You are on page 1of 1

PENGGUNAAN KIT “TURN ON MOUNTAIN” (ToM) DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN PEMBUNDARAN NOMBOR KEPADA PULUH YANG


TERDEKAT DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA.

TING CHUN KEAT


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik Sekolah Rendah (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

BUSTAM BIN DAMAN


Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam


kemahiran pembundaran nombor kepada puluh yang terdekat dalam subjek
Matematik dalam kalangan murid Tahun 2 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan
untuk meningkatkan tahap keminatan murid Tahun 2 dalam topik pembundaran
nombor bulat dengan menggunakan kit “ToM” dan mengenal pasti peningkatan
pencapaian murid-murid serta kesan penggunaan kit “ToM” dalam meningkatkan
kemahiran pembundaran nombor bulat kepada puluh terdekat. Peserta kajian
dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan di mana keenam-enam
peserta kajian tersebut mempunyai masalah yang ketara dalam pembundaran
nombor kepada puluh terdekat berbanding dengan murid-murid yang lain. Lima
instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu transkripsi temu bual, soal selidik,
pemerhatian, analisis dokumen dan analisi ujian pra dan pos peserta kajian. Data-
data yang dikumpul telah dianalisis dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa perserta kajian lebih berminat dalam
pembundaran nombor selepas penggunaan kit “ToM”. Kajian ini mengaplikasikan
Model Kurt Lewin yang meliputi dua kitaran pelaksanaan intervensi. Hasil daripada
analisis yang dilakukan dalam kitaran 1, didapati bahawa peserta kajian dapat
mengurangkan kesalahan dalam latihan tetapi masih memerlukan bimbingan guru
manakala dapatan kitaran 2 menunjukkan peningkatan iaitu peserta kajian boleh
menjawab soalan pembundaran nombor tanpa bimbingan guru. Kesimpulannya,
keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa keminatan mereka dipertingkatkan
dan juga terdapat peningkatan pencapaian murid dalam kalangan murid Tahun 2
dengan penggunaan kit “ToM”.

Kata kunci: pembundaran nombor, ratus terdekat, peningkatan


keminatan, pencapaian

You might also like