You are on page 1of 14

METODOLOGI PENGAJIAN ISLAM PADA

ZAMAN KEGEMILANGAN TAMADUN


ISLAM ANDALUSIA
Dr. Muhammad Yamin bin Ismail
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Abstrak
Andalusia adalah simbol kegemilangan tamadun Islam yang me-
lahirkan ramai tokoh cendekiawan dan ulama' Kelahiran ramai
tokoh cendekiawan dan ulama' ini berkait rapat dengan metodologi
pengajian Islam yang dipraktikkan pada zaman keagungannya.
Metodologi ini juga men yumbang kepada keutuhan tamadun ini
dan perkembangan ilmu pengetahuan. Antara metodologi pengajian
Islam yang dipraktikkan oleh para ulama' zaman itu ialah al-iqra'
( guru membaca dan pelajar menulis) , al-imla' (pelajar mencatat
bacaan guru) , al-munazarah (perdebatan ilmiah) , al-ijazah (guru
memberi keizinan kepada murid ke atas ilmu yang diajarnya) dan
al-hifz (hafazan). Metodologi pengajian ini menunjukkan umat
Islam Andalusia sangat mengambil berat terhadap pengajian ilmu
pengetahuan. Kecintaan kepada ilmulah yang membolehkan tamadun
ini kekal lebih 800 tahun dan menjadi contoh kepada negara-negara
Eropah di sekitarnya. Ilmu-ilmu Islam seperti fiqh, hadith, ulum
al-Quran, tafsir, ilmu kalam, sastera, bahasa dan syair mendapat
perhatian yang mendalam dan dipelajari secara meluas di universiti-
universiti yang wujud pada zaman itu. Metodologi pengajian itu
menjadikan ilmu-ilmu Islam mencapai tahapnya yang tertinggi dan
seterusnya diwarisi oleh para ulama' dan cendekiawan sehingga kini.

PENDAHULUAN
Umat Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam Andalusia telah
mencapai satu tahap keilmuan yang mengagumkan masyarakat timur

157
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

dan barat. Pencapaian keilmuan ini berkait rapat dengan metodologi


dan kaedah pengajian ilmu yang berkesan dalam pembinaan tradisi
keilmuan yang mantap dan kukuh yang menyebabkan mereka men-
capai martabat tertinggi di bidang keilmuan.
Pelbagai lapisan masyarakat terlibat dalam proses pengajian ber-
mula daripada golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.
Pemerintah pada masa itu juga berusaha membasmi kemiskinan, ke-
munduran dan pengangguran sehingga menggambarkan
suasana ini dengan katanya: "Berkenaan keadaan penduduk Andalusia
di bidang ilmu, maka keinsafan yang pasti dalam perkara ini ialah mereka
sangat prihatin untuk mencapai tamayyuz (satu tahap kematangan).
Justeru itu orang jahil yang tidak diberikan taufik oleh Allah untuk
mencari ilmu juga berusaha untuk mencapai tamayyuz walaupun
hanya dibuat-buat. Mereka membaca untuk mendapat ilmu, bukan
sekadar untuk tahu apa yang berlaku. Orang alim dalam kalangan
mereka menuntut ilmu hasil daripada kesedaran diri sendiri yang me-
nyebabkannya meninggalkan kerja-kerja lain yang menyibukkannya,
dan dia mencurahkan segala perbelanjaan untuk mendapat ilmu itu."1
Pemerintah Andalusia juga memberi perhatian kepada pelajar-
pelajar miskin. Pelajar-pelajar ini diberikan tempat dan kemudahan
di sekolah-sekolah yang berprestij dan mendapat didikan di tangan
guru-guru yang berkebolehan. Guru-guru ini pula diberi gaji yang
lumayan dan segala kemudahan supaya mereka dapat melaksanakan
tugas dengan dedikasi dan bersungguh-sungguh.2 Pemerintah juga
menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan rakyat. Misalnya Amir
Abdullah, pemerintah Granada menulis dalam bibliografinya: "Ke-
banyakan kami golongan pemerintah melihat bahawa adalah lebih
baik untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja politik untuk mendapat
kuasa pemerintahan, dan berusaha mendapatkannya dengan pelbagai
cara apabila datuk kami Muzaffar r.a. diberi kecerdikan dan tamayyuz
tentang hal ehwal zaman dan tidak ada yang tersembunyi padanya,

Al-Mugri, Nafh al-Tayyib min Ghusn al-Andalus al-Ratib. Beirut: Dar Sadir, jil. 1,
hal. 220-221.
Ibn Uzara, al-Bayan al-Maghrib fi Akhbar al-Andalus wa al-Maghrib. Beirut: Dar
al-Thayafah, jil. 2, hal. 240-249; Muhammad Kurd 'Ali, al-Islam wa al-Hadarah
al-`Arabiyyah. Kaherah: Marbaah Lajnah al-Ta'lif wa al-Tarjamah wa al-Nashr, jil.
1, hal. 262.

