You are on page 1of 126

TAJUK 1 Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan

1.1 Sinopsis

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini
lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani
aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual,
Seni Muzik dan Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti
dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.

Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi
kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi.
Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan
menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang
berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

1.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menyatakan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

1.2.2 Menjelaskan hubungan kanak-kanak dengan seni.


1.2.3 Menerangkan konsep asas Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan
dengan meneroka, mengalami dan mengekspresi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.2.4 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran
dalam bidang Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan yang
diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1
1.2.5 Bekerjasama dan menghargai hasil ciptaan individu dan kumpulan
melalui pelbagai aktiviti seni dalam bilik kuliah.
1.3 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk


keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan


melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada
pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek akan berlaku.

1.4 Konsep, latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan

Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa
mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Integrasi Seni Visual, Seni Muzik
dan Seni Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara
holistik. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri sesorang.

1.4.1 Teori pembelajaran yang menyokong Seni Dalam Pendidikan

(a) Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu


membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh
mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam
pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori
pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori
pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia

2
juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina
makna daripada pengalaman yang dilalui.

Konstruktivisme berbeza dengan pandangan behavioris yang melihat


pembelajaran lebih menekankan tentang pengaruh suasana terhadap
seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang
merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka
(Gery 1995). Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatan pelajar,
pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-
pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik
(Shuell 1996).

Ciri-ciri lain:
• Murid berpeluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.
• Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya.
• Berpusatkan murid.
• Hands-on dan minds-on.
• Pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir.
• Renungan kembali proses pembelajaran.
• Galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan
teori.
• Hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• Murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian.
• Perihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru.
• Murid selalunya bekerja secara kumpulan

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah


dan telah digunakan dalam bidang sosiologi, antropologi dan psikologi kognitif
serta pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu
Giambatista Vico, mengatakan … “one only knows something if one can explain
it” (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan
bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar
menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat
terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan
3
membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut
(Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian
Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson,
Dewey, Papert dan Confrey.

Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966),


melibatkan “belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya
dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah
yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan “progresivisme” dalam
pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951)
lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya
terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978)
dalam “Mind in Society” yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme
dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang
lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih
menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan
membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah
dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan
Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula
dalam pembelajaran Sains dan Matematik yang cuba menyemarakkan perspektif
konstruktivisme.

(b) Teori Kecerdasan Manusia

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa


terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya
disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di
sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap
kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung,
kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong
kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni Dalam
Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi

4
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan
berkesan.

Howard Gardne, (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan
digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan
yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan
menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid
kepada yang lebih kreatif. Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Intelligences) - diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa
manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences):
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud
secara semulajadi.

Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak


saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran
tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau
lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah
atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan
tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan
persekitaran.

5
MENGAPA TEORI HOWARD GARDNER PENTING DALAM SDP ?

Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut


JERI selaras dengan FPN
Menerima hakikat bahawa individu mempunyai
kecerdasan yang pelbagai

Membentuk kepelbagaian untuk menilai

Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi


penyelidikan dalam P&P

Meningkatkan kualiti diri dan motivasi diri

Meningkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan


seterusnya meningkatkan potensi diri.

(c) Teori Otak Kanan dan Otak Kiri

Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concep” yang mengkaji perkembangan


otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan
intuitif seseorang individu. Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak
kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat
berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu
yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-
individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak
kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi,
subjektif, sintesis dan abstrak.

6
Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif,
berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri
contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan
ialah ilmu Seni Muzik, Sastera dan Seni Visual. Walau bagaimanapun, terdapat
juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-
ilmu Sains, Fizik, Kimia, Astronomi dan Falsafah.

Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang


terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di
seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu
tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi
semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki
gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir
menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal.
Gaya berfikir seperti ini amat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik;
segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-
pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti
berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.

Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional.
Para pelajar tidak akan bebas berfikir, tidak mampu dan tidak berani melahirkan
idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik
oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah
fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima
ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah
berbentuk inovatif atau ‘improvement’ daripada idea-idea sebelum ini, bukan
berbentuk kreatif.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh
murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk
memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya
dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih
kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan

7
professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu perkembangan insan
secara seimbang dan menyeluruh.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam


Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.
Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupannya.
Dilahirkan pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau anak
pasangan Ser Piero da Vinci dan Caterina. Nama lengkapnya ialah Leonardo di
Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo Putera Ser Piero Dari kota Vinci.
Leonardo da Vinci adalah salah seorang pelukis zaman Renaisans di Itali. Beliau
dianggap tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagat sebagai
pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The
Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar bersama bapanya di Florence
dan merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Beliau anak murid kepada
pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466 dan kemudiannya menjadi
pelukis bebas di Florence. Beliau dikenali kerana banyak mencipta lukisan
design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya. Selain itu, beliau
turut memajukan ilmu anatomi, astronomi dan kejuruteraan awam. Leonardo
pada zamanya dianggap Seniman Gila kerana suka membongkar kuburan,
mengambil dan membedah mayat hampir busuk yang tidak dikenali, dan
membedahnya pada waktu malam semasa mempelajari lakaran anatomi.
Kadang kala beliau melakukannya di hospital yang memberi keizinan. Beliau
benar-benar ingin tahu organ-organ yang terdapat
dalam tubuh badan manusia dan cuba melakarnya
dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan
karya seni dan berbagai design yang menakjubkan
sebelum meninggal pada 2 Mei 1519. Einstein dan
Isaac Newton sehingga sekarang masih dianggap
tidak dapat menyamai kegeniusan atau kepintaran
Leonardo da Vinci.

1.5 Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti.

8
Seni Dalam Pendidikan melibatkan imaginasi, emosi dan ekspresi.

1.5.1 Peranan Imaginasi

Imaginasi bermaksud daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan


sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan.

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan:

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.


Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan
kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap
pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik
kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk
memperkenalkan konsep “lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka
bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-
kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep
tersebut.

Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam


kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah
selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru,
kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam
memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

1.5.2 Peranan Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan
geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis
iaitu:

9
(i) Seronok dan tenang
(ii) Kurang seronok dan cemas.
Menurut Mahmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami
oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.
Steq pula menyatakan seseorang yang memiliki IQ (Intelligence Quotient) dan
EQ (Emotional Quotient) yang tinggi, lebih mampu menguasai keadaan dan
merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

(i) Kecerdasan Emosi - Konsep IQ dan EQ


Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif
seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet
dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang masih digunakan
sehingga sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang
mempunyai IQ tinggi berjaya dalam kehidupan. Perkembangan pesat dalam
bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi
kecerdasan (EQ).
Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang.
Menurut Coleman (pakar Sains Otak dan Psikologi), peringkat terbaik IQ hanya
menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-
faktor lain.

(ii) Membina Emosi yang Sihat


 Guru yang penyayang dan ceria.
 Tahap EQ guru yang membina EQ murid.
 Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen,
benar dan sihat.
 Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan
ujian atau peperiksaan.
 Terdapat perhubungan yang rapat diantara EQ dengan tingkah
laku.
 Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala
sosial.
 Lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati.
 Lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.

10
(iii) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
 Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan
murid.
 Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru
murid.
 Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi
pengurusan.
 Menguasai kemahiran mengajar EQ.
 Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan
perasaan.
 Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan.
 Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.
 Ada unsur kecindan.
 Menggunakan unsur biografi untuk perkara yang berkaitan.
 Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap
interaksi.

1
1.5.3 Peranan Ekspresi
Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan,
pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam
Pendidikan memberi peluang murid membina keyakinan menajamkan persepsi,
meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Carta di bawah
menunjukkan bentuk ekspresi.

11
Bentuk ekspresi

Peranan Ekspresi

RUMUSAN

Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada
pengenalan Seni Dalam Pendidikan, matlamat, objektif dan hubungkaitannya

12
TAJUK 3 IRAMA , WARNA DAN RUANG

dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting


sebagai persiapan bakal guru. Di samping itu, anda juga didedahkan kepada
beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan
seni secara global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi
diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk
pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata pelajaran ini.

KANAK-KANAK DAN SENI - EN JOHAN. Bahan bermasalah

3.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan tentang tiga komponen seni iaitu irama , warna dan
ruang. Topik-topik kursus meliputi pengenalan secara terperinci, kesepaduan
irama, warna dan ruang dalam seni, aktiviti kreatif yang menggunakan irama,
warna dan ruang untuk ekspresi diri, penyampaian idea dan maklumat .

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk anda seharusnya dapat;


1. Menyatakan konsep irama , warna dan ruang dalam kehidupan seharian
anda.
2. Meneroka, mengalami dan menyatupadukan irama , warna dan ruang dalam
seni
3. Menjalankan aktiviti kreatif yang mengaplikasikan irama , warna dan ruang
secara bersepadu

13
4. Menjalankan aktiviti kreatif yang menggunakan irama , warna dan ruang
untuk tujuan ekspresi dan penyampaian idea serta maklumat

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KOMPONEN SENI

IRAMA WARNA RUANG

KESEPADUAN

AKTIVITI KREATIF

3.4 Kandungan
Pengenalan
Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang membentuk
keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama denyutan
jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan aktiviti
seharian anda dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita.

Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses pembelajaran


anda yang dapat membantu meluahkan pengetahuan asas seni. Contohnya
irama pergerakan hidup anda dan warna- warni yang dikaitkan dengan pelbagai
pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan anda. Manusia saling bersosial dan
bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan ruang , mereka
akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai estetika dan
kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan.

14
Tajuk ini bertujuan untuk membantu anda melihat kepentingan komponen seni
tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila komponen ini
disepadukan secara berkesan dalam aktiviti bilik darjah, pembelajaran akan
menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Komponen tersebut merupakan
alat yang berkesan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang konsep
disamping mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.

3.5 IRAMA

Apa sahaja dalam kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan irama. Contohnya
irama denyutan jantung, irama penafasan dan irama semasa berjalan. Irama
merujuk kepada sesuatu bunyi atau rentak berulang. Biasanya irama boleh
dinikmati apabila kita mendengar muzik. Ketika anda mendengar muzik, adakah
anda sedar bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang khusus?.Contohnya
bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi keretapi dan sebagainya. Kanak-kanak
juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk,
berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual,
irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan
sekata yang menampakkan pergerakan. Anda juga boleh bergerak dan menari
secara berirama di sekitar ruang.

