You are on page 1of 19

[Type here]

MEMATUHI PERATURAN
PENGGUNAAN PERALATAN DAN
KESELAMATAN DI BENGKEL

KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL

NAMA : MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD YUSOFF


KURSUS : TEKNOLOGI KIMPALAN
[Type here]

1.0 PENGENALAN

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang
keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal, pensyarah akan
menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan
dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana kita akan
mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu kita bekerja maka
perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginkan berlaku.
Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini , perlukan
dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga
bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

2.0 TAKRIFAN KESELAMATAN

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keaadaan selamat ataupun terhindar


daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada
pengguna bagi menggelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan
dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety
andHealth Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat,
arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dan
kesihatan pekerja.
[Type here]

Keselamatan bengkel boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1) Keselamatan diri sendiri


2) Keselamatan alatan dan bahan
3) Keselamatan tempat kerja

3.0 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

1. Perlindu,gan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya ,maka kita
perlulah memakai alat perlindungan mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti
digulung hingga ke atas siku.
3. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila
bekerja dengan bahan kimia.
5. Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit
supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai
emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.

7. Sentiasa patuhi peraturan bengkel.


8. Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalambengkel.
9. Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.

10. Jangan bermain atau bergurausenda semasa berada di bengkel.

11. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.


12. Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.
[Type here]
[Type here]

4.0 KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum
murid boleh menggunakannya.

2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan
daripada cepat rosak.

3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu
projek.

4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai


penggunaannya.

5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati
piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.

6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.

7. Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

8. Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.

9. Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang alat-alat
tangan.

10. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan.

11. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada pensyarah dengan segera.
[Type here]
[Type here]

5.0 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI

Merujuk Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan kelengkapan


pelindung diri (PPD) ditafsirkan sebagai;

“apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang
sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada kesihatan
atau keselamatannya dan apa-apa aksesori tambahan yang direka bentuk untuk memenuhi
matlamat itu”

Peralatan perlindungan diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan


perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang sedang ditanganinya. Oleh
kerana ia merupakan benteng terakhir daripada bahaya, maka adalah penting
kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan penggunaan
yang berkesan. Peralatan mestilah mencukupi dan diperiksa secara berkala. Antara
peralatan perlindungan perlindungan diri yang digunakan ialah :

i. Pakaian dan sarung tangan keselamatan pakaian dan sarung tangan diperbuat
daripada bulu kambing, kulit, fabrik getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas
plumbum dan fabrik kapasberkait. Ia digunakan untuk melindungi daripada
hazard haba, haba kering dan api. Selain itu ia dapat melindungi daripada asid,
sinar gama, sinar x serta benda-benda tajam, kasar dan berat.
[Type here]

ii. Penutup telinga keselamatan Perlindungan telinga dipakai


dengan menutup keseluruhan cuping telinga atau lubang telinga tersumbat. Ia
bertujuan untuk mencegah hilang pendengaran. Terdapat dua jenis
penyumbat telinga iaitu penyumbat telinga yang mempunyai bentuk tetap
atau boleh dibentuk yang diperbuat daripada kapas berlilin, buih, kapas dan
gentian kaca.
[Type here]

iii. Pelindung mata keselamatan ‘Googles’ dan topeng keselamatan digunakan


khas untuk melindungi mata dan muka. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja
kimpalan gas yang sederhana. Ia sesuai dipakai oleh pekerja yang memakai
kaca mata. Pemilihan jenis KPP ini dibuat berdasarkan jenis dan darjah hazard
yang akan dilaksanakan serta mengambil kira keselesaan pemakai.
[Type here]

iv. Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat
daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam. Ia
digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard panas, hazard berat,
bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.
[Type here]

v. Topi keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kepala daripada


hazard seperti hazard hentakkan daripada objek yang keras, hazard
penembusan daripada objek tajam, hazard elektrik dan hazard impak yang
kurang kuat. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam operasi memadam
kebakaran.
[Type here]
[Type here]

6.0 ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api merupakan alatan yang penting yang perlu ada didalam sesebuah
bengkel. Tujuannya adalah untuk mencegah kebakaran diperingkat awal. Ianya
dikendalikan secara manual dan setiap pelajar dan pensyarah harus tahu
menggunakannya. Kebakaran mungkin terjadi akibat beberapa sebab yang tidak dapat
dielakkan seperti :

i. Kelalaian dan kurang pengetahuan tentang bahaya api seperti penyambungan


palam yang banyak pada satu soket dan meletakkan bahan yang mudah
terbakar dekat dengan api.
ii. Cuaca yang terlalu panas.
iii. Kebocoran pendawaian.
iv. Litar pintas.

Terdapat beberapa kelas pemadam api serta penggunaannya :

KELAS API PENERANGAN

A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang


bahan mudah bakar
B Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan
lain-lain.
C Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gasacetylene,
pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
D Memadam kebakaran logam seperti logam potassium,logam sodium,
logam kalsium dan logam magnesium.
E Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara
komersial.
[Type here]
[Type here]
[Type here]

7.0 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Setiap pelajar dan pensyarah haruslah mengetahui teknik-teknik pertolongan cemas


dengan betul agar sebarang kecederaan yang memerlukan rawatan segera dapat
dilakukan sebelum pelajar yang mengalami kecederaan mendapat rawatan lanjut
daripada hospital. Definisi pertolongan cemas ialah pertolongan segera yang diberikan
kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan
dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas adalah :

i. Menyelamatkan nyawa.
ii. Mengurangkan kesakitan.
iii. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
iv. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.
[Type here]

Terdapat beberapa teknik-teknik pertolangan cemas akibat kecederaan berikut :-

1) Luka/Pendarahan
i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga
pendarahan berhenti [darah membeku].
ii. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan
tekanan ke atas kawasan yang luka.
iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
iv. Tenangkan mangsa.
v. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
[Type here]

2) Terkejut
i. Baringkan mangsa.
ii. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga .
iii. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'.
iv. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan
kaki ditinggikan .
v. Selimutkan jika suhu badan menurun.
vi. Segera hantar ke hospital.

3) Terbakar
i. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
ii. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih.
iii. Baringkan mangsa.
iv. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar.
v. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar.
vi. Hantar segera ke hospital

4) Melecur
i. Sejukkan dengan air sejuk
ii. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian.
iii. Rawat seperti mangsa terbakar
[Type here]

5) Kejutan elektrik
i. Putuskan hubungan elektrik.
ii. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika pernafasan
mangsa terhenti.
iii. Rawat bagi terbakar jika ada.

You might also like