158
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

dan hampir pasti mencalonkan salah seorang anaknya untuk menjadi


pemerintah, perkara ini tidak akan terjadi kecuali dengan melatihnya
dan meletakkannya dalam kerja pentadbiran supaya dia mengetahui
semua perkara tentang hal pentadbiran negara, juga apa yang
menjadi keperluan mereka. Nadrullah berkata: Engkau hendaklah
bermula dengan kitabah (belajar menulis) dan tilawah al-Quran yang
mencukupkan engkau dan inilah perkara pertama yang harus dipelajari.
Engkau juga hendaklah menghadirkan pemikiranmu kepada semua
perkara yang datang daripadaku dan apa yang terungkai dalam negaraku
pada hari-hari berlakunya fitnah ini. Ini kerana zaman ini lebih buruk
dan hari-hari yang mendatang adalah lebih pendek. Belajarlah segala
sesuatu yang bersangkut paut dengan raja dan anak-anak mereka".3
Sifat ambil berat pemerintah pada ketika itu menyebabkan jarang
kedapatan rakyat Andalusia yang mencapai umur lapan belas tahun
yang tidak mempunyai bekalan ilmu, tahu membaca dan menulis serta
mempunyai pengetahuan lengkap dalam ilmu agama.4 Sedangkan
pada ketika itu Eropah masih berada pada zaman kegelapan dan dalam
kalangan paderi hanya beberapa kerat sahaj a yang mahir membaca dan
menulis serta mengetahui perkembangan ilmu di sekeliling mereka.3

SISTEM PEMBELAJARAN PADA ZAMAN ANDALUSIA


Sistem pendidikan di Andalusia adalah berteraskan al-Quran dan
al-Sunnah. Umat Islam di Andalusia sangat memberi penekanan kepada
kedua-dua sumber wahyu ini dari segi pembelajaran dan pemahaman.
Menurut Ibn Khaldun, pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah dengan
sendirinya mengundang akan kepentingan mempelajari bahasa Arab,
sastera, syair, khat dan penulisan. Pembelajaran al-Quran dan al-
Sunnah di peringkat awal umur akan meningkatkan keupayaan untuk
menerima pelbagai ilmu pengetahuan dan menguatkan malakah
atau kebolehan dalam penguasaan bahasa.° Dalam kitabnya yang

Abdullah al-Amir, al-Tibyan. Kaherah: Dar al-Maarif, hal. 11-12.


4
Jalal Mazhar, Hadarah al-Islam wa Atharuha fi al-Taraqqi al-`Alamiy. Kaherah:
Maktabah al-Khanji, hal. 81.
Ibid.
Ibn Khaldun, Mukaddimah. Kaherah: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra bi Misr,
hal. 538-539.

159
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

terkenal M uqaddimah beliau menyatakan dalam fasal ketiga bab lima,


"Semakin banyak ilmu muncul apabila makin maju pembangunan
dan hadharah". Beliau menyatakan kota-kota Baghdad, Cordova,
Qayrawan, Basrah dan Kufah tatkala maju pembangunannya maka
pengajaran dan pembelajaran ilmu semakin meluas. Tetapi apabila
bandar-bandar itu mundur maka aktiviti keilmuan semakin ber-
kurangan.7 Demikian gambaran ringkas betapa aktiviti keilmuan
menjadi pemangkin kemajuan sesebuah bangsa dan umat itu. Bagi Ibn
Khaldun, pendidikan dan penghayatan agama adalah sangat penting
dalam menjamin keutuhan sesebuah negara. Bagi beliau, kemakmuran
dan kekayaan mampu mengukuhkan kedudukan sesebuah negara
tetapi keruntuhan nilai agama secara perlahan akan memendekkan
hayat kekuatan negara. Ini kerana apabila penghayatan agama semakin
merosot, kekayaan yang dimiliki oleh rakyat tidak dinikmati dengan
cara hikmah lantaran budaya bermewahan mula mengambil tempat
dalam budaya hidup mereka. Ini telah dibincangkan oleh beliau dalam
bab keempat dengan menghuraikan sikap dan peribadi buruk yang
timbul akibat budaya mewah yang merosakkan peradaban mereka.8
Seorang ulama' terkenal Andalusia, Ibn Arabi menceritakan
tentang pengalaman beliau menuntut ilmu yang berguru dengan
bapanya sendiri iaitu dengan hafazan al-Quran al-Karim pada usia
sembilan tahun. Kemudian bapanya melantik tiga orang guru untuk
mengajar beliau tentang ilmu qiraat, bahasa dan falak. Ibn Arabi
mengatakan bahawa apabila beliau mencecah umur 16 tahun, beliau
telah mahir dalam ilmu al-Quran dan segala yang berkait dengannya
seperti ilmu tajwid dan ilmu bahasa. Beliau juga menguasai ilmu
faraid, matematik, falsafah, ilmu falak dan sebagainya. Guru-gurunya
itu mengajar beliau setiap hari bermula selepas solat Subuh hingga
solat Asar dalam ilmu dan kepakaran masing-masing.9
Manakala Ibn Hazm mempunyai pandangannya yang tersendiri
dalam metodologi pembelajaran zaman kanak-kanak. Beliau ber-
pendapat kanak-kanak hendaklah bermula dengan mempelajari