Cuba anda lakukan aktiviti berikut:


DENGAR :
• Bunyi kenderaan

• Tepuk tangan

• Detik jam

• Kicauan burung

• Hujan

LIHAT :
• Susunan batu-bata

• Corak pada pagar


15
• Percikan air

• Corak tikar / permaidani

Anda akan melihat, mendengar, merasa dan menyentuh banyak perkara


berulang kali dalam kehidupan seharian. Contohnya anda dapat melihat corak
berulang pada sehelai kain atau semasa mendengar irama muzik. Malah dalam
kegiatan harian anda seperti berjalan, makan dan tidur juga merupakan suatu
corak irama. Ia menggambarkan gaya kehidupan yang dilalui sepanjang masa.

Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama, seperti semasa belajar


mengira, melukis corak dan melakukan aktiviti pergerakan. Irama dapat
mempertingkatkan tahap tumpuan, penglibatan diri secara bersemangat dan
seterusnya mempertingkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak
gembira apabila mereka bergerak mengikut irama. Ini akan menjana pergerakan
ekspresif apabila mereka bergerakbalas terhadap idea-idea yang boleh
dicontohi.

AKTIVITI

CUBA ANDA LAKUKAN AKTIVITI BERIKUT

1. Aktiviti Detik: Ekspresi Diri

• Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat.

• Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat?

• Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi

• Gambarkan secara visual denyutan nadi anda.

16
2. Aktiviti irama panjang dan pendek

• Sila berjalan 10 langkah ke hadapan

• Sekarang anda dikehendaki melompat sebanyak 10 kali

• Antara aktiviti - aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah


mengambil masa yang panjang?

• Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual.

3. Aktiviti corak berulang

• Pilih satu rupa, contohnya rupa bintang

• Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda

Tahukah anda apabila rupa berulang, anda akan menghasilkan corak?

• Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang
sama tetapi berlainan arah.

• Pilih rupa yang lain dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa
dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.

3.6 WARNA

17
Pengenalan
Warna merupakan unsur seni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan
Seni Visual. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna
tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya warna daun,
warna pelangi, warna bangunan dan sebagainya.
Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Warna memainkan peranan
penting dalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi.
Biasanya orang yang memakai pakaian yang berwarna terang menggambarkan
personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam
budaya masyarakat Cina, manakala warna hijau memberi kesan psikologi segar
dan tenang kepada emosi kita
Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud.
Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek.
Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif.
Bayangkan alam semula jadi tanpa warna!
Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-ciri dan
seterusnya tahu mengaplikasikan pengetahuan ini dalam Seni Dalam
Pendidikan. Contohnya mencampur warna dan menyapukan warna ke
permukaan sesuatu objek. Ini akan menghasilkan sesuatu ciptaan yang menarik
dan kreatif.
Marilah kita meneroka keindahan dan kehebatan kreativiti warna dalam
kehidupan seharian kita. Berikut disediakan beberapa aktiviti yang dapat
membantu anda memahami warna agar peranan anda sebagai guru lebih
bermakna dan kreatif.

AKTIVITI
• Perhati :dan
SILA BUAT CATATAN
senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah

• Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya

WARNA
Bilik Darjah Tepi Pantai

18
• Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di
dalam bilik darjah

• Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna dalam bilk darjah agar


suasana lebih menarik untuk belajar

Latihan amali
Anda dikehendaki menggunakan cat air untuk meneroka dan mendapat hasil
campuran warna melalui eksperimen.
• Cuba anda mulakan dengan warna asas

Campur: Merah + biru = ----------------------


Merah + Kuning = -----------------------
Biru + Kuning = -----------------------

• Campuran warna-warna asas itu akan menghasilkan warna sekunder

Sekarang cuba anda meneroka campuran warna sekunder dengan warna asas
untuk menghasilkan warna tertier pula
Campur : Unggu + Merah = -------------------------
Jingga + Kuning = -------------------------
Hijau + Biru = -------------------------

• Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna
dengan objek, emosi ,muzik dan pegerakan.

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan maklumbalas anda pada
tempat kosong yang disediakan

WARNA OBJEK EMOSI MUD MUZIK PERGERAKAN


MERAH Api Marah Pantas dan Menghentak
kuat kaki
BIRU
HIJAU
KUNING
19
HITAM
PERANG

Interpretas
i
anda

Selepas anda meneroka warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, hasilkan


refleksi tentang peranan warna dalam kehidupan anda.

3.7 RUANG
Pengenalan
Semua pergerakan kita adalah di dalam ruang. Ruang ada di sekeliling kita
contohnya di dalam bilik darjah, di padang, di dalam kereta dan juga pada
sekeping kertas yang kosong. Dengan itu kita mesti memahami bagaimana
untuk bergerak di dalam ruang dengan selamat dan mahir. Apabila kita
memahami konsep ruang, kita akan lebih peka tentang pergerakan kita.

Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama


semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan,
dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat
dan meningkatkan potensi serta keseronokan mereka. Mereka akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas
dengan irama yang dimainkan.

Menurut Howard Gardner dalam teori Kecerdasan Manusia (1983), kecerdasan


ruang melibatkan kebolehan melihat dunia ”visual spatial” dengan lebih tepat.
Kecerdasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan,
rupa, bentuk, ruang dan perkaitan diantaranya. Sebagaimana seorang arkitek
menunjukkan kecerdasan ruang dalam rekacipta bangunan begitu juga seorang

20
guru menunjukkan kecerdasan ruang dalam kemahiran pedagogi dan
pengurusan.
Bilik darjah perlulah disusun dengan menarik dan berkesan agar pergerakan
guru dan pelajar selamat. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
afektif.
Kanak-kanak di sekolah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi
kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan
dapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksperimen dan
mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan
perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak
boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

AKTIVITI
Mari kita cuba memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik darjah
melalui aktiviti-aktiviti berikut

I. Tempat ku di dalam ruang

• Anda dan rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan

• Letakkan tangan anda di atas riba

• Teroka ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan,


ke belakang dan ke atas.

• Berdiri dalam bulatan . Ulangi aktiviti-aktiviti di atas.

• Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda duduk dan berdiri

• Ulangi latihan itu dengan iringan muzik

• Sekarang bergerak mengikut irama muzik dan ruang di sekeliling anda

• Luahkan pengalaman pergerakan anda itu dengan melukis garisan

21
II. Membuat bentuk dengan anggota badan anda
• Berdiri tegak dan buat bentuk dengan badan anda, contohnya regangkan
tangan anda ke atas seperti bentuk Y.

• Ulangi aktiviti ini dengan membuat bentuk-bentuk lain pada aras yang
berbeza, tinggi, sederhana dan rendah

• Ulangi aktiviti tersebut dengan iringan muzik sambil meregangkan diri


anda mengikut irama muzik

Adakah aktiviti ini menyeronokkan?


• Anda boleh mengesan keindahan ciptaan bentuk yang anda lakukan
dengan

iringan muzik dan pergerakan menggunakan kamera atau membuat


lakaran.

1. Ekspresi pergerakan dalam ruang


• Alat bantu mengajar:

Pilih gambar- contohnya ladang ternakan


• Perhatikan gambar tersebut dan nyatakan apa yang anda lihat
berpandukan

arahan berikut:

• Tiru aksi-aksi haiwan yang terdapat dalam gambar.


• Perhatikan bentuk dan corak yang anda tiru.
• Luahkan corak-corak ini dalam bentuk lukisan.
• Dengan iringan lagu contohnya ” Old Mac Donald Had a Farm”
lakukan pergerakan berirama dan bunyi haiwan itu secara aktif
sambil menyanyi.

Tulis satu refleksi ringkas pengalaman pembelajaran anda melalui


aktiviti tadi
22
RUMUSAN
Tajuk ini membantu anda memahami ketiga-tiga komponen seni tentang
irama,warna dan ruang dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini
bertujuan meningkatkan kefahaman anda. Melalui komponen-komponen asas ini
dapat meningkatkan kreativiti anda di samping menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Herbert Edward Read


Nama penuh : Herbert Edward Read
Tarikh Lahir : 4 Disember 1893
Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.
Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan
Sastera.
Bangsa : Inggeris
Meninggal dunia : 12 Jun 1968

Sejarah awal Read dalam bidang seni


• Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.
• Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan
Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.
• Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.
• Menjadi seorang professor Seni Halus di University of Edinburgh (1931 –
1933).
• Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada
1936 dan editor majalah Surrealism.

Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada


zaman 1920an-1930an di UK

• Peranan National Society of Art Masters (NSAM) dan Art Teacher Guild (ATG)
• NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi
akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.

23
• ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan
Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti
berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti dan kespontanan.
• Mengikut Frank Cizek setiap kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri dan
patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.
• Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan
menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti dan kespontanan kanak-kanak
pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu
melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun dalam pendidikan yang berfokuskan
intelek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read
menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya
dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan
seni advant gard.
• Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan kaya dan
golongan petani. Seni menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus
mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang
secara kolektif akan membawa kepada kehendak sosial masyarakat. Read
menulis tentang “Pendidikan Melalui Seni”. Persamaan simbol dan imej
universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan
seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak


• Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan
pertamanya, semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-
garde.
• Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang
penting; hujah mengenai intisari ‘pra-logikal’ dalam kreativiti avant-garde
boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni
purba dan lukisan kanak-kanak.
• Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat
selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli
Psykologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan
meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read

24
membantahkan sistem Pendidikan Seni yang merupakan replikasi kepada
realiti. Menurut Read yang lebih penting adalah untuk mengeluarkan saranan
baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada.
• Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada
masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan
teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat
perjuangannya terhadap avant-garde.

Bincangkan bagaimanakah pengalaman persekitaran dan sosial


budaya seseorang kanak-kanak itu dapat membantu perkembangan
lukisan mereka? ( 60 minit
)

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah


Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah
kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang
asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu
untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.

"Art is an attempt to create pleasing forms"

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

• Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara


yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan

25
persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolic lukisan-kanak-kanak
berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak
• Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan
dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti,
dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-
garde orang dewasa.
• Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak
terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan
avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap
individu
• Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis
bagi maksud yang tersirat.

26
Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Berdasarkan tiga lukisan kanak-kanak di atas nyatakan kenapa


kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul)
dengan yang sebenar.
( 60 minit )

Cuba anda fahamkan pandangan Vicktor Lowenfeld mengenai peringkat


perkembangan artistik kanak-kanak .
VIKTOR LOWENFELD
• Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan
pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat
perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak.

