You are on page 1of 42

CAKNA BAHASA

MELAYU KERTAS
2
[Type the document subtitle]
[Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the
document. Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the
contents of the document.]
KANDUNGAN MODUL

BIL TOPIK TARIKH DIAJAR TARIKH DIHANTAR TANDATANGAN


GURU

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25
1

26
BIL TOPIK TARIKH DIAJAR TARIKH DIHANTAR TANDATANGAN
GURU
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

2
RUMUSAN

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

3
4
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

RUMUSAN
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

5
6
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

PEMAHAMAN
PROSA MODEN
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PROSA MODEN (CERPEN DAN DRAMA)

1. Prosa moden terdiri daripada cerpen dan drama. Terdapat enam buah cerpen dan
dua buah drama yang perlu dikaji di tingkatan 4 dan tingkatan 5.

2. Terdapat empat jenis soalan pemahaman yang dikemukakan dalam soalan:

a) Menganalisis petikan
i) Jawapan ada dalam petikan
ii) Elakkan menggunakan pendapat sendiri

b) Maksud rangkai kata


i) Seboleh-bolehnya jangan ambil satu pun perkataan yang diuji.
ii) Uji semula maksud yang diberi ke dalam petikan asal.

c) Unsur-unsur sastera
i) Soalan berkaitan dengan tema, persoalan, nilai, pengajaran dan perwatakan.

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


ii) Calon perlu memahami teks cerpen atau drama dan membaca nota-nota
berkaitan teks tersebut.

d) Pendapat (KBAT)
i) Jawapan yang diberi mesti berasaskan idea sendiri.
ii) Jangan ambil isi daripada petikan.

3. Jawapan perlu ditulis dalam ayat yang lengkap, iaitu dengan mengambil sebahagian
daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan jawapan anda.

4. Calon-calon dalam kategori GALUS digalakkan menjawab soalan yang mempunyai


jawapan dalam petikan (menganalisis petikan).

7
ANALISIS KEKERAPAN
SOALAN KOMSAS DALAM KERTAS 2 BMSPM - TEKS BAHARU
(SPM NOV. 2016 - NOV 2018)
NOV. JUN NOV JUN NOV
TING JUDUL
16 17 17 18 18
Puisi Tradisional
T4 1. Syair Bidasari
2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang
Ketiga)
T5 1. Gurindam Beberapa Petua Hidup x
2. Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu x

Puisi Moden
T4 1. Sang Gembala Kuda - Mohd Hashim
Othman
2. Aku Membaca Lagi - Razali Mohd. Yussof x
3. www.sibermerdeka.com.my - Abdul
Ghaffar Ibrahim
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

4. Gelanggang - Onn Malini x


T5 1. Sejadah Rindu
2. Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus x
3. Erti Hidup Bererti
4. Kudup Perang
Prosa Tradisional
T4 1. Kepimpinan Melalui Teladan x x
T5 1. Burung Terbang Dipipiskan Lada x x x
Cerpen
T4 1. Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah x
Hassan
2. Munsyi - Husna Nazri
3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul - Maskiah
Haji Masrom
T5 1. Cinta Ahmad Mutawakkil
2. Hipertensi x
3. Gerhana Manusia x
Drama
T4 1. Berkhidmat untuk Negara - Affix x
Zulkarnaen Adam
T5 1. Bukan Gila x

8
PUISI
TRADISIONAL

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

9
TINGKATAN 4

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat Beberapa lamanya dalam kerajaan
Raja di desa Negeri Kembayat Baginda duduk bersuka-sukaan
Dikarang fakir dijadikan hikayat Datanglah beroleh kedukaan
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan

Ada raja suatu negeri Datanglah kepada suatu masa


Sultan halifah akas bestari Melayanglah unggas dari angkasa
Asalnya baginda raja yang bahari Unggas gurda sangat perkasa
Melimpah ngadil dagang senteri Menjadi negeri rosak binasa
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

Hairan orang empuna temasya Datanglah menyambar suaranya bahana


Baginda itulah raja perkasa Gemparlah sekalian mulia dan hina
Sangat tiada merasai susah Seisi negeri gundah-gulana
Entah pada esok dan lusa Membawa diri ke mana-mana

Seri sultan raja bestari Baginda pun sedang dihadap orang


Setelah ia sudah beristeri Mendengar gempar seperti perang
Beberapa bulan beberapa hari Bertitah baginda raja yang garang
Hamillah puteri permaisuri “Gempar ini akah kurang”.

