You are on page 1of 2

PERSATUAN PELAJAR AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA`ZIM. http://www.uthm.edu.my

Rujukan Kami: UTHM/PPA/1819 (01) (28)


Tarikh : 16 April 2019

KEPADA YANG BERKENAAN

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN BAGI JEMPUTAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH


SEKITAR PARLIMEN BATU PAHAT KE PROGRAM CIVILFEST 2019 ANJURAN
PERSATUAN PELAJAR AWAM FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pelajar Awam Fakulti Kejuruteraan Awam


dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program
tahunan fakulti seperti ketetapan berikut:

Program : Civil Fest 2019


Tarikh : 23 - 25 April 2019
Tempat : Sekitar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam
Sekitar, UTHM

3. Fokus utama program Civil Fest 2019 ini ialah pameran projek inovasi kejuruteraan
dan program keusahawanan yang mensasarkan penglibatan masyarakat terutamanya
pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran. Perlaksanaan program ini dilihat mampu
menjadi platform utama untuk pemindahan pengetahuan atau Knowledege Transfer
Programme diantara fakulti dan masyarakat agar dapat diaplikasikan sewal di peringkat
sekolah.

4. Disebabkan peruntukan keewangan yang amat terhad, pihak kami dengan rendah hati
memohon sumbangan/tajaan daripada pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
sama ada dalam bentuk wang tunai, makanan dan minuman atau barangan bagi menjayakan
program ini. Bersama-sama ini disertakan salinan kertas kerja yang telah diluluskan bagi
mendapatkan sumbangan ini sebagai rujukan pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/
Puan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Saudari Fatin
Nurfazira Binti Khasniman di talian 018 664 4608.

Segala keprihatinan dan sokongan sumbangan/tajaan daripada tuan/puan amat kami hargai
dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

Muhammad Ruzain Bin Hamidon


Pengarah Program Civil Fest 2019
Persatuan Pelajar Awam 2018/2019
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Disokong oleh;

Dr Emedya Murniwaty Binti Samsudin


Penasihat
Persatuan Pelajar Awam 2018/2019
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

You might also like