Ibid, hal. 434-435.


Ibid.
Muhammad lsa, Tarikh fi al-Andalus. Kaherah: Dar alp-Fikr al-`Arabi, hal.
450-451.

160
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

kitabah (penulisan), qiraah (pembacaan) kemudian barulah menghafaz


al-Quran, nahu, ilmu-ilmu bahasa, ilmu hisab, mantik, ilmu alam,
sejarah dan kajian-kajian yang bersangkut dengan alam semulajadi.1°
Pandangan beliau mempunyai persamaan dengan Ibn Arabi yang
mempunyai pandangan yang agak kritis tentang sistem pendidikan
yang diamalkan pada waktu itu. Pandangan ini dipengaruhi oleh faktor
beliau banyak bermusafir untuk menuntut ilmu di pelbagai pelosok
dunia dan telah menyaksikan pelbagai metodologi pembelajaran di
negara-negara berkenaan. Ibn Arabi mengkritik sistem pendidikan
Andalusia dengan mengatakan bahawa dengan memulakan pendidikan
kanak-kanak sewaktu kecil dengan al-Quran al-Karim adalah satu
kesilapan besar. Ini kerana dengan mempelajari al-Quran kanak-kanak
berkenaan akan mempelajari sesuatu yang belum difahami dan disedari
oleh akalnya. Sebaliknya beliau mencadangkan supaya kanak-kanak
pada peringkat awal dimulakan pengajaran kepada mereka dengan
ilmu bahasa Arab dan syair, kemudian ilmu matematik kemudian
barulah mempelajari al-Quran. Ini kerana setelah kanak-kanak itu
mempelajari bahasa, adalah mudah untuk dia memahami al-Quran
dan mengetahui maknanya. Kemudian kanak-kanak itu bolehlah
mula mempelajari ilmu usul fiqh, jadal (perdebatan) dan ilmu-ilmu
berkaitan hadith."
Ibn Khaldun bersetuju dengan metodologi yang dicadangkan oleh
Ibn Arabi tetapi bagi beliau adalah sukar untuk melaksanakannya
kerana realiti, budaya dan adat umat Islam di mana-mana negara
pada ketika itu menyebabkan sukar untuk melewatkan pengajaran
al-Quran. Masyarakat Islam akan berusaha untuk memulakan zaman
awal anak-anak mereka dengan pengajaran al-Quran untuk mendapat
keberkatan. J ika pengajaran al-Quran dilewatkan, adalah dibimbangi
kanak-kanak itu akan beralih tumpuan kepada ilmu-ilmu lain dan
menyebabkannya terlepas pengajaran dan hafazan al-Quran. Ini
kerana selagi kanak-kanak itu berada di bawah kawalan kedua-dua
ibu bapanya, adalah mudah untuk mereka mengikut contoh dan

I° Lihat `Abd al-Badi' al-Khauli, al-Fikr al-Tarbawi fi al-Andalus. Kaherah: Dar al-Fikr
al-`Arabi, hal. 159.
" Ibn Khaldun, al-Mukaddimah, hal. 539.

