You are on page 1of 3

Devaki A/P Ravi,

SJK (T) Ladang Sungai Kelamah,


Jalan Tampin-Gemas,
73400 Gemas,
Negeri Sembilan.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,


Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
Jalan Dato' Hamzah,
Karung Berkunci No. 6,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 29 November 2018

Tuan,
RAYUAN SEMAKAN SEMULA PERTUKARAN GURU BAGI SESI JANUARI 2019
DARI DAERAH TAMPIN KE DAERAH SEREMBAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Permohonan saya bagi sesi Disember 2018 gagal. Oleh itu saya berharap agar permohonan
pertukaran saya dipertimbangkan untuk semakan semula dan seterusnya diluluskan bagi pertukaran
sesi Januari 2019 ke daerah Seremban dari daerah Tampin.

3. Berikut adalah butir-butir tentang diri saya dan permohonan saya :-

NAMA PENUH : DEVAKI A/P RAVI


NO.KAD PENGENALAN : 911031-05-5088
NO. PERMOHONAN : SECARA MANUAL
OPSYEN : MATEMATIK
PENGALAMAN MENGAJAR : 2 TAHUN 6 BULAN ( 2016 – 2018 )
PENGALAMAN SEKOLAH SEMASA : 2 TAHUN 6 BULAN ( 2016 – 2018 )
SEKOLAH SEMASA : SJK(T) LADANG SUNGAI KELAMAH
PPD SEMASA : PPD TAMPIN
PPD YANG DIMOHON : PPD SEREMBAN

4. Alasan-alasan utama dan munasabah saya sangat memerlukan pertukaran ini adalah
seperti berikut-:

4.1. Saya sudah berumahtangga pada 11 Mac 2016. Dalam masa 3 tahun ini saya
telah mengalami masalah keguguran sebanyak 3 kali. Dalam tempoh masalah
keguguran, saya juga terpaksa mengambil cuti sakit. Kali ke-3 ini doktor pakar
ovstetric & gynaecology Hospital Tunku Jaafar Seremban, menasihati saya
supaya mengelakkan perjalanan yang jauh disebabkan rahim saya tidak kuat.
Masalah itu merupakan punca utama berlaku keguguran. Beliau juga
mengatakan jika berlaku keguguran lagi, kemungkinan besar saya tidak
berpeluang lagi untuk mendapatkan cahaya mata kerana rahim saya terlalu
lemah. Saya terpaksa berulang-alik Nilai ke Gemas disebabkan temujanji
dengan doktor pakar untuk rawatan selanjutnya untuk menyihatkan badan
saya. Saya berkeinginan mendapatkan anak pertama dengan sokongan dan
kelulusan permohonan pertukaran saya ini.

1
4.2. saya menyewa rumah di Gemas dan tinggal berseorangan. Disebabkan saya
mengambil rawatan susulan saya selalu berulang alik dari Nilai ke Gemas. Saya
terpaksa bertolak dari rumah seawal 5.00 pagi. Ini mengugatkan keselamatan saya
kerana terpaksa menempuh jalan berselekoh/kawasan kemalangan teruk, gelap
dan hutan tebal yang merupakan laluan binatang. Tambahan, disebabkan tinggal
berseorangan, jikalau berlaku apa-apa masalah tiada orang yang dapat membantu
saya. (Ketika mengalami keguguran dan pendarahan yang teruk pada awal pagi
3.20pagi tiada siapa yang dapat membantu saya, saya sendiri menelefon suami saya
minta beliau membawa saya ke Hospital Besar Seremban. Bayangkan tempoh
masa selama dalam 4jam saat-saat yang meragut nyawa saya. Terpaksa menempoh
cabaran tersebut dengan keberkatan Tuhan. Masa yang panjang dengan kesakitan
dan pendarahan teruk terpaksa mendapatkan rawatan daripada doktor.)

4.3 Saya dan suami saya telah pun membeli rumah di Taman Warisan Villa, Nilai.
Besarlah harapan saya sekiranya dapat menduduki rumah tersebut bersama
dengan mak mertua dan ayah mertua yang usia tua. Kami memerlukan
penggunaan wang yang tinggi bagi kami sekeluarga kerana kami terpaksa
menanggung harga minyak yang semakin meningkat dan terpaksa membayar sewa
rumah kosnya terlalu tinggi. Kami juga membayar ansuran rumah sebanyak
RM3000 setiap bulan. Disebabkan saya menyewa rumah di Gemas, saya juga
terpaksa membayar sewa sebanyak RM450.00 setiap bulan. Membayar RM480.00
untuk ansuran kereta setiap bulan, perbelanjaan untuk petrol dalam lingkungan
RM500 sebulan dan duit tol lebih kurang RM200 setiap bulan menyebabkan
kekangan kewangan dan menyukarkan saya untuk memenuhi keperluan harian
saya.

4.4. Saya juga bimbang disebabkan saya dan suami saya hidup berasingan akan
menjejaskan hubungan kekeluargaan kami. Saya tidak mahu berlaku masalah
dalam hidup suami isteri disebabkan masalah cahaya mata dan hidup
bersendirian. Harap tuan memahami masalah rumahtangga saya.

4.5. Beri peluang kepada saya untuk LEBIH BERMOTIVASI DENGAN


SUASANA PERSEKITARAN YANG BAHARU AGAR SAYA LEBIH
BERSEMANGAT, BEBAS DARI TEKANAN UNTUK MENERUSKAN
PROFESION SEBAGAI GURU DENGAN IKHLAS DAN BERDEDIKASI.

4.6. Kesimpulannya saya sudah HILANG SEMANGAT DAN JIWA SAYA AMAT
TERTEKAN untuk terus berkhidmat di daerah Tampin secara tinggal
berseorangan. Jika masih tidak diberi peluang berpindah, saya bimbang
perkara ini akan menyebabkan prestasi kerja saya merosot dan memberi
impak negatif terhadap perkhidmatan saya pada masa akan datang.

5. Bersama ini saya lampirkan borang permohonan pertukaran saya dan dokumen serta surat-
surat sebagai bukti berkaitan rayuan yang saya kemukakan ini.

Kerjasama dan keprihatinan dari tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

2
Saya yang berharap,

(DEVAKI A/P RAVI)


No.Telefon : 014-6619631
Emel : devakiravi78@gmail.com

s.k :
1. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Negeri Sembilan
2. Pegawai Pendidikan, PPD Seremban
2. Pegawai Pendidikan, PPD Tampin

You might also like