(Dipetik dari Syair Bidasari dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Nyatakan apakah yang berlaku kepada negeri selepas raja mangkat?


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah akibat yang akan berlaku sekiranya seseorang
pemimpin tidak mengamalkan sikap adil.
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak memakmurkan sesebuah


negara.
[3 markah]
10
LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri
SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat Beberapa lamanya dalam kerajaan


Raja di desa Negeri Kembayat Baginda duduk bersuka-sukaan
Dikarang fakir dijadikan hikayat Datanglah beroleh kedukaan
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan

Ada raja suatu negeri Datanglah kepada suatu masa


Sultan halifah akas bestari Melayanglah unggas dari angkasa
Asalnya baginda raja yang bahari Unggas gurda sangat perkasa
Melimpah ngadil dagang senteri Menjadi negeri rosak binasa

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


Hairan orang empuna temasya Datanglah menyambar suaranya bahana
Baginda itulah raja perkasa Gemparlah sekalian mulia dan hina
Sangat tiada merasai susah Seisi negeri gundah-gulana
Entah pada esok dan lusa Membawa diri ke mana-mana

Seri sultan raja bestari Baginda pun sedang dihadap orang


Setelah ia sudah beristeri Mendengar gempar seperti perang
Beberapa bulan beberapa hari Bertitah baginda raja yang garang
Hamillah puteri permaisuri “Gempar ini akah kurang”.

(Dipetik dari Syair Bidasari dalam Antologi Jaket Kulit


Kijang dari Istanbul)

i. Apakah maksud rangkai kata unggas gurda?


[2 markah]

ii. Jika anda merupakan seorang pemimpin,apakah tindakan yang boleh anda lakukan
untuk menghadapi peperangan?
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda,bagaimanakah kehiudpan seorang pemimpin yang berkaliber?


[4 markah]
1
TINGKATAN 5

LATIHAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
(Fasal yang ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapatlah darinya faedah.

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fill yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

(Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga}


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Berdasarkan gurindam diatas berikan maksud rangkap pertama?


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mengelakkan fitnah dalam kalangan
masyarakat?
[3 markah]

iii. Berdasarkan gurindam diatas, berikan dua nilai yang dapat amalkan oleh pelajar
pada hari ini.
[4 markah] 1
TINGKATAN 5

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

Nescaya dapatlah darinya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fill yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

(Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga}


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada
senonoh”?
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda,bagaimanakah caranya untuk kita menjaga perlakuan?
[3 markah]
2
iii. Pada pendapat anda, wajarkah hukuman dijalankan untuk memulihkan perlakuan
manusia?
PUISI MODEN
[4 markah]

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

3
TINGKATAN 4

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SANG GEMBALA KUDA

Dia lelaki bergelar perkasa


Dengan cemeti keberanian di tangan
Rembat angkuhnya memacu takut
Menghalau kuda kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang


Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

Jadi tunggangan memburu rakan,

Dia lelaki punya kuasa


Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiring seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambal melibas cemeti durjana
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran
Menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


Hanya mengenal pantas tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Tanpa menghitung kesakitannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Ditunggangi dan ditunggangi!

(Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga} dalam


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Apakah makanan yang dimakan oleh kuda? [2 markah]

4 ii. Pada pandangan anda, adakah wajar sang gembala kuda mengerah tenaga kudanya
dengan cara sedemikian?
[3 markah]
iii. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik, apakah peranan anda untuk
mengekalkan kemanan di negara ini?
[4 markah]
TINGKATAN 4

LATIHAN 6

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku Dalam dewan diriku


aku tanam saujana rancangan aku tak cemas lagi
untuk memerdekakan warga susahku oleh kata yang mengekang
hidup menentang senja dan malam. aku tak lemas lagi
Dalam parlimen diriku oleh kata yang menyerang.
aku bahas isu onak dan enak Apabila sibermerdeka sampai

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


untukku merdekakan warga fikirku ke rumah cabaranku
mengelak hidup dikotak-katikkan. aku panggil diriku bermesyuarah
Dalam laut diriku menyokong, berkecuali atau menentang
ombak gelora menampar pantai aman aku ambil keputusan
untuk menguji amal dan iman. waktu itu aku kenal batas diri
Dalam gergasi diriku untuk tidak mengulangi kekalahan.
terpedaya jua oleh permainan si kancil Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan
namun sempat sedar dan beringat lagi. usia
Dalam pentas diriku aku turun darinya menghadapi hidup nyata
aku berlatih menangkis angin peristiwa datang peristiwa pergi
aku berlatih memunggah awan bagai siang memanggil malam
menghayati skrip demi skrip dan sibermerdeka terus berkaca
yang tak diduga klimaksnya. terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Abdul Ghaffar Ibrahim
(Dipetik dari Sajak www.sibermedeka.com.my dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Apakah maksud merdekakan warga fikirku?