161
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

mematuhi arahan ibu bapa. Apabila is meningkat dewasa dibimbangi


akan dipengaruhi oleh tarikan lain yang menyebabkannya tidak lagi
berminat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu agama."
Manakala Abu al-Walid al-Baji, seorang ilmuan terkenal pada
zaman Andalusia berpandangan bahawa kanak-kanak hendaklah
memulakan pembelajaran dengan al-Quran al-Karim dan hadith
Nabi dengan mempelajari hadith yang sahih dan tidak sahih dan
mempelajari usul fiqh dalam memahami hukum-hukum al-Quran dan
al-Sunnah. Beliau juga menyarankan supaya diajar ilmu perdebatan
terhadap permasalahan-permasalahan ilmu."

TAHAP-TAHAP PEMBELAJARAN PADA ZAMAN


ANDALUSIA

Secara ringkasnya, tahap-tahap pembelajaran pada zaman tamadun


Islam Andalusia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:
Pertama: Pelajar menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu
qiraat.
Kedua: Pelajar belajar ilmu dan pelajaran dalam bentuk yang lebih
meluas, yang dia berupaya mendalami ilmu syarah al-Quran, qiraat,
syarah hadith, ilmu fiqh dan ilmu-ilmu lain.
Ketiga: Pelajar memasuki bidang pengkhususan ilmu terhadap
ilmu-ilmu yang dipelajarinya pada tahap yang kedua.'4

METODOLOGI PENGAJIAN ISLAM PADA ZAMAN


ANDALUSIA

Antara me todologi atau teknik pembelajaran yang dilaksanakan pada


zaman Andalusia ialah:
Pertarna: Melalui cara al-iqra' iaitu guru atau pengganti guru
membaca pelajaran dan murid menulis atau membuat catatan.
Kemudian guru akan membuat pembetulan atau syarahan ke atas
catatan Contohnya al-'Allamah Ahmad bin Uthman bin Said

12 Ibid, hal. :s39-540.


Muhammad Tarikh al-Ta'lim fi al-Andalus, op. cit., hal. 233.
14 Ibid, hal. 1 11-212.

162
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

al-Umawi al-Dani (m. 471H/1079M) ialah orang yang paling agra'


(fasih) tentang al-Quran dan riwayat-riwayat.'5 Demikian juga Imam
Qurtubi (m. 436H/1044M) yang membaca kitab Sahih Muslim di
Universiti Cordova.16
Kedua: Melalui cara al-imla' iaitu guru menyebut dalam majlis ilmu
berdasarkan ingatan manakala murid mencatat dan menulis dalam buku
catatan mereka." Antara majlis ilmu yang terkenal dengan metod ini
ialah majlis ilmu al-Hafiz `Abd al-Rahman bin Fatis (m. 402H/1011M)
yang menuturkan hadith-hadith kepada para pendengar.'8
Manakala orang yang menggunakan kedua-dua teknik al-Iqra'
dan al-Imla' ini ialah al-Allamah Abdullah Ibn Ghazlun al-Yahsabi
al-Talili (m. 487H/1094M). Beliau seorang yang sangat alim dalam
hadith, ilmu tafsir dan sastera. Di dalam kelas pengajiannya, beliau
menghuraikan tafsir berdasarkan dalil-dalil daripada hadith Nabawi.19
Ketiga: Teknik al-munazarah al-ilmiyyah (perdebatan ilmiah).
Caranya ialah seorang alim mengemukakan saw permasalahan ilmu
atau satu hadith dalam majlis ilmu dan membuka ruang kepada ulama'-
ulama' yang lain untuk memberikan pandangan, berbahas, berdebat
dan sebagainya. Contohnya al-`Allamah Abdullah bin Uthman
al-Talili (m. 417H/1028M) memulakan perdebatan beliau dengan
menyebut nama Allah Azza wa Jalla kemudian beliau menyebut satu
atau dua hadith Nabi dan mula mengemukakan persoalan yang akan
diperdebatkan.2° Manakala al-`Allamah al-Hakam `Abd al-Rahman
al-Yahsabi al-Talili (m. 448H/1056M) ialah seorang ahli fiqh dan
hadith yang sentiasa berlaku perdebatan dalam majlis ilmu semasa
beliau menyampaikan kuliahnya.il
Di sana wujud juga perdebatan-perdebatan antara individu-
individu dan tidak terikat dengan tempat-tempat rasmi seperti masj id,
surau dan universiti. Perdebatan seumpama ini memberi impak kepada

15 Ibn Bashkawal, al-Silah. Kaherah: Dar al-Misriyyah li al-Ta'lif wa al-Tarjamah, j. 1,


hal. 65.
16 Ibid.

17 Haj i al-Khalifah, Kasyf


al-Zunun an Asa al-Kutub wa al-Funun. Baghdad: Maktabah
al-Muthanna, j. 1. hal. 161.
IS Ibn Baskawal, al-Silah, op. cit.,j. 1, hal. 320.

