You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN

TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI, BANDAR


ENSTEK,71760 NILAI

PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


(PBS)

NAMA : MUHAMMAD IKHWAN IKHWAN HAKIM BIN BRAHIM


NO K/P : 951027-11-5945
OPSYEN : MATEMATIK
TARIKH PBS : 26 HINGGA 30 MAC 2018
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG, 06150 AYER
HITAM, KEDAH DARUL AMAN
1.0 BIODATA

1.1 NAMA IPGK: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1.2 GAMBAR:

1.3 NAMA PELAJAR : MUHAMMAD IKHWAN HAKIM BIN IBRAHIM

1.4 NO. KAD PENGENALAN : 951027-11-5945

1.5 ALAMAT DAN NO. TELEFON : 3439 B, KAMPUNG PAYA DATU, 21200 MANIR,

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN/ 016-2726884.

1.6 E-MEL : IKHWANHAKIM421@GMAIL.COM

1.7 AMBILAN DAN PENGKHUSUSAN: AMBILAN JUN 2016 PENGKHUSUSAN

MATEMATIK (SK)

1.8 TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 4

1.9 TARIKH PBS : 26 MAC 2018

1.10 NAMA PENSYARAH : PUAN AZIEYAN


2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 Sebelum PBS


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah
Institusi Pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.

Tugasan PBS ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru
pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat
berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping
membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan
bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan
menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberi bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan
akhir. Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenal pasti
adalah;

a) Tugasan yang diberikan oleh IPGM


Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan
dan disediakan selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis
Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.

b) Tugasan Subjek yang diambil pada Semester 4


Mentadbir Ujian bagi subjek Major iaitu Matematik kepada murid untuk
melengkapkan tugasan EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan.
Seterusnya, melaksanakan pengelolaan Pertandingan Permainan di Sekolah
mengikut murid yang disasarkan serta merakam video permainan bagi
melengkap tugasan PJMS3092 Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan.

Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk:


a) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.
b) Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid
c) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
d) Memahami pengajaran kurikulum Matematik di sekolah
Saya telah memilih sekolah di sekitar Negeri Sembilan, iaitu Sekolah
Kebangsaan Kompleks KLIA. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang tidak
terlalu jauh dengan IPG Kampus Pendidikan Teknik dan senang untuk tujuan ulang
alik. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapatkan maklumat
sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan
pihak institut.

Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar


tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya
telah menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum
bermulanya PBS. Misalnya menyediakan diri dengan pengetahuan DSKP.

Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS
disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai
melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan
membaiki kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.

2.2 Semasa PBS


Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah
melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh
4 orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan
pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.. Guru-guru yang mengajar di sekolah
ini juga majoritinya adalah guru wanita dan hanya 9 orang guru lelaki.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian


mengenai pengurusan bilik darjah dan proses PdP. Dengan kerjasama yang
diberikan pihak sekolah, saya dapat memasuki kelas 4 Marikh, 4 Musytari, 5
Utarid, 3 Marikh dan dan 5 Bumi. Setiap darjah hanya mempunyai 6 kelas. Melalui
pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang
berkaitan dengan tugasan PBS. Selain itu, semasa PBS juga saya turut
melakukan tugasan EDUP3063, tugasan ini memerlukan saya mentadbir soalan
Matematik yang dibina untuk melengkapkan tugasan subjek tersebut.
2.3 Selepas PBS
Selepas menjalani PBS di sekolah, saya telah mengumpul dan
mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan. Saya
juga mula melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu Kontrak Tugasan. Tugasan
ini memerlukan gabungan dapatan yang terperinci untuk menyiapkan laporan PBS
yang telah dilaksanakan berdasarkan senarai semak yang telah disediakan.
Setiap aktiviti yang telah saya lakukan di sekolah sepanjang PBS telah direkodkan,
dianalisis dan disediakan refleksi untuk setiap satunya.

Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan


boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari
mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila
ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik
bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang
saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah
saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang
manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan
begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa
berjumpa dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi
menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang
bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya
agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang
kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut
mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah
menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita
sesama manusia.

Di samping itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran


sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam
membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek,
Rohani, Emosi mahupun Sosial. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah
yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid.
Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong
untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan.
Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas
yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-
guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa
bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang
ramai.

2.4 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus


Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan
beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai
semak tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi
dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah
dilakukan sepanjang tempoh PBS di SK Komplek KLIA.

