You are on page 1of 4

TAJUK : ASHABUL KAHFI

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabakatuh…

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru serta rakan-rakan sekalian.

Ahlan wasahlan pembuka bicara


Tenangkan hati berikan tumpuan
Ashabul kahfi pilihan cerita
Mari bersama kita dengarkan

Rakan-rakan yang disayangi sekalian,

Sebelum kedatangan Islam, di sebuah negeri yang bernama Afsus ada seorang raja
yang zalim bernama Diqyanus. Baginda memaksa rakyatnya menyembah berhala.
Kezaliman raja Diqyanus ini menyebabkan rakyatnya terpaksa akur dengan arahan raja
yang zalim.

Namun pada masa yang sama terdapat 7 orang pemuda yang masih kuat
beriman dengan ajaran tauhid. Mereka tidak mahu tunduk kepada raja yang kafir itu.

Ashabul Kahfi pemuda beriman


Demi aqidah nyawa dipertaruhkan,
Ayuhlah kawan ambillah teladan,
Itulah contoh mukmin pilihan,

Kisah keimanan mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan raja Daqyanus.
Ini menyebabkan raja murka dengan tindakan mereka. Kerana itulah tujuh orang
pemuda itu terpaksa beribadat secara bersembunyi

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 13

Yang bermaksud:”.sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman


kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk”.

Ya kawan-kawan,

Hari ini banyak program-program yang disediakan seperti Imam Muda dan pencetus
Ummah yang bertujuan membentuk pemuda yang berilmu dan berakhlak mulia.
Rakan-rakan sekalian,

Tercatat sudah dalam sejarah


7 pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman.

Apabila perintah raja untuk menangkap dan membunuh pemuda-pemuda tersebut


tersebar, mereka lantas mengadakan perbincangan sulit untuk mencari jalan
melepaskan diri dari ancamann raja yang zalim itu.

Firman Allah SWT dalam surah Al Kahfi ayat 10:

    


    

Yang bermaksud:“Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan
sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalm urusan kami”.

Rakan-rakan sekalian,

Di zaman yang serba moden ini, banyak cabaran seperti jenayah siber dan dadah
yang boleh menggugat keimanan anak-anak muda. Oleh itu, selain daripada
memberikan didikan, ibu bapa dan guru-guru haruslah sentiasa berdoa kepada Allah
agar mereka tidak terpedaya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Perjalanan mereka ditemani oleh seekor anjing. Anjing tersebut mengekori sehingga
dipintu gua seolah-olah sebagai pengawal gua.

Ketika berada di dalam gua, mereka tidak putus-putus beribadat kepada Allah S.W.T
tanpa mengira siang dan malam. Dengan kekuasaan Allah, mereka pun tertidur selama
309 tahun.Keadaan ini dirakamkan menerusi surah Al-Kahfi ayat 11:

   


   
Yang bermaksud: “Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua
bertahun-tahunnya.”

Kerana penat mereka terlena


Gelap dan sunyi di dlam gua
Disangka tidur hanya seketika
Zaman bertukar berkurun lamanya

Rentetan dari itu sejarah mencatatkan kumpulan pemuda beriman ini telah digelar
Ashabul Kahfi. Akhirnya dengan izin Allah mereka terjaga daripada tidur.

Ya kawan-kawan,

Hairankan?. Sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi Allah.Apa yang Allah inginkan
pasti janjinya benar. Sebagaimana yang terjadi baru- baru ini di gurun Sahara di utara
Algera, gurun yang tandus dan panas terik diselaputi salji.

Hadirin dan Hadirat sekalian;

Masa berlalu silih berganti, akhirnya dengan izin Allah pemuda-pemuda beriman
itu terjaga dari tidur. Mereka memandang antara satu sama lain sambil menghitung
tempoh mereka berada di gua itu

Firman Allah s.w.t dalm surah al- kahfi ayat 12 :

Maksudnya: “kemudian kami bangkitkan mereka, untuk kami menguji siapakah


dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya
mereka hidup”.

Disebabkan kelaparan, mereka menghantar seorang wakil ke bandar untuk


membeli makanan. Di sana para penduduk berasa pelik dan hairan melihat matawang
yang digunakan adalah matawang zaman Raja Diqyanus. Perkara ini menyebabkan
pemuda tersebut dibawa mengadap raja.

Bertemu sudah raja di istana


Diceritakan kisah penyembunyian mereka
Maka bangunlah semua yang mendengarnya
Tanda kekuasaan tuhan yang maha Esa.

Setelah mendengar kisah pemuda tersebut, Raja Zulkarnain berangkat ke gua


berjumpa dengan pemuda-pemuda lain. Setelah mendengar kisah mereka pemuda-
pemuda itupun dimatikan Allah.

Ya rakan-rakan,
Lihatlah di negeri kita sendiri Johor, Program Kembara mahkota Johor membuktikan
Sultan Johor turun padang meninjau dan beramah mesra dengan rakyat baginda.
Alhamdulillah…. Raja telah memberikan penghormatan yang mulia kepada pemuda
Ashabul kahfi atas keimanan mereka.

Surah al-kahfi ayat 21 yang bermaksud;


“ Binalah masjid di sisi gua mereka”.

Begitulah kawan-kawan kisah Ashabul Kahfi.

Tamatlah sudah cerita saya


Ambillah iktibar panduan bersama
Berjumpa lagi di lain masa
Semoga Allah perkenan jua

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like