[2 markah]
5
ii. Pada pendapat anda bagaimanakah kita menyesuaikan diri dalam setiap situasi?
[3 markah]
iii. Pada pandangan anda, wajarkah kita bertindak sendiri untuk memajukan Negara?
[4 markah]

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

SOALAN MUDAH / UJIAN KEFAHAMAN (CERPEN DAN DRAMA)

LATIHAN 1

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”.


1
1. Apakah bidang yang diceburi oleh Hakim?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

LATIHAN 2

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Munsyi”

1. Siapakah Munsyi?

____________________________________________________________________
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

LATIHAN 3

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul”.

1. Apakah tindakan Mas yang menunjukkan keprihatinannya terhadap haiwan seperti


2
kijang?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

LATIHAN 4

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan drama” Berkhidmat Untuk Negara”.

1. Mengapakah Aiman enggan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


pada awalnya?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Mengapakah Aiman memarahi Nek Sinah yang memanggilnya “nak Aiman”?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

LATIHAN 5
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”.

1. Siapakah Ahmad Mutawakkil?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
______________________________________________

2. Nyatakan dua perwatakan Imam Ngah Deraman.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_________________________________________
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

LATIHAN 6

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Hipertensi”.

1. Bagaimanakah layanan babah terhadap Aiman Aqil?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
________________________________________________

2. Nyatakan dua latar tempat beserta contoh yang terdapat dalam cerpen tersebut.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
____________________________________

4 LATIHAN 7
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Gerhana Manusia”.
1. Siapakah Nusia?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_________________________________________________

2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________________________

LATIHAN 8

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan drama “Bukan Gila”.

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


1. Apakah penyakit yang dideritai oleh Azmir sehingga dia dikatakan gila?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
______________________________________________________

2. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________

SOALAN BERFORMAT SPM 5

LATIHAN 1 (CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA)


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan ynag berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Azam memandang ke wajah sahabatnya , “Apa masalahnya? Bukankah kau boleh mendapat
bantuan ? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana menambah
bekalan makanan untuk rakyat.”

“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan, jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada masalah
yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak pada musim hujan.
Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu dinaik taraf. Aku sudah
berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi jawapannya tiada
peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku dicaci-maki oleh orang kampung kerana
kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan”.

Azam menggeleng-geleng , bagaimanakah hasil jualan ayam?”

Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku
berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-anak ayam,
mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong daripada hasil
jualanku. Kau tengok ni (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang dikeluarkan oleh Syarikat RAJA).
Nilai jualan dari rebanku ialah RM 85000.00. Tetapi akhirnya hanya RM 13000.00 sahaja yang masuk
ke kantungku. RM 72000.00 adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

dan ubat-ubatan. Dari RM 13000.00 itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap
ayam, membayar bil elektrik dan air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain”.

(Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

(i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Hakim seperti yang dinyatakan dalam petikan?
[2 markah]
(ii) Jika anda adalah rakan baik Hakim, apakah cara yang boleh anda lakukan untuk
membantu Hakim? [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

LATIHAN 2 (CERPEN MUNSYI)


6
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai
alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih
terlalu cetek dan nipis. Bimbang , saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang
sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih
lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-
temurun . Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang
ledakan perubahan social yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui
kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak
sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar
globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang
dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai
kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang
dilaknati Allah”.

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di
pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk
mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

i. Nyatakan alasan-alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali penulis
meluahkan hasratnya untuk bermastautin di ibu kota. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membentuk jati diri yang kukuh?
[3 markah]

iii. Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu nilai kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

LATIHAN 3 (CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL)

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan 7
menggunakan ayat anda sendiri.
“Please…,” aku belum menghabiskan kata-kata. Dia tiba-tiba mengiringkan badan. Tangan kirinya
diangkat melepasi kepala dan berkata, “You can go to hell.”

Dua orang pembantu kedai rakannya cuma mendiamkan diri. Barangkali kejadian seperti itu
sudah biasa berlaku.