BIL. TARIKH TINDAKAN

- Memaklumkan kepada Guru Besar tentang


perlaksanaan PBS.
1 26.3.2018
- Menghadiri perhimpunan sekolah
- Meninjau dan mengambil gambar persekitaran
sekolah.
- Guru Besar memperkenalkan saya dan kawan-
kawan kepada semua guru, staf sekolah dan murid
- Mendapatkan Maklumat Umum Sekolah daripada
PK Pentadbiran Berinteraksi dengan guru-guru dan
staf sokongan.
- Meninjau dan mengenalpasti kewujudan prasarana
sekolah.
2 27.3.2018
- Memerhati tingkah laku murid dan menemuduga
murid tertentu dalam mengenal pasti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
- Mentadbir Ujian Matematik untuk tugasan
EDUP3063
- Relief 4 Marikh dan 5 Utarid

- Mengumpul maklumat-maklumat umum mengenai


3 28.3.2018
sekolah.
- Melibatkan diri dengan Aktiviti KoKurikulum dan
mengambil alih tugas aktiviti Kokurikulum di dewan
- Mendapatkan bahan-bahan kurikulum seperti
sukatan pelajaran,dan sumber pengajaran dan
pembelajaran.
- Mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan
kokurikulum disekolah

- Melaksanakan Pengelolaan Pertandingan


4. 29.3.2018
Permainan
- Mendapatkan maklumat pengurusan dan organisasi
sekolah seperti plan sekolah dan carta organisasi.
- Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan
maklumat-maklumat yang diperolehi.
5. 30.3.2018
- Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama
guru-guru dan staf sokongan.
- Mendapatkan pengesahan kedatangan dan
penilaian daripada guru besar.
- Memulangkan bahan-bahan yang dipinjam
- Menghadiri Majlis Sambutan Hari lahir Sekolah
- Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
atas kerjasama yang diberikan.
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian
Sejak hari pertama berada di sekolah ( 26 Mac 2018 ), pemerhatian mula
dilakukan di sekitar kawasan persekitaran sekolah. Kaedah pemerhatian
digunakan dalam tugasan ini bagi memerhatikan keadaan dan aspek-aspek yang
terlibat seperti persekitaran sekolah, suasana sekolah untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas dan mencukupi bagi memenuhi kehendak tugasan.
Gambar-gambar yang berkaitan telah diambil sebagai instrumen pelengkap
tugasan. (rujukan lampiran).

3.2 Senarai Semak


Senarai semak adalah instrumen yang penting bagi memastikan guru
pelatih melengkapkan sepenuhnya tugasan yang telah diberikan. Senarai semak
bermula dengan pengenalan diri diikuti penyataan professional, instrumen
pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi pengalaman baru, refleksi dan
akhirnya laporan. Setiap maklumat yang diperoleh akan ditandakan dalam senarai
semak tugasan. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas, pelbagai kaedah
dilaksanakan seperti temu bual dengan komuniti sekolah dan soal selidik selain
melakukan pemerhatian sendiri di kawasan sekitar sekolah.
3.3 Temu Bual
Temu bual juga digunakan sebagai salah satu instrumen pengumpulan
data dalam tugasan ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang
sesuatu perkara secara jelas, tepat dan boleh dipercayai. Saya telah menemu
ramah beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan
pentadbiran, guru-guru panitia, kakitangan sekolah dan murid-murid. Kerjasama
yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat
memuaskan berhubung tugasan saya ini. Temu bual tersebut telah saya catatkan
dalam bentuk nota ringkas dan bertulis tangan semasa sesi temu bual tersebut

3.4 Soal Selidik


Kaedah soal selidik dijalankan kepada semua pentadbir bermula dengan
Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan Guru Kanan Ko Kurikulum bagi mendapatkan gambaran yang jelas
tentang perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam
memperkembang potensi murid-murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek mereka sepanjang berada di sekolah selama 6 hingga 7 tahun. Soal selidik
juga dilakukan kepada Pembantu Am Rendah bagi mendapatkan maklumat
tentang fungsi dan peranan kerani, pengurusan sistem fail dan surat-menyurat
yang melibatkan hal-hal rasmi.
4.0 KOLABORATIF
Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama
beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar mengikut kriteria ke dalam borang
kolaborasi yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat
kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan
keyakinan diri ketika berinteraksi.