19 Ibid.

20 Ibid, jil. 2, hal. 262.

21 Ibid.

163
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

perkembangan ilmu dan mencapai kebenaran. Antara perdebatan


yang sangat masyhur pada zaman Andalusia ialah perdebatan yang
berlaku antara Ibn Hazm, ulama' fiqh mazhab Zahiri dengan Sulaiman
bin Khalaf al-Baji, ulama' fiqh mazhab Maliki. Ibn Hazm seorang yang
sangat komited dalam perdebatan, petah dan pintar. Ini kerana latar
belakang kehidupan beliau dan suasana politik serta kemasyarakatan
yang menyelubungi beliau telah membentuk jiwanya bersikap tegas
terhadap musuh-musuh. Sebab itulah beliau bersikap keras terhadap
lawan beliau daripada kalangan ulama' fiqh mazhab Maliki. Ulama'-
ulama' ini pula bersatu dalam menentang Ibn Hazm dan menyifatkan
beliau sebagai orang yang terkeluar dari landasan agama. Akhirnya
Ibn Hazm telah dihalau keluar dari bandar kediaman beliau dan buku-
bukunya telah dibakar.22
Sewaktu berada dalam buangan, Ibn Hazm telah bertemu dengan
seorang ahli fiqh terkenal iaitu Abu al-Walid al-Baji dan berlaku
siri-siri perdebatan antara kedua-dua tokoh ini. Kedua-dua mereka
mengemukakan hujah dan pandangan bagi menyokong pendapat
masing-masing. Ibn Hazm pernah memuji Abu al-Walid dan menyifat-
kannya sebagai salah seorang ulama' mazhab Maliki yang terkenal.n
Antara intipati perdebatan antara kedua-dua tokoh ini ialah apa yang
diperkatakan oleh Abul al-Walid kepada Ibn Hazm dengan katanya,
"Aku lebih hebat daripada engkau dari segi himmah dalam menuntut ilmu
pengetahuan. Engkau menuntut ilmu dalam keadaan engkau berjaga
malam dengan diterangi cahaya daripada lampu emas, sedangkan aku
menuntut ilmu dalam keadaan aku berjaga malam dengan diterangi
cahaya Jilin". Jawab Ibn Hazm, "Kata-kata engkau itu sebenarnya
memakan dirimu kembali, ini kerana engkau menuntut ilmu dalam
keadaan itu, sedang engkau berharap untuk menukar cahaya itu kepada
cahaya lampu yang digunakan oleh aku dan aku pula menuntut ilmu
dalam keadaan apa yang diketahui dan disebut olehmu. Apa yang aku
harapkan ialah ketinggian ilmu di dunia dan di akhirat".24

22Ibn Khallikan, Wafiyyat al-`Ayan wa Anha' Abna' al-Zaman. Beirut: Dar Sadir, jil.
3, hal. 328. al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz. Kaherah: Dar al-Fikr jil. 3, hal.
1153.
Ibnu Bassam, al-Zakhirah fi Mahasin Ahl al-Dhakirah. Beirut: Dar al-Tahqafah, jil 1,
hal 96.
24 an-Nafhu al-Tayyib,
op. cit., jil. 2, hal. 77.

164
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Demikian juga perdebatan yang berlaku antara Ibn Arabi dengan


beberapa orang ulama' antaranya Ahmad bin Muhammad bin Warad
at-Tamimi (T540H / 1145M). Pernah dikisahkan bahawa kedua-dua
mereka berdebat pada suatu malam dengan dihadiri oleh beberapa
orang fuqaha. Perdebatan ini menimbulkan kekaguman dalam kalang-
an hadirin disebabkan ketinggian ilmu dan kecerdikan mereka berdua.
Kata-kata Ibn Arabi menyebabkan pendengar merasakan beliau di-
kurniakan oleh Allah dengan segala ilmu pengetahuan, manakala
Ibn Warad dapat memberikan jawapan yang tepat menyebabkan pen-
dengar terlupa apa yang telah diperkatakan sebelum itu." Ibn Arabi
juga berdebat dengan ahli fiqh mujtahid bemama Abd al-Rahman bin
Qasim al-Sya'abi al-Malaqi. Beliau seorang ahli fiqh yang masyhur
pada zaman itu dan perdebatan yang berlaku antara mereka berdua
sangat menarik yang melambangkan ketinggian ilmu kedua-dua
mereka.26 Perdebatan-perdebatan ilmiah ini berlaku kebanyakannya
dengan pengetahuan dan galakan raja-raja pada ketika itu khususnya
dalam kalangan raja-raja Bani Ubbal di Asybilia yang mengambil
berat tentang perkembangan sastera dan syair, juga daripada kalangan
Bani al-Aftas khususnya pada zaman al-Muzaffar. Demikian juga di
Talilah pada zaman al-Ma'mun yang mengambil berat tentang ilmu-
ilmu akal.
Keempat: Metodologi al-ijazah. Ijazah dalam bahasa Arab ber-
maksud seorang penuntut ilmu meminta seorang alim untuk meng-
anugerahkan ilmu yang diajarkan oleh si alim itu sebelum ini, lalu
si alim itu memperkenankannya. Penuntut tadi dinamakan sebagai
mustajiz (orang yang meminta ijazah) dan si alim tadi sebagai mujiz
(orang yang mengijazahkan).
Ijazah mempunyai beberapa jenis:
(1) Seorang yang tertentu mengijazahkan perkara yang tertentu
seperti seorang alim mengijazahkan ilmu yang terkandung dalam
kitab tertentu;
(2) Seorang yang tertentu mengijazahkan perkara yang tidak
tertentu seperti seorang alim mengijazahkan segala ilmu yang