27
• Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi
peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic,
dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent
art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan
keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik.
• Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi
fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke
perkembangan yang sihat dan menyeluruh.
• Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan
melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran
berlaku secar serentak.
• Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai
akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak,
pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran.
• Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar
belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan
kanak-kanak

Peringkat Scribbling
(2-4 tahun)
• Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal
• Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan
koordinasi otot motor tangan.
• Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan
badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis
garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preschematic
(4 - 7 tahun)
• Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan
menggunakan garisan
28
• Contoh :
Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan
mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung
dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic
(7 - 9 tahun)
• Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding
pada peringkat awal tadi.
• Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek
diualang-ulangkan dengan cara yang sama.
• Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej
selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.
• Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan
ruang pada kertas
lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.
• Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan
sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.
• Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala
besar.
• Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan
yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Peringkat Drawing Realism / The Gang Age


(9 - 12 tahun)
• Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu
• Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara
realistik dan teliti dengan butir-butiran.
• Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri

29
• Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini
menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik
beratkan kualiti karya yang dihasilkan

Peringkat Pseudonaturalistic / Reasoning


(12 - 14 tahun)
• Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan
lukisan
• Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej
• Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek
di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi
• Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya
dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang
dihasilkan tidak menarik

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School


(14 - 17 tahun)
• Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses
penghasilan karya seni dan penciptaan objek
• Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan
dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Cuba anda buat catatan ringkas mengenai ciri-ciri lukisan


kanak-kanak mengikut enam peringkat umur berdasarkan
kajian yang dibuat oleh Vicktor Lowenfeld. ( 60
minit )

Peringkat Umur Ciri-Ciri Lukisan


2 – 4 tahun
4 – 7 tahun
7 – 9 tahun
9 – 12 tahun
12 – 14 tahun
14 – 17 tahun

30
Contengan Tidak Terkawal
(20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir
Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam

31
Lukisan Kanak-kanak Usia 7- 9 tahun oleh Nur Aliffah Shazelee

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff

32
Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin
Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

1. Nyatakan dua sebab yang menyekat proses


perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Vicktor
Lowenfeld.

2. Bincangkan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat


membantu perkembangan kreativiti dan artistik murid
tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah.
( 60
minit )

LAURA H. CHAPMAN

Sumber : The Department of Art Education, The College of the Arts, The Ohio State University
http://arted.osu.edu/departmentNews/?q=node/47

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang


Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah
serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah-
sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program-
program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State
University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman


Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)

33
Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu
memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah
diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai
corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang
ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke
representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:
• Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam
peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan
perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal
pertumbuhan.
• Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang
perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan
krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak
daripada berus dan warna.
• Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat
perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua
peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat
perkembangan sahaja.

Tahap Perkembangan Kreativiti

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art


Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian
dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun
dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh
penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh
Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.
Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan
objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi


menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

34
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan
tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru
dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya
diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan
karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)


Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan
kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh
pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau
dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan
karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses
pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi
mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)


Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada
pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus
menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang
juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan
tertentu.
Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa
yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu
dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu
membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui
demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai
makna dan nilai tersendiri.
(Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM )
Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap
pelajaran yang mengikut lankah berikut:
1. Pemerhatian

35
2. Penerokaan

3. Penghasilan

4. Apresiasi

Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang


disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR
Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti
kelas untuk tujuan berikut
1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa
yang singkat.
2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti
3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya
dengan tertib kerja dan tata cara berkerja.
4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.

Cuba anda buat perbandingan secara terperinci peringkat-


peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut
pandangan Herbert Read,Vicktor Lowenfeld dan Laura H.
Chapman. ( 60
minit )

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman


Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu:
1. Pewujudan idea
2. Perkembangan dan penghalusan idea

Bincangkan tahap perkembangan kreativiti (Proses Artistik)


lukisan kanak-kanak menurut pandangan Laura H. Chapman.
( 60 minit )

Rumusan:
Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan latarbelakang teori
perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan
pengkaji lukisan kanak-kanak.Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak
melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya
36
mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita
mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka.
Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti
untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi
pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka
dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

Latihan 1.1
Kumpulkan lukisan kanak-kanak tahap satu dan tahap dua dari sekolah
anda. Huraikan ciri-ciri lukisan tersebut. Adakah lukisan yang menunjukkan
ciri seperti yang dinyatakan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain. Terangkan,
dengan contoh lukisan tersebut, faktor-faktor yang memberi kesan kepada
lukisan kanak-kanak tersebut. Sebagai seorang guru pendididikan seni
visual, jelaskan dengan sokongan rujukan, bagaimana anda dapat
memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, intellek dan estetik untuk
menggalakkan lukisan murid tahap satu dan tahap dua. Dengan rujukan
kepada Lowenfeld dan Brittain, beri tumpuan anda kepada tema/kandungan,
alat dan bahan, olahan ruang. Cuba hubungkaitkan tumpuan anda dengan
faktor budaya, sosial dan persekitaran. Bincangkan bagaimana anda
menghadapi cabaran yang anda temui disekolah.
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................

37
.......................................................................................................................
..................................
( 60 minit )
Latihan 1.2
Reka satu aktiviti untuk murid membuat pemerhatian secara aktif dalam
masa yang sengkat bagi sesi Menggambar. Nyatakan pertimbangan-
pertimbangan yang diperlukan untuk reka bentuk aktiviti tersebut.

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Peringkat Perkembangan


Lukisan Kanak-Kanak dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut
terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan
rakan-rakan.
( 1
jam )
Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan
satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat
tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

TAJUK 4 Deria dan Seni

SINOPSIS
Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan
Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti

38
apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan
mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri
daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria
2. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
3. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada
penggunaan kemahiran deria.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perkembangan
Kepekaan Deria Kanak-Kanak

Lima Deria :-
Sentuh, Dengar, Lihat, Rasa dan Hidu

Kepentingan Kepekaan Deria ;


Aspek Fizikal, Aspek Emosi dan Aspek Sosial

Pengabungjalinan
Aktiviti kepada Kepekaan Deria

KANDUNGAN ISI
PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir


hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk

39
itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan
lagi perkembangan diri setiap individu.

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria


semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak
telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal
objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan
pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika
berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan
kepekaan derianya.

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini
merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu
naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan
menggunakan deria.

Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan


persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat
pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

1.Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek
perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak
sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat
melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar
akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.
Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang
berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar
(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai
suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat
mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau
jauh.

40
Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,
kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak
akan berasa selamat.

1.Dengar
Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini lebih
tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni
visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia
melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka akan cuba
mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang pergerakan,
pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat
atau lambat.

2.Lihat
Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat
mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang
buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran
berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.
Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan
seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni
visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang
iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat .

3. Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria
ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi
bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada
rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu
dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi
gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung
mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang
menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut
pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan
41
perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat
sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya
akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud
muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan
apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan
pergerakan.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:


(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran.

(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur
kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.

4.Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara
semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan
unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a) Kebolehan Mental Pelajar

Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran


optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

(b) Pendekatan Pengajaran


Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya
untuk membentuk penanggapan yang baik.
Antaranya ialah:
(i) Pendekatan Inkuiri Penemuan
Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi
penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara
mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan
sebagai pemberi jawapan yang sebenar.
(ii) Pendekatan Resepsi
42
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung
dengan bergantung kepada pelajar.
(iii) Pendekatan Deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep
dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep
tersebut.

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA


Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu
persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,
pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit
akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitarannya

Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang
mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak,
yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk
menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha
untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni
Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru
Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang
lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah
cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

43
Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan
tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas
harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga
perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti
sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap
pengutaraan tampak kanak-kanak.

Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting


kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak.
Antaranya ialah:

(a) Aspek Fizikal


(i) Cahaya

Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula
jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat
menerangi ruang bilik darjah.

(ii) Peredaran Udara


Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk
menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

(iii) Stor
Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja
murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.

(iv) Panel dan Rak Pameran


Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk
tujuan mempamerkan hasil kerja murid.

(v) Perabot
Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai
dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan
jumlah murid.

44
(vi) Kemudahan Asas
Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang
sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.

(b) Aspek Emosi

(i) Hiasan Dalaman


Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah
dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta
menggalakkan lagi interaksi pelajar.

(ii) Ruang

Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah
dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan
kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

(iii) Peragaan Hasil Kerja


Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan
hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan
pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(a) Aspek Sosial


(i) Interaksi Murid
Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang
disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid-
murid serta interaksi antara murid dan guru.

(ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan


Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat
dijalankan dengan berkesan.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya


seperti:

45
• Unsur Seni

• Menggambar/Melukis

• Warna

• Lukisan Alam Semula Jadi

• Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi


perhatian sewajarnya:
• Keselamatan

• Kebersihan

• Susunan perabot

• Pameran hasil kerja

• Kelengkapan bilik seni

• Pengagihan tugas

• Pengumpulan alat/bahan

• Jadual waktu penggunaan bilik seni

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan


memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses


Pengajaran dan Pembelajaran, ialah:
(a) Jangkaan

(b) Hubungan latar depan dan belakang

(c) Penumpuan

(d) Tempoh masa

(e) Tugasan jelas

46
(f) Pengalaman

(g) Susunan objek

Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat
iaitu:
(a) Daya Intuisi

Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

(b) Persepsi
Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu
terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan
proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ
deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak
anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang
wanita atau bunga.
Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah

dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan

dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini

dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang

individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi

ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:

(i) Jangkaan

(ii) Hubungan latar depan dan belakang

(iii) Penumpuan

(a) Imaginasi

47
Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di
dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau
bayangan.

(b) Konsepsi Pelajar

Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk


menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan
yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan
sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada
maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya,
konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-
ciri berikut:

(i) Berkulit keras

(ii) Hidup di air atau di darat

(iii) Menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni


visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan
mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang
disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi
empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk
dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat
sesuatu dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek
estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid
dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan
mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai
hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan
dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

48
AKTIVITI

Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni
dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk memastikan
kefahaman tentang seni itu meningkat.