4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah


4.2 Perbincangan dengan mentor
4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain
4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah
4.5 Interaksi dengan murid

(Rujuk Lampiran 1-3)


5.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS
pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah
laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran
pembelajaran. Malah, guru pelatih dapat mengetahui amalan pelaksanaan struktur
kurikulum di sekolah. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih
memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana
pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan profesional/kontrak tugasan merujuk kepada harapan/tugasan yang


ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu
perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai
objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri
oleh pelajar di peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah :


 Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.
 Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan
dengan sistematik.
 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti
yang difokuskan.
 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /
tindakan susulan.

Objektif :
Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :
 Memahami budaya sekolah
 Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah
 Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid
 Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran
 Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
 Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim
pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman


tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Dalam pada itu, saya juga
dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa
kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah atau
pasif.

Dari segi disiplin, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan
disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Kompleks KLIA yang telah
dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut
menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini
amat ditekankan oleh pihak sekolah. Malah, murid-murid sekolah mematuhi
program-program yang dijalankan di sekolah.

5.2 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya
peroleh. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah
diutarakan yang kebanyakannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah
itu sendiri. Banyak perkara dan maklumat yang diperoleh. Saya telah menemu
bual beberapa pihak sepert Guru Besar, kakitangan sekolah, dan murid. Pada
mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia
adalah persekitaran yang baru, tetapi ia cuba diatasi.

5.3 Soal selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa
yang memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik
darjah. Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing
selepas menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui
nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.

6.0 REFLEKSI
Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk menaakul,
memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan
refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme
keguruan secara efektif. Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan
pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan
refleksi sebagai asas untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti setiap tugasan
secara berterusan. Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan
celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
Secara langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai
ilmu profesional keguruan yang tinggi.

6.1 Aktiviti
Refleksi yang dapat saya simpulkan sepanjang aktiviti ini dilaksanakan ialah
berkaitan dengan kaedah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan
saya mendapati murid dapat mengikuti pembelajaran jika seorang guru itu menggunakan
pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk belajar. Di antara isu yang saya
pertengahkan ketika melaksanakan PBS ini berkaitan Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran melalui Pengalaman (Experiential Learning) merupakan pengajaran
pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.
Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan salah satu atau
beberapa kaedah seperti berikut:

• Ujikaji (eksperimen)
• Pemerhatian lapang
• Lawatan
• Gambaran berfokus
• Permainan
• Pembinaan model
• Main peranan
• Simulasi
• Tinjauan

Dan antara yang difokuskan mengenai Pengajaran Pembelajaran Melalui


Pengalaman (Experiential Learning) ialah kekuatan dan kelemahan kaedah tersebut.
Antara kekuatan kaedah ini ialah Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka
pelajari. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam
jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on akan dapat
memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topik-topik yang
melibatkan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat matematik seperti jam, wang,
bentuk 3D, abakus dan ABM. Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan
pelajar supaya berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis,
berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini.

Seterusnya, mengenai kelemahan kaedah ini ialah; Strategi Pembelajaran Melalui


Pengalaman merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan sumber
pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak. Seringkali melibatkan usaha yang lebih
pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, impak pembelajaran melalui pengalaman ke atas
pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru.
Justeru itu, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki perlaksanaan
aktiviti tersebut ialah guru perlulah memperbanyakkan menggunakan strategi yang
banyak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan
berkolaborasi dengan rakan sebaya serta guru. Peluang untuk berinteraksi dengan orang
lain dapat memperluaskan pengalaman pendidikan mereka.

Diantara faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau


menambahbaik perlaksanaan aktiviti tersebut ialah disebabkan oleh sikap pelajar lebih
bermotivasi untuk belajar, kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok
untuk belajar, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat
meningkatkan pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lama, mengembangkan
maklumat yang didapati dan hal ini akan mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat
murid.
6.2 Perbincangan / Interaksi
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai perbincangan dengan kakitangan
sekolah dan berinteraksi dengan murid berkaitan dengan kaedah pengajaran dan
bagaimana murid dapat menerima isi pembelajaran yang disampaikan guru
menggunakan kaedah tertentu. Selain itu, melalui pemerhatian secara tidak langsung di
bilik darjah. Malah, saya juga dapat mengetahui perubahan yang jelas kelihatan di dalam
kelas; misalnya dari aspek emosi murid, ketegangan murid serta perubahan tingkahlaku.
Semua ini menjadikan saya lebih memahami keadaan sebenar kerjaya seorang guru yang
perlu saya lalui nanti.

