You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MAHKOTA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


(PJPK) BIL 1 / 2019

Tarikh : 8 JANUARI 2019

Masa : 1.30 petang

Tempat : BILIK MESYUARAT SK BUKIT MAHKOTA

Pengerusi : EN. RAJKUMAR SUBRAMANIAM

Kehadiran(Bilangan) : 10/10

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk PJPK sesi 2019 yang
baru dilantik. Pengerusi amat mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada
semua ahli panitia dalam pengurusan panitia dan sebagainya.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

TIADA

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Berikut adalah senarai nama guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Jasmani
1 Jaya - Pn. Siti Amizi binti Wahid
1 Usaha - En. Rajkumar al Subramaniam
2 Jaya - En. Noraman bin Haron
2 Usaha - En. Ahmad Rozi bin Zulkefli
3 Jaya - En. Ahmad Sobri Muzammil bin Hussain
3 Usaha - En. Ahmad Sobri Muzammil bin Hussain
4 Jaya - En. Noraman bin Haron
4 Usaha - En. Noraman bin Haron
5 Jaya - En. Ahmad Sobri Muzammil bin Hussain
5 Usaha - En. Ahmad Rozi Bin Zulkefli
6 Jaya - En. Ahmad Rozi Bin Zulkefli
6 Usaha - En. Noraman bin Haron
Pendidikan Kesihatan
1 Jaya - Pn. Siti Amizi binti Wahid
1 Usaha - Pn. Sofia Aini binti Yusof
2 Jaya - En. Muhamad Arshad Bin Abd Aziz
2 Usaha - Pn. Siti Amizi binti Wahid
3 Jaya - Pn. Sahimah binti Hj Mohd Mohye
3 Usaha - Pn. Sahimah binti Hj Mohd Mohye
4 Jaya - Pn. Hjh Aznida binti Mohd Said
4 Usaha - Pn. Hjh Aznida binti Mohd Said
5 Jaya - En. Mohd Johari bin Muda
5 Usaha - Pn. Hjh Aznida binti Mohd Said
6 Jaya - En. Mohd Johari bin Muda
6 Usaha - En. Mohd Johari bin Muda

3.2 DSKP, RPT , PPM PJPK

3.2.1 Untuk tahun 1 dan 2 DSKP bergabung antara PJ dan PK. Manakala RPT pula
diasingkan antara PJ dan PK. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) juga
bergabung antara PJ dan PK. Buku teks tahun 1 dan 2 juga bergabung antara PJ dan
PK.

3.2.2 Berbeza dengan PJ dan PK tahun 3 iaitu guru perlu menyediakan RPT, DSKP
dan PPPM. Manakala PJ dan PK dari tahun 4 hingga 6 guru menyediakan RPT dan
DSKP. PBS adalah berbeza antara PJ dan PK.

3.2.3 Panitia PJK hendaklah menyediakan 7 buah fail panitia dan hendaklah sentiasa
dikemaskini dari masa kesemasa.

3.2.4 Bagi fail penyeliaan dan fail semakan kerja murid, penyeliaan buku latihan
pendidikan kesihatan sahaja yang akan disemak oleh barisan pentadbir iaitu 2 kali
setahun iaitu dalam bulan April dan bulan September. PJ pula dinilai secara amali
dan penilaian SEGAK bagi murid tahun 4 hingga 6 iaitu pada bulan Mac dan Ogos.

3.2.5 Untuk tahun 2019, matapelajaran PJPK bagi tahun 1-3 (tahap 1), PJ dan PK
bagi tahun 4-6 dikecualikan daripada peperiksaan bertulis dan tidak didaftarkan
dalam sistem SAPS.

Tindakan: Semua guru PJPK


4 PELAN STRATEGIK PANITIA PJPK SESI 2019

4.1 Ada beberapa program dan aktiviti yang telah dirancang oleh panitia PJPK bagi
sesi 2019.

4.1.1 Badan Sihat Minda Bercahaya – Kejohanan Merentas Desa dan Kejohanan
Balapan dan Padang SK Bukit Mahkota tahun 2019. Program ini dilaksanakan pada
bulan Januari. Selain itu, Program Hari Sukan Negara akan dilaksanakan pada bulan
Oktober. Ini bagi memastikan murid sentiasa dalam keadaan cergas dan cerdas
dalam meningkatkan tahap kesihatan murid-murid.

4.1.2 Ceramah kesihatan - Panitia bercadang akan mengadakan ceramah


berkaitan penjagaan gigi dan diri daripada pihak kesihatan. Cadangan program
dilaksanakan sekitar bulan September. Ianya akan melibatkan semua murid SKBM.

4.1.3 Ikut Rentakku – Aktiviti ini merupakan senamrobik yang akan melibatkan
semua murid SKBM dan akan dilaksanakan pada setiap hari Selasa minggu pertama
setiap bulan semasa aktiviti 1 murid 1sukan (1M1S).

Tindakan: AJK PJPK

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pengerusi mengingatkan agar semua ajk PJPK menunaikan amanah yang diberi
dengan cemerlang.

Tindakan: Semua guru PJPK

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi meminta agar semua ajk dapat melaksanakan tugas dan amanah yang
diberikan dengan baik dan teratur. Sentiasa bertanya sekiranya ada kemusykilan serta
permasalahan atau sebagainya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

URUS SETIA
Mesyuarat Panitia PJPK Bil 1/2019

Tarikh : 10 Januari 2019

You might also like