Jadual 1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

Jadual 1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh

Masa
EKSPRESI
Deria MELALUI
SENI Subuh Tengahari Malam

Sentuh
(Apa yang
anda sentuh)

Seni Visual Gambar Gambar Gambar


(lukis macam macam macam
gambar) biasa, biasa, idea biasa, idea
terdapat kurang banyak
banyak idea

Muzik Corak irama Corak irama Corak irama


(Cipta irama yang yang segar yang lembut
yang menyegarkan
berbeza)

Pergerakan Pergerakan Pergerakan Pergerakan


(Aras: Tinggi, aras aras tinggi yang rendah
sederhana sederhana dan ruang ruang yang
dan rendah) dan ruang yang jauh dekat
yang dekat atau luas

Huraian Aktiviti di atas:

Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak
mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan
49
perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan
banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah
hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya tumpuan.

Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-
bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal
pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya
menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march.
Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk
tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan
sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu
yang mempunyai mud yang lembut.

Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan
adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan
masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa
yang aktif.

Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi


pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan
seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai


kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.
Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan
penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu
pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.

50
Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu
seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna,
mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan
sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat
saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

Ciri-ciri Penggabungjalinan

Beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti


berikut:

(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu


kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan


kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna
dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar
serta lebih berkesan.
Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua
kategori iaitu:

(i) Kemahiran Fokus

Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam


objektif pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Kemahiran Sampingan

Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan


kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan
kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan
menarik.

51
(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan
secara bersepadu dan menyeluruh.
(i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan
kemahiran-kemahiran seperti berikut:
Kemahiran belajar untuk belajar
Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk,
membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan
sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

• Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis


Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang
berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga
membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari
jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran
kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan
cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan
membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru.

• Kemahiran pelbagai kecerdasan

Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan


lapan kecerdasan yang pelbagai:

• Kecerdasan bahasa

• Kecerdasan logik-matematik

• Kecerdasan muzik

• Kecerdasan ruang

• Kecerdasan kinestetik

• Kecerdasan interpersonal

• Kecerdasan intrapersonal
52
• Kecerdasan naturalistik

Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar


berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang
dan harmonis.

Kemahiran generik

Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam


penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan
aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk
menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis
maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan
memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat.

Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang
cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping
mengekalkan budaya dan etika yang baik.

(ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran


Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran terlaksana.

Antara kebaikan tersebut ialah:


Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata
pelajaran lain.

Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu


penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu


dalam kehidupan.

Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang


53
menarik dan mengelakkan kebosanan.

Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara


seimbang, harmonis dan bersepadu.

Rumusan

• Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap


perkembangannya.

• Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat


mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan
perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika.

• Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak


langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan
mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap
bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

MMMMMMM

54
TAJUK 2 KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

2.1 Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang huraian konsep-konsep kreativiti,


estetika,
ekspresi visual kanak-kanak dari beberapa tokoh dan pengkaji lukisan kanak-
kanak. Perhatian diberi kepada aspek kajian kepada konsep-konsep yang
diketengahkan.

2.2 Hasil Pembelajaran


1.2.1 Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual
1.2.2 Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang
menghalang kreativiti kanak-kanak
1.2.3 Menjelaskan kepentingan proses kreativiti dan artistik
1.2.4 Membandingkan pendapat beberap tokoh tentang kreativiti, estetika dan
ekspresi

2.3 Kerangka konsep tajuk modul ini.

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

PROSES
KOH KONSEP KONSEP KREATIVITI
KONSEP
ESTETIKA EKSPRESI DAN TOKOH-
KREATIVITI VISUAL
ESTETIKA ARTISTIK TOKOH
KREATIVIT

55
2.4 Kandungan

Pengenalan

Tajuk Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual merupakan kesinambungan dari


tajuk 6 Imaginasi dan Kreativiti kanak-Kanak. Semasa sesi interaksi
bersemuka, anda telah didedahkan dengan pelbagai ragam gaya lukisan kanak-
kanak merangkumi ciri lukisan kanak-kanak, watak-watak dan gaya bahasa
kanak-kanak menerusi analisis lukisan yang telah anda laksanakan. Apa yang
anda perolehi itu kesemuanya adalah petunjuk kepada ekspresi visual kanak-
kanak berdasarkan imaginasi serta daya kreativiti kanak-kanak. Hasil lukisan
kanak-kanak itu mempunyai nilai estetiknya tersendiri. Kesinambungan daripada
tajuk itu kita akan menumpu secara lebih spesifik kepada konsep seperti
kreativiti, estetika dan ekspresi visual seperti yang dinyatakan.

Kreativiti

(Senario Guru di Sekolah Pendalaman) :


Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri
Sabah, guru menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan
semasa menjalankan kelas seni . Ini berikutan kesukaran guru mendapatkan
sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah agak jauh dari pekan.
Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul
helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah.
Merujuk kepada senario di atas, adakah anda pernah mengambil tindakan yang
serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah kita mengatakan guru
berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati
pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda
mengatakan pelajar anda pelajar yang kreatif ?
Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang
bermaksud “membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare”
bermaksud “memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti
melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala
pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu

56
pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta
pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat
mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang
sebelumnya.

Jika anda boleh mendefinisikan kreatif dengan cara metafora, apa


yang boleh anda kata dan mengapa ?

Contoh : Kreativiti seperti kucing mengejar ekornya.

Dalam tindakan kita mencipta atau menyelesaikan masalah cara


kreatif kita sering memusing keliling seperti dalam bulatan yang
tiada penghujungnya bagi mendapatkan idea. Kadang kala
jawapan atau penyelesaian itu betul sebelum kita sedar tapi
sayang kita tidak melihatnya. Jadi untuk mendapatkan
penyelesaian, himpunkan cebisan-cebisan yang tertinggal,
selesaikan masalah. Apa yang perlu, kita harus melihat sesuatu
yang sering kita lihat itu dengan cara baru dan berlainan.

http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/define.htm-
Dikeluarkan pada 28/8/09

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud


berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang
menyelesaikan masalah. Kathy Goff, dalam.
http://www.creativitycentre.com/Ret.2001, mengatakan pemikiran kreatif itu
melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea baru. Ia adalah gaya hidup,

Kreativiti pada dasarnya ialah satu bentuk penyelesaian masalah. Tapi ia


adalah sejenis penyelesaian masalah yang istemewa – suatu yang
melibatkan masalah yang mana tiada jawapan mudah : iaitu masalah yang
popular atau biasa tapi sukar untuk diselesaikan. Kreativiti melibatkan
penyesuaian dan kemudahlenturan/fkelsibeliti pemikiran. Inilah satu-
satunya kemahiran yang banyak dalam laporan pendidikan.(Contoh :
Laporan Carnegie 1986) yang dicadangkan
57 dan kritikal bagi pelajar.
Sumber :
http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html-
Dikeluarkan pada 28/8/09
sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan cara kita berinteraksi dengan
sesuatu. Dalam sebuah laporan 'All our futures: Creativity,
Culture and Education', the National Advisory Committee's report (DfEE, 1999).

Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ; pertama yang melibatkan


pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif
(penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.
Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai
yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan
bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi
peluang.

Aktiviti 1 :

Beri satu contoh anda berfikir di luar kotak bila mana sesuatu masalah
tidak dapat diselesaikan di bilik darjah ?
( 30 minit )

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait


dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah
yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir
diluar kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran
berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan
tertentu.

“Creativity has been considered in terms of process, product or person (Barron


and Harrington, 1981) and has been defined as the interpersonal and intrapersonal
process by means of which original, high quality, and genuinely significant products
are developed”.
Aktiviti dari
Dipetik 2:
sumber :http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html-

David Peat – Creativity and Education dalam http://www.paricenter.com


/library/paper/peat19.php, mengatakan :

“ I would argue that there can be no program, no system of training or education for
creativity. Whatever definition or boundry we draw around it, something else that is totally
creative will emerge in a different place. Creativity is not a skill, it is not a sort of muscle of
the brain, or a technology of the mind. Creativity makes use of knowledge and skill but that
is not where its roots lie”.
58
Uji pemikiran kreatif anda, cuba sambungkan kesemua sembilan titik
hitam yang terdapat dalam rajah di bawah ini dengan tidak melebihi
empat garis lurus tanpa mengangkat pensil.
( 30 minit )

Setelah anda menyambung titik tersebut , adakah anda menyedari tindakan


kreatif anda itu? Tahukah anda apakah ciri-ciri individu kreatif tersebut ?

Berikut adalah antara ciri-ciri individu kreatif.

59
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan
Bersifat fleksibel
dirinya dalam apa-apa keadaan.

Sensitif dan peka Sensitif menggunakan deria dan alam sekeliling

Cetusan idea yang asli , membuat kerja mengikut


Idea asli / Tulen
cetusan rasa bukan cedokan.

Mengambil perhatian, membuat pertimbangan,


Bersifat terbuka
menganalisis, menerima pandangan dan pendapat
orang lain.

Logik Berfikir secara logik dan rasional.

Berfikiran bebas Mempunyai daya fikir yang tidak terkongkong

Bandingkan idea / pandangan pakar-pakar berikut mengenai kreativiti ;

E. Paul Pencipta kepada “Torrence Test of Creative Thinking” iaitu satu


Torrance kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti
seseorang.
Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan
kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan,
Pemerhatian, Percubaan,
Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain

June King Melihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi


McFee melahirkan satu idea yang baru.

Carl Rogers Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada
menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman,
menikmati keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan
kebebasan

Victor Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.