" Al-Dawadi, Tabagat al-Mufassirin. Kaherah: Maktabah Wahbat, jil 1. hal. 84-85.
26 An-Nabahi, Tarikh Qudhah al-Andalus. Beirut: al-Maktab al-Tijari li al-Tiba'ah wa

al-Nashr wa al-Tawzi', hal. 107.

165
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

disampaikannya dalam kelas pengajian atau segala ilmu yang


diriwayatkannya;
(3) Seorang yang tertentu mengijazahkan secara umum kepada semua
orang seperti dia berkata, "Saya ijazahkan kepada semua orang
Islam yang hidup pada zaman saya". Contohnya al-`Allamah Abu
Muhammad bin Said al-Andalusi telah mengijazahkan ilmunya
kepada setiap orang yang memasuki kota Cordova untuk menuntut
ilmu." Demikian juga Ibn Rushd telah mengijazahkan ilmu dan
kitabnya kepada seluruh kaum muslimin pada tahun 520H.28
(4) Ijazah kepada orang yang tidak diketahui atau dengan perkara yang
tidak diketahui, misalnya seorang berkata, "Aku ijazahkan kepada
Muhammad bin Khalid al-Dimasyqi", sedangkan di Damsyik
ramai yang memiliki nama tersebut. Orang yang mengijazah tidak
menentukan kepada orang yang khusus. Ijazah bentuk ini menurut
ulama' adalah tidak sah;
(5) Ijazah kepada orang yang belum wujud dan kepada kanak-kanak
yang masih kecil. Ulama' berselisih pendapat tentang kesahannya.
Misalnya seseorang berkata: "Aku ijazahkan kepada anak si polan
yang akan lahir". Dalam hal ini al-Khatib al-Baghdadi meng-
haruskan ijazah bentuk begini;
(6) Ijazah terhadap ilmu yang tidak dipelajari atau ilmu yang Bakal
diperoleh selepas itu. Diriwayatkan daripada Ibn al-Walid Yunus
bin Mughis al-Qurtubi bahawa beliau diminta mengijazahkan
segala riwayatnya dan apa yang akan diriwayatkannya pada masa
hadapan. Beliau menegahnya (tidak bersetuju), lalu orang yang
meminta itu marah, tetapi beberapa orang sahabat orang itu
berkata: "Kamu meminta dia memberi kepada kamu apa yang dia
tidak ada, ini adalah mustahil";
(7) Orang yang diijazahkan (murid) mengijazahkannya pula kepada
orang lain. Ulama' berselisih pendapat tentang kesahannya. Pen-
dapat yang kuat mengatakan kesahannya.29

Ibn al-Salah, Mum al-Hadith. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi, hal. 134-137.
" Ibnu Khair, Fahrasat Ma Rawahu an Syuyukhihi. Beirut: Dar al-'Afaq al-Jadidah,
hal. 453-454.
Ibn al-Salah, Ulum al-Hadith, op. cit, hal. 137.

