You are on page 1of 9

Latihan dan jawapan peribahasa.

( Soalan 3 e )
( SEMOGA DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2017

Contoh soalan:-
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i) Alah bisa tegal biasa
(ii) Bagai melukut di tepi gantang
(iii) Laut mana yang tidak bergelora [6 markah]

Contoh jawapan:-
(i) Sesuatu pekerjaan yang baru diceburi agak sukar diuruskan tetapi lama-kelamaan akan
menjadi lebih mudah, seperti pepatah Melayu alah bisa tegal biasa.

(ii) Karim boleh diibaratkan melukut di tepi gantang dalam majlis itu. Dia tidak dihiraukan
langsung oleh tuan rumah.

(iii) Walaupun pemimpin itu disayangi rakyat jelata, namun beliau juga tidak terlepas daripada
melakukankesilapan ibarat laut mana yang tidak bergelora.

2. Melengkapkan petikan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai


Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

.................(i)................., demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus


bekerjasama. Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara.
Mereka tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap .............(ii)............. Tambahan pula,
perbuatan seperti itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat Timur yang mengambil kira
kepentingan semua pihak dalam setiap urusan yang dilakukan dan mereka mementingkan
permuafakatan kerana mereka yakin bahawa ...............(iii)..........[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii) seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
3. Menentukan atau menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan di bawah.

Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga
negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu
tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan
menjadi lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka,
namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak
mahu tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi
di tanah air sendiri.[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
(ii) Alah bisa tegal biasa / asam garam.
(iii) Biar putih tulang, jangan putih mata.

4. Menentukan peribahasa berdasarkan ayat yang diberikan


Contoh soalan:-

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-
ayat tersebut.
(i) Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya
agar tidak menyesal kemudian hari.

(ii) Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh.

(iii) Apabila kita berada di tempat orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
tempat tersebut.[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii) Ukur baju di badan sendiri
(iii) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

5. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan


Contoh soalan:-
Berikan maksud peribahasa-peribahasa di bawah.
(i) Ada gula ada semut
(ii) Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
(iii) Alah membeli menang memakai[6 markah]
Contoh jawapan:-
(i) Orang akan bertumpu di tempat yang banyak atau mudah mendapatkan rezeki.
(ii) Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
(iii) Sanggup membeli barangan yang mahal harganya kerana mempunyai kualiti yang lebih
baik.

Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya
perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Peribahasa - Latihan 2

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.


______________________________________________________________________

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.


______________________________________________________________________

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah
menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah
berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata
orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin
sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat
lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa
yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar
setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat
menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

______________________________________________________________________

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki
yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
______________________________________________________________________

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang
dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang
kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan
kehilangan jawatan yang sedia ada.
______________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

____________________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam

_____________________________________________________________________

(iii) Lain hulu lain parang

_____________________________________________________________________

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

______________________________________________________________________

(v) Tak tumbuh tak melata


______________________________________________________________________
(vi) Ada ubi ada batas
________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap
situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika
berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu,
penunggang dan pengguna jalan raya.

______________________________________________________________________

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya
dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan
menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat
cermat.

______________________________________________________________________

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat
mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

______________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih
kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak
muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu
pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor
cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya
untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya,
mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh--
sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan
terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan
bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
Peribahasa - Latihan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai
dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih
lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan
mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

______________________________________________________________________

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia
memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual
buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk
keperluan harian masyarakat di tempatnya.

______________________________________________________________________

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah
habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

______________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang
susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat
menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih
membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana.
Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu.
Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
Peribahasa - Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang
sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya
di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya
yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya
bahawa .....

______________________________________________________________________

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya
sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik
Ahmad.

______________________________________________________________________

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga
jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan
diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa - Latihan 3
i.Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Peribahasa - Latihan 4
(i) belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan

Peribahasa - Latihan 5
(i) bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) tak sungguh, orang tak kata
(v) ada budi boleh dibalas

Peribahasa - Latihan 6
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Peribahasa - Latihan 7
(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan
dapat sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Peribahasa - Latihan 8
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Peribahasa - Latihan 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Peribahasa - Latihan 10
i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

You might also like