Lowenfeld Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui
empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan
kepekaan

60
Guilford Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180
kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi,
kandungan dan hasilan
http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography

Alexander Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak


Osborne mengutarakan model-model pemikiran produktif. Menganjurkan
sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui
model CPS. Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan,
mengecilkan, membanyakkan,
mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan. Kaedah
kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan lebih terperinci
dalam kursus yang akan datang

Aktiviti 3 :

Pada pandangan anda apakah yang menjadi penghalang kepada


kreativiti kanak-kanak ?
( 30 minit
)

Meransang Kreativiti
Cuba anda ikuti keterangan di bawah : Antara strategi yang dapat dilakukan
untuk merangsang ke arah pemikiran kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran
Strategi Pertama.
(Brainstorming). John Baer (1997) menggariskan 4 panduan utama semasa
Elakkan daripada membuat penilaian awal terhadap pemikiran murid-
murid semasa
menjalankan proses awal
sesi sumbangsaran sumbangsaran.
. Cuba Tindakan
anda teliti 4 strategi di bawahini
ini. boleh
membantutkan keyakinan dan usaha murid-murid untuk menyalurkan
idea-idea kreatif mereka.
Strategi Kedua.
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana, apabila idea dan
saranan dihakimi oleh individu atau kumpulan ianya akan menerbitkan perasaan
ego maka kerjasama dalam kalangan murid akan berkurang. Sekiranya keadaan
sebegini berlaku, biasanya akan wujud suasana tegang dalam kalangan murid
kerana mereka akan cuba mempertahankan idea mereka dan secara tidak
langsung akan berlaku kesukaran pada guru untuk memperbaiki idea
tersebut.
Strategi Ketiga.
Main peranan sebagai guru untuk menjelaskan kepada murid-murid
bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan meniru cara
yang telah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses
seterusnya.
Strategi Keempat. 61
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa daripada murid walau
pun terkeluar idea yang tidak masuk akal. Galakan sebegini dapat
merangsang murid berfikir di luar daripada kemampuan. Ini supaya murid
dapat melahirkan idea yang menarik, jika tidak, idea hanya bersifat
Aktiviti 4 :

Pada fikiran anda apakah bentuk ransangan yang boleh anda lakukan
untuk murid-murid anda di sekolah, khasnya murid-murid di tahap 1
dan 2?
( 30 minit
)

Fisher,R(2006) soalan untuk merangsang kreativiti boleh dirangkum dalam


kumpulan huruf CREATE seperti:
Combine/Connect Terangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan
Rearrange rujukan ini dalam merangsang kreativiti kanak-kanak
Eleminate semasa membuat corak.
Adapt
Try another use
Extend
Sumber:http//www.teach thinking.net

Proses Kreativiti dan Artistik

Seperkara yang sangat signifikan dalam konteks pembelajaran seni,


khususnya dalam aktiviti melukis ialah “proses artistik”. Proses artistik ialah
proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru
pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea
(proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka.
Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978),
menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang
hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga
menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah
dari segi kaedah dan tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya
melalui tiga langkah seperti di bawah :
62
I Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan
Penjanaan Idea hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung
(Inception of Idea) kepada idea / sumber idea yang datang kepada
pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil
masa yang agak lama.

II Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini


Pengolahan/Pemurnian Idea dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan
(Elaboration & Refinement) benar-benar menepati tema atau tujuan dan
untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini
biasanya diulang beberapa kali.

III Pengkarya menentukan bahan yang sesuai


Kemahiran Mengguna Bahan untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi
(Execution in a Medium) kesan kepada hasilan karya dan jangkamasa
menyiapkan karya.
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses
artistik adalah merujuk kepada aturan berikut :

1 Pemerhatian
2 Penerokaan
3 Penghasilan
4 Apresiasi

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik


umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah
kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui
satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka, menganalisa,
menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian menghargai hasil kerja
seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman
mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada sesebuah karya.

Aktiviti 5 :
63
Perlukah anda membimbing pelajar anda dalam menjana idea?
Mengapa ? Bincangkan bersama rakan anda. Beri contoh
bagaimana guru memudahcara supaya murid dapat menjana idea.
( 60
minit )

i) Rakan A :______________________________________________________
ii) Rakan B : _____________________________________________________
iii) Rakan C : _____________________________________________________

Konsep Estetika

Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk
kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering
dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya.
Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam
Bahasa Inggeris disebut beautiful. Mampukah untuk kita mengukur keindahan
atau kecantikan itu ?. Cuba anda amati hasil karya di bawah :

64
Reformasi Series 1999 – Karya Catan Lukisan Dayang Ai Bt Hamzah
Zulkifli Yusoff . Umur : 6 Tahun/2009
Sumber: The Art Gallery Penang Sumber : Tadika Sri Murni IPGM Kampus
Tawau

Sumber : Student Art Gallery


http://azarted.org/gallery.asp.dikeluarkan pada.26/07/08

Aktiviti 6 :

Berdasarkan pengamatan anda kepada empat hasil karya di atas,


cuba jawab soalan di bawah.
( 60
minit )

i) Pada pandangan anda karya manakah yang lebih menarik ?


ii) Adakah karya itu mempunyai nilai estetika?
iii) Beri justifikasi kepada jawapan anda.

Ikuti keterangan seterusnya ; Secara lebih lanjut, dalam memahami konsep


estetika, usahawan seni Rahimie Harun (2004) mendefinisikan estetika dengan
rumusan berikut:

Unique + A2 = Value
Aesthetics
Asimillation

65
Menurut beliau setiap hasil kerja seni mempunyai nilai seninya tersendiri . Nilai
itu terbit daripada gabungan keunikan beserta pelbagai elemen seni visual lain
seperti rupa, bentuk, jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks,
sejarah, antropologi, emosi dan sebagainya. Dapatkah kita menentukan nilai
hasil kerja seni murid-murid kita ?

Aktiviti 7:

Cuba anda perhatikan karya di bawah. Dapatkah anda mengesan


aspek estetika bagi kedua-dua karya ini?

( 60
minit )

66
A painting by artist Miquel Barcelo at the Spanish pavilion
Picture: AFP/GETTY
Sumber :
http://www.telegraph.co.uk/culture/culturepicturegalleries

Sumber : Gambarfoto Laman Arca


UPSI Tahun 2002

Konsep estetika dalam seni seperti pendapat ahli kaji purba Jerman,
Winckleman, dianalisis oleh Rasilan Johnny @ Roslan (1999), Winckleman
menggabungkan pemerhati dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal
atau menyedari keindahan. Walau bagaimana pun Winckleman lebih
memberikan tumpuan kepada pemerhati kerana menurutnya jika tidak ada
pemerhati, objek atau sesuatu benda itu tidak indah. Oleh itu apa yang indah
adalah apa yang difikirkan , diberi reka bentuk dan diusahakan. (Sila rujuk Teks
Pendidikan Seni Visual dan Muzik – Editor Mohd Johari Ab Hamid, 2004)
Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri,
yang dihayati keranaNya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap
satu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.
Justeru itu, cetusan rasa keindahan yang diamati secara luaran adalah pada
tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan haiwan manakala rasa keindahan
yang timbul dari dalam diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin
manusia terdiri dari mereka yang dewasa.

67
…Beauty is not something that "exists" objectively but something
that "is felt." Some element existing in the object gives the subject
an emotional stimulation that is felt by the subject as beauty. Then,
what is this element that stimulates the subject emotionally, in
other words, what is the element of beauty? It is the combination
of the purpose for which the object was created (the purpose of
creation) and the harmony of the physical elements within the
object. That is to say, when the physical elements, such as lines,
shapes, sounds, colors, space are well harmonized centering on
the purpose of creation, they give to the subject an emotional
stimulation that is felt as beauty. When beauty is recognized as
such by the subject, it becomes actual beauty.

Theory of Art
http://www.messagesfromspiritworld.info/UTW/Unification
%20Thoughta8.html Dikeluarkan 26/6/2005

Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek


tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi.
Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan
mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang
membolehkannya membuat pentafsiran. Menurut kajian terdapat dua cara untuk
melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Bagi yang
menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka
yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara
hidup. Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai
keindahan terhadap sesuatu objek seni. Misalnya mereka yang tinggal di daerah
Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam
persekitaran pertanian kepala sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi
rasa keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling
Jaya.
Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama
objek seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Maka untuk mentakrif
kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang
berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk

68
kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna)
dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan,
harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya. Dengan itu seseorang harus
menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih
dahulu sebelum ia dapat merakamkan pengalaman estetikanya terhadap objek-
objek seni di sekelilingnya.

Aktiviti 8 :

Berdasarkan dua buah karya catan di bawah, cuba anda tafsirkan


karya tersebut menurut kedua-dua konsep yang dijelaskan. Adakah
terdapat perbezaan tafsiran ?
( 60 minit )

Karya 1 : Siri Tari


Pelukis : Yusof Ghani –
Sumber : Balai Seni Lukis
Negara

Karya 2 : Pelukis Tan Choon


Ghee
Sumber: Balai Seni Lukis Negara

Aktiviti 9 :

Bincangkan bagaimana dua orang yang 3 tinggal dalam dua zaman


yang berbeza memberi tafsiran tentang1keindahan sesuatu objek seni
yang sama secara berbeza? Apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kedua-dua orang tersebut?
( 60 minit
)

Konsep Ekspresi Visual


69
Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai
pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau gua
Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber
komunikasi. Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga
tahun sudah membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi
berdasarkan gaya mereka sendiri. Representasi imej yang dijelmakan itu adalah
ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang
pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi
rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan.

…the expressionist uses the term expression simply to record the obvious fact
that art has something to do with human emotions and feelings. But by
articulating this in term of “expression” a special and by no means obvious
slant is placed on this intuitively obvious assumption which suggests that art is
the venting or exhibition of emotion. And this slant is largely determined by
ordinary meaning of the term expression…

H.Gene Bloker dalam (Philosophy of Art: Expression :


http://www.ebookrate.com/pal.htm)

Berdasarkan teori ekspresi seperti yang diutarakan oleh Tolstoy, ekspresi datang
daripada peranan yang dimainkan oleh seni dalam masyarakat dan
perkembangan sejarah manusia. Seni muncul dalam segenap kehidupan dan
mempunyai keupayaan menyatukan manusia sebagai satu komuniti. Ekspresi
dalam seni menurutnya ialah satu bentuk komunikasi, seumpama bahasa.
Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau
mencipta imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan
lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam
erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang diciptakan
ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang
mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai
rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan
oleh seseorang pelukis. (The Expression Theory. http://www.david-
closs.com/express.html)
Bagi Collingwood pula melihat ekspresi sebagai perhubungan yang
rapat antara perasaan pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan
70
perasaannya untuk khalayak. Collingwood mempunyai teorinya sendiri yang
dinamakannya sebagai Korupsi Kesedaran (Corruption's of Consciousness).
Emosi sebegini tidak jujur dan telah difahami sebagai pernyataan pelukis.
Khalayak pula tidak berhajat untuk mengalami perasaan itu. Bagi Collingwood
karya seni yang sama memiliki kualiti ekspresi yang berlainan. Contohnya kerja
seni yang sama boleh berkongsi kualiti ekspresi tentang keriangan, kemurungan
dan kebimbangan juga boleh menggambarkan ketenangan. Collingwood melihat
perasaan yang sebenarnya adalah bersifat individual dan kontekstual.
Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang menentukan perbezaan
ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini
mempunyai pengertian yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan
membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya. Konsep ekspresi visual pada
sebuah lukisan umpamanya boleh membawa
pelbagai pengertian bergantung kepada si
pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai
pendekatan yang digunakan oleh manusia bagi
tujuan ekspresi antaranya melalui lisan,
perasaan dan emosi , tulisan dan bahasa,
penciptaan dan penghasilan pergerakan.
Yang paling lazim dan tradisional ialah
membuat penggambaran visual. Bagi kanak-
kanak melalui aktiviti seni merupakan jalan yang paling mudah bagi mereka
memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual (pernyataan
hasrat diri atau ekspresi diri). Cuba anda perhatikan ekspresi visual kanak-kanak
di bawah ini :

