You are on page 1of 2

Bab 1

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-


kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama
Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan
Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya
melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan
Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan.
Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan
cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan
dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang
terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti
menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang
sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai
pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan
formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang
terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua
Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.
Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta
mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin
menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya
ketika di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir
dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia
bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah.
Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak
akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di
Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada
kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk
mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang
panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di
hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan
Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan
yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit
percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri
dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak
bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati
untuk menghampakan Aswan. Projek tersebut akan dijalankan
dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah
ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak
pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah
belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun begitu,
semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya.
Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin
mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu
meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman
seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

You might also like