Perasaanku begitu terganggu. Aku sudah bersedekah sebanyak empat kali sejak berada di
Turki. Kepada seorang pengait benang yang kesejukan di Pigeon Valley, kepada seorang kanak-kanak
bersama-sama dengan datuknya yang buta di Gunung Bolu, kepada seorang lelaki tua yang cacat
anggota di masjid Ulu, dan kepada tabung Masjid Biru selepas menunaikan solat jamak. Aku juga tidak
lupa akan bacaan Yasin dan al-Mathurat setiap subuh dan maghrib sebagai bekalan musafir.
Mengapakah aku menerima layanan sedemikian rupa? Terbayang-bayang wajah pekedai jaket kulit
yang pandai berpura-pura itu. Terngiang-ngiang kata-katanya yang amat menghiris rasa itu.

Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon tidak menyedari kejadian yang berlaku. Mereka
sedang asyik membelek-belek kasut dan beg tangan kulit di kedai sebelah. Kak Chah dan Shahmeem
pula sedang menawar harga pewangi daripada seorang peniaga wanita. Aku mencuit bahu Kak Chah
lalu mengisyaratkan jari ke arah sebuah kedai menjual seramik. Kak Chah mengangguk. Aku tidak ada
niat pun untuk membeli seramik. Aku cuma ingin pergi sejauh mungkin dari depan kedai jaket kulit itu.
Pekedai seramik mengalu-alukan kedatanganku. Aku cuma diam membatu.
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

(Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” dalam antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

i. Siapakah yang telah menerima sedekah daripada “aku”? [2 markah]


ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika
berada di tempat orang? [3 markah]
iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

8
LATIHAN 4 (DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA)

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

AH TIAU :Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk masuk Kem Paya Indah
Wetland, Hulu Langat, Selangor. Seronoknya. Dapat juga saya tengok kawasan lain.

SUNDARANI :Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.

AH TIAU :Awak pula Aiman, kem mana?

SUNDARANI :Dia dapat masuk Kem Majidi.

AH TIAU :Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?

AIMAN :Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan cerita PLKN. Baik kau
bagi tahu aku keputusan perlawanan bola sepak malam tadi. Aku terlepas, terlelap

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


sampai pagi.

SYUHADA :Aiman… kita dapat kem yang sama.

SUNDARANI :Kem mana?

SYUHADA :Dari jauh aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiman, tak bagi tahu kem mana yang
dia akan masuk untuk PLKN nanti?

SUNDARANI :Kem Majidi kata dia.

SYUHADA :Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman tersenarai di Kem
Teluk Sari, Mersing.

AIMAN :Mersing? Hmmm.

SYUHADA :Kenapa?Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai menghadap Laut China
Selatan lagi.

(Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara” dalam antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

(i) Nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal disertai oleh Aiman dan rakan-
rakannya. [2 markah]

9
(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh seseorang
remaja yang berpeluang mengikuti PLKN di luar kawasan asalnya? Nyatakan tiga
kelebihan tersebut? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama di atas dan satu
perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama? [4 markah]
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

LATIHAN 5 (CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL)

10 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Usai solat maghrib- ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan
menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah ,
mengaminkan setiap baris kalimah - di pintu surau terdengar orang memberi salam. Perlahan dan
sangat rengsa bunyinya.

Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling – disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja,
mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang
masih menadah doa, kami segera menoleh.

Dek pelita ayan yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk
tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan gerangannya.

Dialah Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja


putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan
lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam
Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membatu dek tenggelam punca.

(Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” dalam antologi

Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


i. Apakah maksud frasa rengsa bunyinya? [2 markah]
ii. Huraikan kelemahan paling ketara dalam masyarakat di kampung itu berdasarkan
cerpen tersebut. [3 markah]
iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.
[4 markah]

LATIHAN 6 (CERPEN HIPERTENSI)

11
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun
1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.

Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang
lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi dan sahsiah rupa diri.
Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang
dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.

Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur,
biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu
akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan makanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih
pada bidang geologi.

Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet
bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada
Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap
pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu latihan
yang intensif dan istimewa itu, babah;tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan
mengusahakannya sendiri.
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

(Dipetik daripada cerpen “Hipertensi” dalam antologi

Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Mengapakah Aiman merasakan nasibnya lebih baik berbanding dengan Paul Broca?
[2 markah]

____________________________________________________________________________
________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dapat diperoleh Aiman melalui
latihan intensif dan latihan terapi yang dijalaninya? Nyatakan tiga kelebihan tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_______________________________________________

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]
____________________________________________________________________________
12 ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________
LATIHAN 7 (CERPEN GERHANA MANUSIA)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku
gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan.
Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu…,” sebak menyendat
di dadanya.