71
Sumber : http://shakk.us

Aktiviti 10 :

Perhatikan gerak geri murid anda, pilih satu daripada karya murid anda.
Dengan merujuk kepada pandangan tiga orang tokoh tentang ekspresi visual,
huraikan ekspresi visual dalam karya murid anda .
( 60 minit )

Rumusan
Anda telah didedahkan dengan konsep-konsep kreativiti, estetik dan ekspresi
visual. Anda juga telah dijelaskan dengan proses kreatif dan artistik. Menurut
G.Perry (1970), dalam “Metodologi Pendidikan Seni, oleh Hj. Iberahim Hassan
(2000), guru perlu mengambilkira tentang perkembangan individu seperti
kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Laura Chapman (1978)
dan Effland (1977) pula mencadangkan pelajaran Pendidikan Seni harus boleh
memberi latihan kepada pelajar untuk membuat pernyataan seni (ekspresi
visual).
Menerusi pendekatan pengajaran seperti yang disarankan oleh Effland
(1977) pula terdapat enam pendekatan yang melibatkan ekspresi di mana wujud

72
aktiviti penerokaan, pengolahan dan penghasilan seni. Pelajar terlibat dalam
penemuan idea sendiri secara kreatif dan membentuk diri mereka bekerja
dengan media. Ketiga-tiga aktiviti ini menjadi proses kesenian yang dipelajari
oleh pelajar dalam aktiviti studio di sekolah.
Micheal (1983) pula menyatakan pengalaman seni akan membantu
pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan mereka dari peringkat paling
asas seperti mengenali diri mereka, mengenali seni dan kebudayaan mereka,
perasaan, konsepsi dan ekspresi diri mereka melalui media. Dalam hal ini secara
tidak langsung ia membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran,
bagaimana seseorang guru seni mengendalikan pengajarannya. Dalam konteks
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seorang guru seni
harus berfikiran kreatif dan hendaklah sentiasa meransang serta membimbing
murid-muridnya agar sentiasa berfikiran kreatif dan fleksibel. Dengan demikian
murid-murid akan lebih mudah menjana idea dalam proses berkarya.

Latihan 1 :

Aspek manakah yang mempengaruhi kreativiti anda, budaya, latar belakang atau
persekitaran ? Hasilkan sebuah kolaj, lukisan atau catan, sebagai mewakili idea
anda.

( 120 minit
)

Latihan 2 :

Setelah anda mengetahui strategi meransang kreativiti , cuba anda senaraikan


apakah perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang kepada kreativiti
kanak-kanak.
( 30 minit )
i)_______________________________________________________________
___

73
ii)_______________________________________________________________
___
iii)______________________________________________________________
____
iv)______________________________________________________________
____

Latihan 3 :

Terdapat perbezaan ekspresi diri pada setiap seseorang. Bincangkan apakah


faktor yang mempengaruhi gaya dan cara seseorang itu membuat ekspresi diri?
( 30 minit )
________________________________________________________________
_________
Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kreativiti estetika dan
ekspresi visual dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap
sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan.
( 60 minit )
Contoh: Dapatkan bahan
bukti hasil
daripada sumber
internet dan
sediakan satu peta minda sebagai
pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh pendidik dan
pengkaji lukisan kanak-kanak.

74
PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS
Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan
Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan
memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.

Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni
Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan
proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat
dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam


Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh
pendidik .

3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

75
KERANGKA TAJUK

SENI VISUAL

PENGENALAN
PENGENALAN PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI
KEPADA KONSEP KEPADA ASAS SENI VISUAL SEKOLAH
ASAS SENI VISUAL REKA RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA
PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK PENGENALAN KEPADA
PENGETAHUAN ASAS ASAS MELALUI KEPENTINGAN MUZIK
SENI MUZIK AKTIVITI SEKOLAH RENDAH

76
PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA PENGENALAN KEPADA


PENGENALAN KEPADA
KEMAHIRAN ASAS ASAS PERGERAKAN DI
KONSEP PERGERAKAN
PERGERAKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

1. SENI VISUAL

1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek
ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang
rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai
yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu


menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat
binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada
perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan.
Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai
pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

77
HASIL PEMBELAJARAN

1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang
kegiatan Seni Visual.

2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri


untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

1.2. Pengenalan kepada asas Seni Reka


Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas Seni Reka.
1.2.1 Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam
penggubahan sesuatu karya seni visual:

1.2.1.1 Garisan

i. Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai


jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta
rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang
dan gerakan dalam seni visual.

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus,


bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan
cantuman satu siri titik

i. Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja


melukis dan menggambar

ii. Melalui garisan kita boleh menulis, melakar,


membuat jalinan gambar, membuat rupa dan
membentuk.
78
iii. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik
seperti;
Teknik koyakan,Teknik tampalan ,
Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan
Teknik capan

Rajah 1 : Garisan

1.2.1.2 Rupa

Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan


mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang
berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak
berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.

Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat


leper atau mendatar.

Rupa terbahagi dua:

i. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang


berbagai, tidak menentu
dan bersifat dominan. Sebahagian besar
objek di dunia ini mempunyai
rupa jenis ini.

ii. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk


yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,
kubus, selinder, empat segi bujur, piramid
dan beberapa contoh yang lain.Secara
lumrahnya, rupa geometri dihasilkan
berbantukan alat geometri.

79
Rajah 2: Rupa

1.2.1.3 Bentuk

Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat


dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan
kraf tradisi.

Bentuk terdiri dari dua jenis;

i. Bentuk ilusi (maya)

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan,


cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk
ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan
apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam
bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

80
ii. Bentuk konkrit

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud,


berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna,
jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian,
bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

1.2.1.4 Jalinan

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan


sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan
ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada
sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat
dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau
dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara
semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari
ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:

i. Jalinan tampak

Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang


bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada
gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol
dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk
gambar, kita tidak dapat merasa jalianan
secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

81
ii. Jalinan sentuh

Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana


ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia
terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit
kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

Rajah 5:
Jalinan Sentuh

1.2.1.5 Ruang

Merupakan kawasan yang


dikelilingi oleh garisan, atau
kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara
dua objek

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di


sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan
antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi
di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar,
ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan,
jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan
kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Rajah 6: Ruang

82
1.2.1.6 Warna

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada


sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga
kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning;


dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan
warna tertier

Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau,


jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada
campuran dua warna asas.

Sementara itu, warna tertier terhasil daripada


percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

1.3 Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan

83
1.3.1 Harmoni

Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya


susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau
gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni
adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan,
objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan
yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra

Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsur-


unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara
satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan
yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait
rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra
semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan
rupa, garisan, bentuk dan warna.

Rajah 9 : Kontra

1.3.3 Penegasan

Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan


kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya
penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan
84
menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan
untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan

1.3.4 Imbangan

Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat


dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama
gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu
imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.
Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam
sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan

1.3.5 Pergerakan

Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,


bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan
sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’,
rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan
ruang.

85
Rajah 12 : Pergerakan

1.3.6 Kepelbagaian

Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai


dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur
seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni


secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau
idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur,
lengkap dan sempurna dapat mewujudkan keseragaman
atau kesatuan.

86
Rajah 14 : Kesatuan

1.4 Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat


bidang:

1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap


aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media
dan teknik dengan menekankan aspek
ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan
gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada
kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.

Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah


rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan
dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang
dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai
alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara
ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan
pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari
segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

87
Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid


memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana
hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang


dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh
didapati daripada:

i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu,


serangga
dan haiwan

ii. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan


gunting

iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan


keris

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak

i. Penuh
ii. Turun satu suku
iii. Turun tiga suku
iv. Turun separa
88
v. Sisik ikan
vi. Selang seli
vii. Tampak dam dan tampak catur
viii. Siku keluang
ix. Pucuk rebung
x. Orgee
xi. Batu bata
xii. Tunggal
xiii. Berpusat
xiv. Sendeng
xv. Berombak
xvi. Jidar
xvii. Berjalut
xviii. Cerminan

1.4.2.2 Teknik Corak

• Corak terancang
o Lukisan
o Catan
o Cetakan
o Capan
o Lipatan dan Guntingan
o Resis
o Kolaj
o Kaligrafi

Rajah 16: Resis

• Corak tidak terancang

o Titisan
o Renjisan
o Ikatan dan celupan
89
o Tiupan
o Pualaman
o Lipatan
o Tarikan

Rajah 17: Pualaman

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap


aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami

90
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di


sekolah rendah:

i. Arca timbul
ii. Arca asemblaj
iii. Arca bergerak
iv. Arca stabil
v. Model
vi. Diorama
vii. Boneka
viii. Topeng
ix. Origami

Rajah 19: Topeng

1.4.3.2 Tema dan Subjek

i. Alam semulajadi
ii. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si
pelukis
iii. Aliran dan tema sejagat
iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Kraf Tradisional

91
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau
kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja
tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing.

1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional

i. Alat domestik
ii. Alat permainan
iii. Alat mempertahankan diri
iv. Alat Perhiasan Diri
v. Batik
vi. Seni tekat
vii. Tembikar
viii. Anyaman
ix. Tenunan

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

92
Rajah 22: Seni Tekat

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25:
Tenunan

TAJUK 2 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK
93
2. SENI MUZIK

SINOPSIS

Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah pengetahuan


asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi pengenalan asas
muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik.

• HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas

2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan


kepercayaan

3.1 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan


mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan
teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

I. IRAMA

CORAK
IRAMA IRAMA

RENTAK

DETIK TEMPOH METER

Rajah 1 : Irama

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan


menghasilkan irama

II. HARMONI
94
HARMON PERGERAKA
I N KOD

ARPEGGIO
TRIAD

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan


serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai mengiringi lagu.