Justeru itu, saya tidak menafikan lagi bahawa perbincangan/interaksi perlu untuk
seseorang itu memperolehi maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara. Selain itu
melalui perbincangan juga saya dapat meningkatkan keberkesanan dan kreativiti sesuatu
aktiviti yang dilaksanakan hasil dari cantuman buah fikiran yang diberikan. Bahkan saya
tidak bekerja secara sendirian sebaliknya merujuk kepada kepada guru-guru yang lain
untuk mendapatkan idea demi menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna.

Menurut Bailey (1996 ), Kolaborasi diantara guru merupakan satu mekanisma


yang kuat untuk meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pengajaran masing-
masing. Oleh yang demikian itu, perbincangan harus dilakukan bagi meningkatkan
kecemerlangan. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan ia bukan sahaja
membentuk kerjasama dikalangan kumpulan malah lebih memudahkan sesuatu perkara.

Refleksi (Lampiran 1-4)


7.0 LAPORAN AKHIR

Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya
menjalankan tugasan di sekolah rendah. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini,
saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang
saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai
golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan
murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka
dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal
keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti
kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja
merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap
pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga
menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan.

Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan


para pelajar di samping usaha mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan
menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian para pelajar. Sebagai
contohnya, program LINUS dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam
numerasi dan literasi.

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan
murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh
pihak sekolah. Pada setiap hari Jumaat pagi, semua pelajar beragama Islam akan
membaca yasin yang diketuai oleh ustaz yang bertugas.

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar mengenai
suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah
dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan
AKTIVITI PBS

Persekitaran dan Suasana Bilik DarjahPelan bilik darjah

MEJA HASIL
PELAJAR Papan Hitam PAPAN KENYATAAN

PINTU

MEJA GURU PINTU

ALMARI BUKU DAN AL-QURAN

2.0 Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.

Daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
dipamerkan di bilik darjah tersebut sangat menarik, teratur dan mudah untuk murid
menggunakan. Bahan-bahan bercetak seperti gambar, kad perkataan dilekatkan di papan
kenyataan sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan
tambahan disamping menjadi rangsangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan samada
dengan tanpa pengawasan guru. Selain daripada itu, penggunaan kad nombor pula disimpan
bersama guru kerana bilangan yang terhad supaya tidak hilang dan hanya digunakan ketika sesi
pembelajaran dan pengajaran.Tetapi jika murid ingin menggunakannya, murid boleh datang ke
bilik darjah di bawah seliaan guru. Buku latihan dan aktiviti pelajar digalakkan tinggal di dalam
kelas bagi memudahkan guru untuk memeriksa dan tidak berlaku murid lupa bawa buku.

Manakala, kedudukan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran daripada tahun 1, 2, 3,
4, 5, 6 berlainan. Kad nombor di simpan kepada guru kelas dan digunakan pada sesi pengajaran
dan pembelajaran di bawah seliaan guru. Carta diletakkan dipapan kenyataan dan murid-murid
boleh menggunakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala Kad huruf digantung
di dalam kelas untuk memudahkan murid melihat dan membaca bila bila-bila masa sahaja.
Gambar yang pelbagai dipamerkan disetiap sudut kelas. Buku aktiviti disimpan oleh murid dan
digunkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid

BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN

1. Kad huruf Bersama guru Ketika sesi penerangan


Quran dan buku Di belakang kelas di atas
2. Semasa proses P&P
teks meja
Selepas sesi penerangan
3. Gambar/Lukisan Di setiap sudut kelas
guru
Buku Aktiviti & Ketika pelajar memahami sesi
4. Di atas meja murid
Buku Tulis pembelajaran

4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran


yang berasaskan TMK?

Penggunaan TMK kepada murid amat digalakkan penggunaannya ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran, ini kerana penggunaan TMK dapat menambahkan pengetahuan baru dan murid
boleh mengakses maklumat tambahan berkaitan pelajaran tersebut. Dan saya melihat ada
sesetengah guru menggunakan kemudahan tersebut ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
tetapi penggunaannya mestilah dipantau oleh guru tersebut.

5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?
Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti bertanya, menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan menyurakan
pendapat atau idea mereka.

6. Bagaimana murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu?

Melalui pemerhatian saya ketika sewaktu P&P dijalankan saya difahamkan kedudukan murid
dialam kelas ditentukan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh guru kelas. Murid-murid yang
lemah diletakkan dihadapan untuk memudahkan guru memantau pembelajaran mereka.
Manakala untuk murid yang sederhana diletakkan di bahagian tengah dan murid yang pandai
diletakan dibelakang.
8.0 LAMPIRAN

You might also like