166
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Antara syarat-syarat ijazah adalah seperti yang dinyatakan oleh


Imam Malik bin Anas r.a:
(1) Orang yang diijazahkan mestilah mengikut apa yang telah di-
ijazahkan kepadanya;
(2) Orang yang mengijazahkan mestilah alim dan thiqah dari segi
agama dan riwayat;
(3) Orang yang menerima ijazah mestilah daripada kalangan ahli
ilmu.30

Ijazah dilakukan secara lisan dan bertulis. Contoh lisan adalah


apa yang diijazahkan oleh Abu Hurairah kepada Bishr bin Mahtak.
Bishr berkata, "Aku telah menulis sebuah kitab tentang riwayat Abu
Hurairah. Apabila aku hendak berpisah dengannya, aku berkata kepada
Abu Hurairah: "Sesungguhnya aku telah menulis sebuah kitab tentang
riwayatmu, bolehkah aku meriwayatkannya daripadamu? Kata Abu
Hurairah: "Ya, riwayatkanlah daripadaku". Ijazah bertulis pula seperti
seorang guru menerangkan dan menulis kepada muridnya apa yang
diijazahkannya. Di sini guru akan menetapkan tarikh kelahirannya,
negeri tempat lahir, nama-nama guru sebelumnya dan apa yang wajib
diriwayatkan secara umum.31
Ijazah pada asalnya bertujuan untuk menjamin keupayaan
penuntut ilmu untuk memindahkan ilmu kepada generasi kemudian.
Kebiasaannya ilmu-ilmu agama yang terlibat ialah hadith, ulum
hadith dan ilmu-ilmu yang lain. Tetapi disebabkan oleh perubahan
zaman, tujuan yang mulia ini hampir hilang. Kemahiran orang yang
diijazahkan dalam membawa ilmu tidak lagi dititikberatkan. Sebab
itulah ada dalam kalangan ulama' yang tidak bersetuju dengan cara
ijazah ini sehingga Abu Zar berkata: "Jika sekiranya sah ijazah tentulah
terbatal rehlah (musafir untuk menuntut ilmu).32
Kelima: Metodologi hafazan. Antara metodologi pembelajaran
yang sangat dikagumi pada zaman kegemilangan Andalusia ialah
kaedah hafazan yang sangat popular dalam kalangan para ulama' dan
kaedah ini dilazimi oleh mereka sejak kecil. Di Andalusia, kanak-

Ibnu Khair, Fahrasat Ma Rawahu an Syuyukhihi, op. cit., hal.15.


" Muhammad `Isa, Tarikh at-Ta'alim fi al-Andalus, op. cit., hal. 414.
32 Ibn Bashkawal, al-Silah, op. cit., it 1, hal. 202

167
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

kanak mula menghafaz al-Quran dan hadith dalam usia 7 hingga 12


tahun. Hafazan al-Quran dan hadith memberikan kesan yang besar
kepada kanak-kanak dari segi persediaan mental dan meningkatkan
keupayaan menerima ilmu pengetahuan. Contohnya Abdullah bin Isa
as-Syaibani (m. 530H/ 1135M) telah menghafaz Sahih al-Bukhari dan
Sunan Abi Daud. Beliau juga telah menghafaz Sahih Muslim.33 Demikian
juga Abdullah bin Malik (m. 460H/ 1067M) telah menghafaz kitab
Ma' ani al-Quran karangan al-Nuhhas dan Abdul Rahman bin Qasim
(m. 499H/ 1105M) telah menghafaz kitab Muwatta' karangan Imam
Malik dan kitab karangan Sahnun.34
Dari segi tempat pembelajaran, masjid adalah tempat utama umat
Islam Andalusia menuntut ilmu pengetahuan. Keadaan ini berterusan
sehingga wujud sekolah-sekolah pengajian yang khusus selepas itu.
Kata al-Muqri, "Penduduk Andalus tiada sekolah khusus untuk
menuntut ilmu, bahkan semua ilmu dipelajari di masjid dengan diberi
upah kepada orang yang mengajar".35
Sekolah-sekolah di Andalusia hanya muncul pada kurun ketujuh
dan kelapan Masihi seperti sekolah Sihn al-Burtuqal di Maliqah. Antara
guru yang mengajar di sekolah berkenaan ialah ahli fiqh terkenal
Muhammad bin Yusuf al-Tanjali (m. 733H/1337M). Demikian juga
al-'Allamah Muhammad bin Abdul Rahim, seorang ahli sufi telah
mewujudkan sekolah-sekolah pengajian di Maliqah. Andalusia ke-
mudiannya menyaksikan kewujudan sekolah-sekolah yang berprestij
pada masa pemerintahan sultan Gharnatah iaitu Abu al-Hajjaj bin
Yusuf daripada Bani al-Ahmar yang memerintah Andalusia antara
tahun 733H-755H/1332M-1354M." Walaupun Andalusia menyaksi-
kan kewujudan banyak sekolah yang baik, tetapi masjid tetap kekal
sebagai tempat pembelajaran dan pusat ilmu yang menjadi tumpuan
para ulama' dan pelajar yang mencintai ilmu dan mencari keberkatan.
Seterusnya Andalusia menyaksikan kewujudan universiti yang
terkenal seperti Universiti Cordova yang menjadi pusat ilmu penge-
tahuan dan simbol keagungan tamadun Islam Andalusia. Universiti

Ibid, jil.1, hal.296.


