You are on page 1of 2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam?

Menurut Hunker (1964) seperti yang dirujuk Abdullah (1999) - sumber sebagai sesuatu yang sangat
diperlukan oleh manusia untuk mencapai sesuatu matlamat, memenuhi keperluan dan memberi
kesenangan kepada manusia. Sumber alam dijelaskan sebagai sumber asli yang merangkumi semua zat
atau bahan yang wujud dalam alam sekeliling, berharga, memberi manfaat kepada kehidupan manusia
(Katiman dan Asmah, 2006).

Sumber alam atau sumber semula jadi dibahagikan kepada tiga iaitu sumber yang boleh diperbaharui
(sumber aliran); sumber yang tidak boleh diperbaharui (sumber stok) dan sumber potensi atau
keterbaharuan (sumber alam pendam/ belum dimajukan). Sumber alam terbahagi kepada tiga :

a. Sumber alam yang boleh diperbaharui


b. Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.
c. Sumber potensi atau keterbaharuan

2. Jelaskan perbezaan sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

Sumber alam yang boleh diperbaharui seperti air, udara dan tanah, walaupun banyak kali digunakan
namun ia masih dengan kuantiti yang sama selari dengan faktor masa, mempunyai bekalan jangka
pendek merujuk kepada jumlah bekalan yang banyak tetapi tidak semestinya berterusan.

Manakala Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui pula seperti mineral logam dan mineral tenaga.
Sumber yang tidak boleh diperbaharui semakin kurang dan akan habis dan tidak wujud jika digunakan
secara berterusan. Sebagai contoh ialah petroleum, gas asli, dan arang batu. Terbahagi kepada dua iaitu
sumber yang boleh dikitar dan sumber yang tidak boleh dikitar.

Sumber alam yang boleh dikitar ialah semua bahan yang bermanafaat kepada manusia yang
boleh diguna semula selepas penggunaan yang pertamanya tamat (Katiman & Asmah, 2006). Sebagai
contoh, penggunaan semula bahan terpakai seperti botol kaca, plastik, papan, kertas dan sebagainya.

Sumber alam yang tidak boleh dikitar semula merujuk kepada sumber yang telah digunakan
sepenuhnya dan habis setelah penggunaannya dilakukan secara berterusan dan besar-besaran sama ada
sumber tenaga atau sumber logam. Sebagai contoh bahan api fosil seperti petroleum, gas asli, arang
batu dan sumber tenaga logam seperti bijih timah, besi, tembaga dan sebagainya yang kian kerap
digunakan oleh manusia menyebabkan sumber tersebut akan habis.

3. Jelaskan kepentingan sumber mineral kepada sesebuah negara.

- Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk seperti carigali, perlombongan dan pembersihan
mineral

- Mewujudkan bahan eksport seperti mengeksport petroleum, gas asli, bijih timah dan bauksit

-Membangunkan sesebuah kawasan seperti perlombongan minyak & gas bangunkan kawasan Kerteh,
Miri, Bintulu dsb

- Membangunkan industri membersihkan mineral seperti melebur bijih timah (Butterworth); melebur
bijih besi di Perai (kilang Malayawata); menapis petroleum di Kerteh, Lutong, Port Dickson, Melaka; gas
asli cecair (LNG) di Bintulu
- Membangunkan industri pembuatan dengan membekalkan bahan mentah seperti bijih timah untuk
industri pateri, saduran timah dan piuter; gas asli untuk industri baja urea (Bintulu) manakala petroleum
untuk industri petrokimia dan batu kapur untuk industri simen di Tasek, Ipoh serta tanah liatuntuk
industri tembikar

You might also like