpatutan semasa
menjalankan acara kumpulan dan sukaneka untuk menggelakkan pembaziran masa.
5.5 Alatan-alatan sukan haruslah disimpan dan dijaga dengan betul. SJK(Tamil) Batu Anam sedia
memberi bantuan kepada guru-guru yang memerlukan alatan sukan dan alatan lain.
5.6 Pengerusi meminta jasa baik semua S/U Sukan dan pegawai-pegawai untuk datang ke padang
SJK(Tamil) Batu Anam untuk memeriksa keadaaan dan keselamatan padang.
5.7 Pengerusi mengatakan SJK(Tamil) Batu Anam tidak mempunyai baju sukan gabungan
disebabkan tahun ini adalah tahun pertama sekolahnya mengambil bahagian dalam sukan
gabungan. Oleh itu, beliau menyeru guru-guru memasukkan dan mengaturkan murid-murid dalam
rumah sukan dengan betul dan teratur.
5.8 Semua sekolah diarahkan untuk memberi senarai nama peserta sukan gabungan kepada
pengelola.
5.9 Barisan guru telah memberi cadangan untuk menukarkan nama dan tema rumah sukan
kejohanan pada tahun ini.
6.0 Pengerusi mengatakan bahawa acara kumpulan harus diubhasuaikan dan sebanyak lima
permainan telah dibincangkan untuk kategori A,B dan C. Permainan kumpulannya adalah seperti
berikut:

Hole in One Kategori A


Bola Lantun Kategori B
Hantaran Kasih
Susun Tin Kategori C
Ayam Bertelur
6.1 Guru-guru diberi nasihat untuk membawa barang-barang yang diperlukan oleh murid masing-
masing.
6.2 Khemah diperlukan semasa kejohanan kerana satu kumpulan mempumyai 60 hingga 70 murid.
6.3 Pengerusi menyeru supaya semua sekolah memainkan peranan menjaga kebersihan tempat
kejohanan.
6.4 Pengerusi meminta jasa baik semua guru untuk meminta cuti peristiwa pada hari 21 April 2019
dan meminta kebenaran daripada PPD Segamat.
Masa Penangguhan Mesyuarat : 5:00 petang

Laporan disediakan oleh, Laporan disemak oleh,

....................................... ......................................
(KITHAN A/L RAJADRA) (EN.P.GOVINDASAMY)
SU Sukan SJK(T) Batu Anam GB SJK(T) Batu Anam

You might also like