An-Nahahi, Tarikh Qudhah al-Andalus, op. cit., hal. 108.
" Al-Muyri, Nafh al-Tayyyib, op. cit., jil. 1, hal. 220.
" Muhammad Isa, Tarikh al-Ta'lim fi al-Andalus, op. cit., hal. 386-387.

168
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

ini telah menarik ribuan penuntut seluruh dunia dan telah melahirkan
ribuan ulama' dan cendekiawan. Antara kelas pengajian terkenal di
Universiti Cordova ialah kelas sasterawan terkenal Abdul Malik bin
Ziyadah Allah al-Sa'di al-Tamimi (m. 450H/1058M). Walaupun begitu
bukan Universiti Cardova sahaja yang menjadi simbol keagungan ilmu
pada zaman Andalus. Terdapat universiti-universiti lain juga muncul
sebagai pusat pengajian tinggi yang cemerlang seperti universiti-
universiti di Talilah, Daniah, Gharnatah, Sargastah dan Balnasiyah.

KESIMPULAN
Metodologi ini terbukti telah melahirkan ramai tokoh ilmuan pada
zaman keagungan tamadun Islam Andalusia. Ia juga memberi impak
yang cukup besar dan tetap relevan untuk digunapakai pada zaman
sekarang. Boleh dikatakan metodologi ini digunakan secara meluas
terutama dalam sistem pengajian agama masa kini. Terpulang kepada
kita untuk mengubahsuai metodologi ini mengikut keperluan semasa.
Adalah diharapkan dengan metodologi ini Bakal melahirkan tokoh
sarjana Melayu Islam unggul di negara ini sebagaimana telah terbukti
melahirkan ribuan ulama' dan cendekiawan pada zaman keagungan
Andalusia.

RUJUKAN
Abd al-Badi' al-Khauli, al-Fikr al-Tarbawi fi al-Andalus. Kaherah: Dar
al-Fikr al-Arabi.
Abdullah al-Amir, al-Tibyan. Kaherah: Dar al-Maarif.
Dawadi al-, Tabagat al-Mufassirin. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Haji al-Khalifah, Kasyf al-Zunun 'an Asa al-Kutub wa al-Funun.
Baghdad: Maktabah al-Muthanna.
Ibn al-Salah, Ulum al-Hadith. Kaherah: Dar al-Fikr
Ibn Bashkawal, al-Silah. Kaherah: Dar al-Misriyyah li al-Ta'lif wa al-
Tarj amah.
Ibn Khaldun, Mukaddimah. Kaherah: al-Maktabah al-Tijariyyah al-
Kubra bi Misr.
Ibn Khallikan, Wafiyyat al-`Ayan wa Anba' Abna' al-Zaman. Beirut:
Dar Sadir.

169
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Ibn Uzara, al-Bayan al-Maghrib fi Akhbar al-Andalus wa al-Maghrib.


Beirut: Dar al-Thaqafah.
Ibn Bassam, al-Zakhirah fi Mahasin Ahl al-Dhakirah. Beirut: Dar al-
Thaqafah.
Ibn Khair, Fahrasat Ma Rawahu 'an Syuyukhihi. Beirut: Dar al-Afaq
al-Jadidah.
Jalal Mazhar, Hadarah al-Islam wa Atharuha fi al-Taraqqi al- ` Alamiy.
Kaherah: Maktabah al-Khanj i.
Muhammad Isa, Tarikh fi al-Andalus. Kaherah: Dar al-Fikr
al-Arabi.
Muhammad Kurd Ali, al-Islam wa al-Hadarah al-` Arabiyyah. Kaherah:
Matbaah Lajnah al-Ta'lif wa al-Tarjamah wa al-Nashr.
Muqri al-, Nafh al-Tayyib min Ghusn al-Andalus al-Ratib. Beirut: Dar
Sadir.
Nabahi al-, Tarikh Qudhah al-Andalus. Beirut: al-Maktab al-Tijari li
al-Tiba'ah wa al-Nashr wa al-Tawzi'.
Zahabi al-, Tazkirah al-Huffaz. Kaherah: Dar al-Fikr

170

You might also like