“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara
lembut Doktor Murni , yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di
hospital lain; segera.”

Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.

“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbang dana
kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan prihatin. Kita begitu terhutang budi
kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.”

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi. Dia
menoleh.

“Berikan gelafunden,” arahnya acuh atak acuh.

“Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.

“Kandungan gelafunden itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu
terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak mati untuk
hari ini.”

(Dipetik daripada cerpen “Gerhana Manusia” dalam antologi

Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, jelaskan fungsi gelafunden.


[2 markah]
____________________________________________________________________
_______________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sumbangan dana daripada Tuan Besar
Musa sangat penting kepada Profesor Doktor Juaidi?
[3 markah]
____________________________________________________________________
__________________________________________________________________
13
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
____________________________________________
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
____________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
________________________________________________
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

LATIHAN 8 (DRAMA BUKAN GILA)

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

ARIF :Sebelum kita mulakan sesi baca lakon ini, elok kita bincangkan dulu

tajuk drama kita.“Sasau” membawa maksud setengah gila.

Maksudnya, bukan gila sepenuhnya.

PELAKON I :Bolehkah kegilaan diukur macam tu? Setahu saya belum ada mesin

yang dicipta lagi untuk mengukur tahap gila seseorang.

ARIF :Memanglah gila itu sesuatu yang subjektif, tetapi perkara yang

dimaksudkan dengan setengah gila tu ialah seseorang itu masih siuman. Cuma
perlakuannya sahaja seperti orang gila. Biasa dengar tak orang sebut, gila-gila bahasa?
(Para pelakon mengangguk

beramai-ramai). Jadi drama kita ini hendak memaparkan mesej yang menyentuh kita
semua, maksud saya semua manusia. Manusia pada dasarnya mempunyai sedikit
14 sebanyak watak gila dalam diri mereka. Maka kita janganlah hendaknya cepat
mengatakan seseorang itu gila, sedangkan dalam diri kita masing-masing terdapat unsur-
unsur kegilaan itu. Baiklah, kita mulakan sekarang.
(Dipetik daripada drama “Bukan Gila” dalam antologi

Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Berikan maksud gila-gila bahasa.


[2 markah]
_______________________________________________________________
_________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang itu boleh menjadi gila?
[3 markah]
_______________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_______________________________________

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


(iii) Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.
[4 markah]
__________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_____________________________________

15
16
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

tatabahasa
Bina ayat
soalan 3 (a)

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

17
A. MEMBINA AYAT

PANDUAN UMUM MENJAWAB SOALAN 3 (a): Membina Ayat


1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa atau nama khas - 0 markah.
4. Sengaja menambah atau menukar imbuhan – 0 markah.
5. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, akan ditolak ½ markah bagi setiap soalan.
6. Jika semua perkataan digunakan sebagai satu ayat, diberi pertimbangan sebagai satu ayat.
7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
8. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
9. Soalan bahagian ini merangkumi ;
(i) Kata dasar dan kata terbitan
(ii) Kata banyak makna
(iii) Kata yang hampir sama makna
(iv) Kata nama
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

(v) Kata kerja


(vi) Kata adjektif
(vii) Kata ganda
(viii) Kata tugas
(ix) Kata terbitan/pasangan kata terbitan
(x) Pasangan kata homograf
(xi) Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
(xii) Pasangan kata ganda dan kata majmuk
(xiii) Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
(xiv) Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
(xv) Pasangan kata dasar dan kata majmuk
(xvi) Pasangan kata homofon
(xvii) Kata pinjaman bahasa Melayu
(xviii) Kata tunggal
(xix) Kata terbitan
(xx) Kata majmuk

Subjek + predikat + unsur keterangan

Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:

18
a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa
PRAKTIS 1
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) seniman
(ii) budiman
(iii) hartawan
(iv) karyawan
(v) peragawati
(vi) olahragawati
[6 markah]

PRAKTIS 2
Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) nama
(ii) bernama
(iii) ternama

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2


(iv) menamakan
(v) kenamaan
(vi) penamaan
[6 markah]

PRAKTIS 3
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

(i) reda - redah


(ii) paras - parau
(iii) kerat - kelat
[6 markah]

PRAKTIS 4
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) menjahit
(ii) menyulam
(iii) mengait
(iv) menganyam
(v) memilin
(vi) menyirat
19
[6 markah]
PRAKTIS 5
Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang
[6 markah]
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

20
sintaksis
soalan 3 (b)

CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

21
22
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

23
24
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2
CAKNA BAHASA MELAYU KERTAS 2

25

You might also like