III. MELODI

MELOD PIC
I

SKEL

JEDA

RANGKAIAN SOLFA KONTO


LAGU R

Rajah 3 : Melodi

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan


tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

IV. EKSPRESI

EKSPRESI
95
DINAMIKS

ISTILAH

TANDA
ISYARAT

Rajah 4: Ekspresi

Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu


persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri
muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

V. BENTUK

Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua


bahagian iaitu bentuk AB.
Misalnya:
susunan: Bentuk dua bahagian
Tiga bahagian
Rondo
Strofik
Bentuk tradisional

VI. WARNA TON

Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu


muzik

Contoh:

i. Suara menjerit dan berbisik


ii. Suara kanak-kanak dan orang dewasa
iii. Ketukan batu dan kayu
iv. Bunyi salakan anjing dengan ngauman
harimau
v. Bunyi burung hantu dan bunyi katak
vi. Bunyi seruling dan drum
vii. Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan


seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan ringan.
Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala

96
suara perempuan mempunyai suara soprano dan alto.
Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang
menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra
pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza
menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.

VII. Jalinan

Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa


mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2 Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik


secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti bermain
alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar menikmati
dan menilai persembahan muzik.

2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian

i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut


• Postur
• Pernafasan
• Sebutan
• Artikulasi
• Ekspresi
• Penghasilan ton
• Rangkaian

ii. Membina kemahiran menyanyi


• Kemahiran secara individu
- Menyanyi berbagai lagu secara individu
- Menyanyikan skel: jeda, arpeggio
menaik dan menurun
- Menyanyi semula keratan lagu yang
didengar
- Menyanyi serta merta ikut skor muzik

• Kemahiran Ensembel
- Menyanyi dalam ensembel vokal
senada

97
- Menyanyi dalam ensembel vokal
berharmoni
- Mendengar dengan teliti dan selektif

3.2.1.2 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

i. Bergembira bergerak ikut muzik


ii. Melibatkan diri secara aktif
iii. Mendengar dengan teliti
iv. Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan
v. Faham konsep muzik dengan gerakan
vi. Mengaitkan dengan budaya dalam
pergerakan muzik
vii. Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

3.2.1.3 Kemahiran muzikal permainan alat muzik

i. Bergembira bermain muzik


ii. Penglibatan secara akrif
iii. Mendengar dengan teliti
iv. Bermain alat muzik secara muzikal dan
terkawal
v. Memahami dan mengaplikasi konsep muzik
dan alat permainan
vi. Mengenali alat tradisional
vii. Memperbaiki dengan meneroka konsep
muzik menerusi alat permainan
viii. Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

3.3 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

3.3.1 Membina nilai – nilai murni di kalangan pelajar

• Membentuk disiplin
• Membentuk sifat bekerjasama
• Sifat bertolak ansur
• Memberi rangsangan
• Memberi kegembiraan
• Merentas kurikulum
• Emosi
• Memupuk keyakinan diri

98
TAJUK 3 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN

3. SENI PERGERAKAN

SINOPSIS

Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidang-


bidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas
pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.

1. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan


kepercayaan.

3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep

3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang


menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar
dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan -
99
keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan
kepada model holistik perkembangan kanak - kanak
bertujuan;

i. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor


dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif
dan kestabilan saraf otot.
ii. Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan
dan sikap.
iii. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui
pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.

3.3. Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah

3.3.1 Pergerakan Asas

Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh


kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah.

Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan


ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penemuan,penerokaan dan kreativiti.

3.3.2 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

3.3.2.1 Berjalan

i. Postur – badan & kepala tegak


ii. Kedudukan kaki
iii. Pemindahan berat badan
iv. Pergelangan kaki, lutut & pinggul
bengkok.
v. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

i. Berjalan bebas menggunakan ruang


ii. Berjalan dan berhenti bila isyarat
diberi.
iii. Berjalan dengan kelajuan berbeza.
iv. Berjalan mengikut arah yang berlainan.
v. Berjalan dengan langkah kecil & besar
vi. Berjalan dengan keadaan relak
vii. Berjalan dengan membentuk badan
Menjadi gemuk dan kurus.
viii. Berjalan di atas jari-jari kaki.

10
3.3.2.2 Berlari

1. Kedudukan kaki
2. Kedudukan badan
3. Kedudukan lutut
4. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

i. Berlari bebas
ii. Berlari bebas & berhenti apabila
isyarat diberikan
iii. Berlari setempat
iv. Berlari cepat & lambat
v. Berlari dengan langkah pendek &
panjang
vi. Berlari ke hadapan & kebelakang
vii. Berlari lurus, berbelok-belok & dalan
bulatan
viii. Berlari dalam arah yang berlainan
ix. Berjalan & berhenti, berlari & berhenti
x. Membuat perbandingan dua
pengalaman.
xi. Bincang mengapa senang berhenti
apabila bergerak lambat
xii. Memperkenalkan konsep momentem
ke hadapan
xiii. Memaklumkan keperluan untuk
memindah pusat graviti dari hadapan
ke belakang

3.3.2.3 Skip

Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu


berjalan dan hop

1. Pergerakan kaki

Melangkah & hop:


Satu langkah ke kanan di ikuti dengan
hop kaki yang sama dan kaki kiri
melangkah di ikuti dengan
hop kaki yang sama. Masa melangkah
adalah lebih panjang daripada masa
hop menyebabkan pergerakan beritma
tidak sekata.

10
2. Hayunan tangan :

Tangan dihayun ke hadapan dan ke


atas. Tangan bertentangan dengan
kaki hadapan dihayun. Hayunan
tangan yang bertentangan ini
memenuhi dua fungsi iaitu memberi
imbangan dan momentum
semasa dalam fasa hop.

3. Berat badan dan pusat graviti

Berat badan sentiasa di bebola kaki di


sepanjang pergerakan. Pusat graviti
berubah ke hadapan melepasi jari-jari
kaki apabila skip ke hadapan
manakala apabila skip ke belakang,
pusat graviti berpindah ke belakang
melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:

i. Skip bebas
ii. Skip ke hadapan
iii. Skip ke belakang
iv. Skip mengelilingi objek
v. Skip ke dalam dan ke luar
gelung rotan
vi. Skip berbelok-belok dalam bulat

3.3.2.4 Galop

Pergerakan kaki dan pemindahan berat


badan satu kaki bergerak ke hadapan dan
berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki
belakang digerakan ke hadapan di belakang
tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan
pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan
dan berat badan diletak pada kaki belakang.
Kaki hadapan sentiasa dihadapan.

1. Pusat graviti

Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke


hadapan

2. Menolak dan mendarat

10
a) Menolak dengan bebola kaki belakang
dan mendarat dengan kaki hadapan
b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa
dibengkokkan semasa pergerakan
dilakukan

Aktiviti-aktiviti:

i. Galop secara bebas


ii. Galop lurus, bebelok-belok dan
dalam bulatan
iii. Galop melepasi objek-objek
seperti kon dan pundi kacang
iv. Berkumpul dan galop dalam
bulatan, ikut arah pusingan jam
dan lawan jam
v. Berpasangan, seorang galop
mengejar pasangannya
vi. Berpasangan, galop bersama
dan ikut rentak yang sama

3.3.3 KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

3.3.3.1 Membongkok

i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian


rapat antara satu sama lain
ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan
bergantung kepada struktur sendi terlipat
iii. Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan
kehadapan dan kebelakang sahaja
iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan
dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri
dan dalam bulatan

3.3.3.2 Meregang

i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian


badan bermula dengan bahagian kecil badan
seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan
kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki,
lengan, kepala dan belakang
ii. Membongkok dan meregang bahagian badan
dengan menggunakan bahagian yang berlainan
untuk dijadikan dasar menyokong

3.3.3.3 Mengilas

10
i. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi
panjang tanpa menggerakkan dasar
menyokong
ii. Berlaku dalam arah bulatan sahaja
iii. Sendi menentukan bahagian badan yang boleh
dikilas

3.3.3.4 Memusing

i. Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti


kaki, lengan, badan dan leher.
ii. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan
bahagian badan berlainan sebagai dasar
menyokong

3.3.3.5 Menolak

i. Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa


rintangan
ii. Menolak menjauhkan objek dari badan atau
menjauhkan badan dari objek
iii. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan
pinggul

3.3.3.6 Menarik

i. Menggerakkan atau merapatkan objek kepada


badan
ii. Menolak dalam ruang dengan menggunakan
bahagian badan yang berlainan
iii. Menolak objek seperti pundi saga dan bola
menggunakan bahagian badan yang berlainan
seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun

Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan


mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap

3.3.3.8 Berbuai-buai

i. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau


menyilang badan di dada

10
ii. Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi,
menyilang kaki lain
iii. Hayun dengan bergayut pada palang
iv. Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan
badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan
v. Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku,
berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke
kiri dan ke kanan

Rujukan Asas

Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY:
Thomson Delmer Learning

Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson


Delmer Learning.

Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY:
Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan

Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the
classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co.

Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL:
America Master Teacher Programme.

Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for
elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.

Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins.

Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity.


NY: Basic Books Inc.

Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth,


NY.Macmillan.

Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise
Sdn. Bhd.

10
Pendekatan
Bertema
PENGEN ALAN
Pendekatan bertema seringkali digunakani untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini efektif kerana
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistik. Ia sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat
murid serta guru. Tema digunakan sebagai tajuk atau subjek dan juga untuk
meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan
boleh menimbulkan isu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

PENDEKATAN BERTEMA
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang
memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini
akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian
yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar
menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga
bidang-bidang kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema,


pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

Pemilihan dan Penentuan Tema

Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit


pembelajaran. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan
pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar:

10
(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut:

(i) Berasaskan konsep;


(ii) Berasaskan kemahiran;
(iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran;
(iv) Berfokus kepada isu;
(v) Berfokus kepada projek; dan
(vi) Berorientasikan kajian kes.

(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:


(i) Boleh merentas semua matapelajaran
Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata
pelajaran. Contoh: tema “pokok”. Oleh yang demikian, semua mata
pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik
misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang
pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar
akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti
pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan


pelajar
Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman
kehidupan diri pelajar supaya mudah untuk membuat interaksi dan
aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa


Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi,
masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini suaya dapat
memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan keadaan situasi yang sebenar.

(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan


digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

10
Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema,
terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh
bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan
contoh-contoh yang sebenar dan 'hands on'.

(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih supaya dapat memotivasikan
dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang
dijalankan.

(vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih


mencabar

Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran

(a) Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar;


(i) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
(ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan;
(iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu;

(iv) Dapat menghadapi cabaran;


(v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan;
(vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal;
(vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
pelbagai budaya; dan

(viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait


pengetahuan dengan kemahiran.

(b) Kekuatan
(i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk

10
pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang
diberi;
(i) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti
dan kreativiti yang tinggi;
(ii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan;

(iii) Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan


imaginasi baru;

(iv) Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang


dijalankan; dan

(v) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

(c) Isu/Cabaran
(i) Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran;
(ii) Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan;
(iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang
berbeza-beza;
( i v ) S u k a r u n t u k m e n i l a i s k o p p e m a h a m a n ya n g l u a s ;
(v) Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang
berbeza

PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui


satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan
latar belakang pelajar. Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk
menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis,
asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini
memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang
dipilih.

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran


(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
10
Prinsip asas bagi pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang
penting dalam perkembangan sesuatu unit penciptaan tema untuk
improvisasi ,mudah dan berfungsi. Pilih tema yang berkaitan dalam
kehidupan seharian. dan cuba terokainya.

(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema


Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini:

(i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru
untuk memperkenalkan pendekatan bertema.
• K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
• W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
• L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?
(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai
sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi,
perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral
dan kemahiran hidup.

(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah


dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas,
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk
memulakan sesuatu unit - jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-
bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di
atas papan buletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai
manusia dan mesin.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset.
(vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.
(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains
dan matematik.

(viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.

Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa
boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi
membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses
yang bermakna.

11
Tema dengan Kemahiran

Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan


kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara
yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi
intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan


Pendekatan Bertema

Rajah berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan


menggunakan pendekatanan bertema.

JENIS TEMA

Tema Persekitaran

Organisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa
berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal
dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan
cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak
bermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa,
interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial
ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu,
masa dan ruang perlindungan.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah


alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi
alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibat
aktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak
pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan positif dan
negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa perkembangan
dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa
sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni, teknologi
menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendekiawan,
penghasilan dan persembahan.
11
Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh
digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan
murid. Tajuk ÂpersekitaranÊ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti
muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema
berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata
pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata
pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

(a) Persekitaran - Alam Semula Jadi


Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid
akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman
tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang
berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan
berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.
Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan
bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk
rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu
mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Persekitaran - Alam Buatan manusia


Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga
memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan
manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan,
perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti

(i) Kesan bahan kitar semula (Sains)


(ii) Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik)

(iii) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan


di tapak pembinaan (Seni Visual)

(iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-


bahan kitar semula (Pendidkan Jasmani)

(c) Persekitaran - Teknologi


11
Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak
globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai
jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam
mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains,
kajian tempatan dan lain-lain lagi.

Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami


konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-
elemen yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang
kepentingan muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan
pembelajaran mengenai persekitaran contoh tajuk "pokok" dalam mata pelajaran
sains, dan dalam mata pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran
contoh tema "hutan" dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat
membantu anda untuk meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta
membantu murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas.

Te m a Ma s ya r a k a t

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar
adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita
perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi
pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak
dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.
Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti
untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun dan
menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam
masyarakat.

Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian


berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan
yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel
dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan
memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik
mungkin di semua peringkat perkembangannya.

11
Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak.
Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan
masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah,
tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di
kantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial
dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam
pergaulan kanak-kanak.

Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan


mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan
menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur,
jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan.
Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan
dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu
memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk
permainan kanak-kanak.

(a) Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat

• Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan


memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif,
efektif dan psikomotor

• Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih


dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.

• Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan


idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan
pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya
kreatif.

• Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat


karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi
analisis dan kritikan.

• Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara


mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni

11
dan pergerakan dalam kejayaan insan.

• Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai


murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat
menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai,
kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.

• Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya


adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi
dan lain-lain.

• Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui


pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan
sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri
secara berkesan.

.Contoh aktiviti: Pohon Keluarga


Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema
masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan
dalam pengajaran konsep ÂkeluargaÊ dalam mata pelajaran lain.

Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu


projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati,
membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon
keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu
persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar
dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam
bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.

Contoh: Kekeluargaan
• Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza
• Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri
• Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk
berkomunikasi

11
• Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu
• Keluarga saling bantu-membantu.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.


Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan
untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga
pengalaman di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam
masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar
Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

Tema Komunikasi
Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai
kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi
berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi
iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku


seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula
merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang
dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-
psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan
peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu
masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal
ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan
menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria.
Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh
berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara

11
anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk
dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi.

Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau


beberapa orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda
boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa,
membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual
atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap,
kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda
mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau
mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini
merupakan kesan-kesan psikomotor.

Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan


orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian
verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan.
Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen - hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

(a) Komunikasi Verbal


Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang
dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

(b) Komunikasi Bukan Verbal


Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

Strategi Pengajaran-pembelajaran
Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara
satu sama lain ketika memerhati haiwan.

(i) Seni visual

11
• Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang
dilihat semasa mengembara di hutan.

• Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus


pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.

(ii) Pergerakan
• Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa
dalam hutan. Gunakan stail „Ikut Macam Saya‰ agar pelajar menerima
pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.

(iii) Sains dan pergerakan


• Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang
dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak,
menyusur, berjalan perlahan dan melompat.

(iv) Muzik dan matematik


• Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang
berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi,
pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:

− Segi tiga sama;


− Segi empat sama;

− Segi empat tepat;


− Pentagon;

− Heksagon;

− Oktagon; dan
− Bulatan.

(v) Matematik dan sains


• Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk
menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.

(vi) Matematik dan seni visual


• • Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza

11
berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk
mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina
piktograf.

• (vi) Matematik dan seni visual


• Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza
berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili
haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina piktograf.

KESIMPULAN
• Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-
aktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan
komunikasi.

• Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajar-pelajar


untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan
dan seni visual.

PENGHUBUNGKAITAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenalpasti pengertian penghubungkaitan;
2. Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran dan
pembelajaran;
3. Menjelaskan tujuan penghubungkaitan dan kaitannya dengan
berbagai
aspek pengajaran dan pembelajaran;
4. Membincangkan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

PENGEN ALAN
Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara
untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan
11
dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara
disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan
sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan
pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat
membentuk setiap insan yang terus dihormati. Ia juga menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi
oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan
kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dari segala sudut - baik akademik mahupun kokurikulum. Ia
secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan
teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar
berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk,
walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi
yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, seni visual
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan
pembangunan minda pelajar.

Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda


Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejarinya
yang dianggap sebagai para pelajar, manakala ibu jarinya sebagai guru. Semua
jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had
mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang
baru yang boleh didapati di persekitarannya. Sementara ibu jari pula berperanan
sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walaupun seseorang itu tidak
mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak. Akan tetapi
pergerakannya itu akan menghadapi masalah semasa menggenggam sesuatu
benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru) ke hadapan untuk
membantu jari jemari menggenggam sesuatu objek atau dari satu sudut
pandangan, guru pelajar memberi pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari
jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Oleh itu
prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan
merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat
antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Kelebihan Penghubungkaitan
Apabila keperluan asas manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan
dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
guru, kita perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalaman-
pengalaman umum yang akan melahirkan perasaan penghubungkaitan.
Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara
penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas yang boleh
dihuraikan seperti:
(a) Mempunyai semangat saling bergantung - setiap pelajar perlulah
mempercayai antara satu sama lain. Mereka perlu mempunyai
semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang
cemerlang, bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua
anggota dalam kumpulannya.
(b) Kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikasi. Pelajar perlu
mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak mengira
agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan,

12
membina kepercayaan di antara satu sama lain dan menguruskan
konflik.
(a) Kesedaran akauntabiliti individu - setiap anggota dalam kumpulan akan
sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.
(b) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan
kelancaran aktiviti.
(c) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat
digabungkan dalam proses pembelajaran.
(d) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu
proses pembelajaran pelajar.
(e) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat
wujud sebagai satu mata pelajaran.

Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran dan


Pembelajaran.

Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti


berikut:

(a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait


antara Satu Sama Lain
Demi meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran, satu
jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi
penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran.
Contohnya seperti pada Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat


Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini, pelajar akan lebih
mudah mengingati sesuatu mata pelajaran. Untuk itu, konsep yang

12
terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti
penggunaan pengurusan grafik (lihat Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat

(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif


Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara
aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif.

(d) Pembelajaran Berkesan


Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila
pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut:
• Pengajaran lebih terancang apabila ianya disusun rapi dengan
penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas
serta penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan.
• Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya terdiri daripada
pelbagai individu yang berbeza antara satu dengan lain dari segi tahap
mental, fizikal, emosi dan sebagainya.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah
fokus utamanya.
• Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung
kait dengan kehidupan harian.
• Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara
merentasi kurikulum.

(e) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif


Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara
aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif.

(f) Pembelajaran Berkesan


Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila
pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut:

PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN


MATA PELAJARAN LAIN

12
Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni
visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 8.3

Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan


Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan
pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran lain, iaitu dengan
berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran


Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

12
Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran


Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai
mata pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang
dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran


Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran


Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata
pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan
keadaan kehidupan yang sebenar.

Hasil Pembelajaran

12
Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif
yang perlu diperoleh secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat
daripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan
menjadi lebih efektif (Contoh seperti di Jadual 8.1).
Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual

Tahun : 4 jingga
Bilangan pelajar : 28 orang
Umur : 10 tahun
Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin)
Masa : 11.00 - 12.00 tgh
Pelajaran : Seni Visual
Perkara : Membentuk dan membuat binaan.
Tajuk : Binaan - berbagai-bagai bentuk dan penggunaan
ruang.
Penggabung : Membuat bentuk-bentuk daripada kertas
Menyusun bentuk-bentuk
jalinan 3. Menggunting
kemahiran
Pengetahuan sedia : Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk
ada tiga matra sama ada melalui pameran atau
televisyen
Objektif eksplisit : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat:
Menggunting dan melipat kertas untuk
1.
membuat
2. Menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta
satu
binaan dengan kemas dan menarik
3. Menimbulkan sikap kerjasama untuk
menghasilkan
ciptaan antara rakan sedarjah
Objektif implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada
bentukbentuk tiga matra.

12
12

You might also like