You are on page 1of 1

BAHAGIAN C : Percutian Bersama Keluarga di Melaka.

Pada minggu lepas, saya dan keluarga saya telah pergi bercuti di Melaka. Pada pukul 11.00
pagi, kami telah bertolak menuju ke destinasi kami. Selepas dua jam, kami tiba di sana. Ayah
telah menempah sebuah hotel di "A' Famosa Resort".Kami ke bilik hotel lalu meletakkan
barang-barang kami ke dalam bilik.

Selepas makan tengah hari, kami telah ke Muzium Samudera. Muzium tersebut
dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan
8 meter lebar. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai
Melaka.

Kemudian, kami telah pergi ke Kota A 'Famosa. Kota A 'Famosa merupakan nama
kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Kami telah
mengambil sebuah gambar bersama-sama sebagai kenang - kenangan.

Hari keesokannya, kami telah menyaksikan "Red Indian Show". Sebuah pertunjukkan
api telah diadakan. Pada masa itu, kami boleh merasakan kepanasan api tersebut. Selepas
pertunjukan itu, kami telah pulang ke hotel untuk berehat.

Pada hari seterusnya, kami telah bertolak pulang. Kami telah tiba di rumah pada pukul
11.00 pagi. Saya berharap agar kami dapat melawat Melaka pada cuti sekolah yang akan
datang.

(189 Patah Perkataan)

You might also like